Filem militer terbaru Hollywood, 1917 baru-baru ini telah menempa kemenangan di Golden Globe Awards, di mana filem sejarah ini telah memenangi Best Film Awards dan Best Pictures Awards.

Asasnya, 1917 menceritakan dua orang anggota yang ditugaskan untuk menyampaikan berita kepada pasukan sahabat, tetapi perlu melalui pelbagai rintangan yang terdiri dari jerangkap, pangkalan musuh dan medan P3rang Dunia Pertama, demi nyawa 1600 orang sahabat seperjuangan yang lain.

Tetapi 1917 di dalam dunia sebenar juga satu rekod sejarah, di mana tersimpan memori berkenaan taktik Bumi Hangus (sc0rched e4rth tactic) yang dinamakan Operation Alberich oleh pihak t3ntera Jerman.

Sebelum berundur untuk mengumpul kembali kekuatan ketumbukan, Jerman telah ‘menghanguskan bumi’ dengan cara pokok ditebang, air telaga dir4cun dan jalan kereta api dirosakkan demi menidakkan kemaraan t3ntera British dan Perancis ketika itu.

Kalau dapat ditonton di dalam filem 1917, jelas kelihatan babak jambatan dirobohkan, jalan dihalang dengan pokok yang ditebang, dan paling jelas – kubu ditinggalkan dengan jerangkap samar.

Taktik ini amat popular dalam kalangan t3ntera seluruh dunia, sehinggakan British juga melaksanakannya ketika menyekat penj4rahan dan penj4jahan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo ketika itu, di mana telaga minyak dibakar, jambatan dirobohkan dan bermacam cara lagi.

Tetapi jauh sebelum P3rang Dunia Kedua berlaku di Tanah Melayu, taktik ket3nteraan ini telah pun terjadi di Langkawi. Sekitar tahun 1810an, selepas Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh, Siam telah menyerang pulau tersumpah ini.

Ketua pulau pada ketika itu, Datuk Kerma Wijaya bersama anak-anak buahnya berm4ti-m4tian mempertahankan pulau ini, tetapi apakan daya kemaraan Siam tidak dapat dihentikan.

Menyedari pulau akan terserah juga kepada siam penjajah, Datuk Kerma Wijaya mengambil tindakan mengarahkan kesemua simpanan beras yang ada dibakar, agar tiada yang tertinggal untuk Siam jarahkan. Anak buahnya yang taat terus melaksanakan arahan tersebut, dan hasilnya beras-beras yang ada dibakar sehingga hitam dan tidak boleh dimakan lagi.

Sesiapa yang pernah sampai ke Beras Terbakar, Langkawi, pasti dapat melihat dengan mata kepala sendiri, tinggalan beras hitam yang terbakar dipamer di situ. Jelas terbentuk berasnya, tanpa hancur walaupun dibakar hangus dan ditanam dalam tanah bertahun lamanya.

Adakah Datuk Kerma Wijaya dari Langkawi ialah pernah menggunakan taktik Bumi Hangus ini? Siapa tahu?

Nota: Ada juga yang mengatakan beras tersebut bukanlah dibakar, tetapi apabila ditanam di dalam tanah, beras itu terbakar sendiri di dalam tanah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.