Bayangkan anda sedang membeli-belah secara talian atau ‘online shopping’, anda temui koleksi barang kemas yang langka dan unik yang dijual dengan harga yang murah, kemudian anda membelinya tanpa was-was. Seterusnya, anda perasan yang barang kemas tersebut ialah artifak yang amat penting dalam sejarah sepert barang kemas milik raja atau permaisuri terdahulu? Ya, beginilah situasi pembeli dari Norway bernama Mari Ingelin Heskestad yang baru memiliki cincin kuno pada awal bulan ini (Julai 2022).

Kisahnya bermula apabila Mari membeli peti yang penuh dengan barang kemas dari jualan lelong secara talian, kemudian doa menemui cincin emas dalam peti tersebut. Menurut Mari, cincin emas itu terasa berat dan ukirannya sangat istimewa, seperti diukir oleh si penukang. Apabila ayahnya memerhati cincin tersebut, beliau pasti bahawa cincin emas yang Mari beli sebenarnya ialah cincin kuno.

Demi mendapatkan kepastian, Mari menghubungi pasukan ahli arkeologi di wilayah Vestland untuk menkaji cincin emas yang dia beli. Setelah dikaji, Mari begitu terkejut bahawa cincin emas tersebut sememangnya cincin kuno yang telah diukir pada tahun sekitar 400 dan 800 Masihi. Dengan berat cincin emas sebanyak 11 gram, pasukan arkeologi itu mengandaikan bahawa cincin tersebut adalah milik seorang lelaki yang berjawatan sebagai ketua puak Viking.

Ya, inilah kisah si pembeli bernama Mari Ingelin Heskestad yang cincin emas yang menyimpan sejarah yang panjang.

Inilah wanita bernama Mari Ingelin Heskestad, pemilik cincin emas yang rupanya milik ketua Viking. (Sumber: Ancient Origins)

Seperti kita ketahui, puak Viking adalah puak yang berlayar dari tanah air mereka di utara Eropah terutamanya Scandinavia, kemudian pelayaran mereka menjadi kempen penjajahan di kepualauan Britain sehingga sejauh barat Rusia pada akhir tahun 700-an. Paling jauh puak Viking ini berlayar ialah Newfoundland di Amerika Utara setelah melintasi Lautan Atlantik melalui persinggahan ke Iceland dan Greenland.

Zaman penjajahan puak Viking inilah wujudnya Zaman Viking, zaman di mana puak Viking berleluasan di seluruh Eropah. Dari zaman inilah mereka mendapat kekayaan hasil dari urusan perdagangan dengan wilayah-wilayah lain terutamanya emas. Barang kemas yang dihasilkan dari emas sebenarnya jarang dimiliki oleh puak Viking ini kerana mereka hanya bergantung kepada urusan perdagangan.

Kaum Viking, gelaran orang Scandinavia atau ‘Norseman’ yang mahir berlayar. (Sumber: Rawpixel)

Mereka sendiri pun tidak mempunyai ilmu melombong emas kerana kebiasaan dengan budaya berlayar mereka. Kerana faktor ini, emas dijadikan sebagai simbol kekuasaan dan ketinggian status sosial dalam hierarki masyarakat Viking. Contohnya cincin emas yang biasanya dipakai oleh golongan elit seperti ketua Viking. Cincin emas Viking biasanya ditemui bersama mayat individu lelaki dan wanita yang berstatus tinggi.

Penemuan barang kemas yang paling bersejarah yang pasukan arkeologi Eropah temui ialah Peti Cuerdale yang ditemui pada 1840-an di England. Isi Peti Cuerdale yang beratnya 40 kilogram ini ialah 8,600 buah artifak yang diperbuat dari perak, syiling emas milik puak Viking, Saxon,dan Arab, serta barang kemas. Dipercayai bahawa Peti Cuerdale ini milik puak Viking dari kota Dublin pada awal abad ke-10 Masihi, kemudian mereka menyimpan peti ini di lokasi yang rahsia supaya mereka akan mengambil hartanya pada masa akan datang.

Menurut Unn Pedersen iaitu profesor Madya arkeologi dari University of Oslo yang bertanggungjawab mengkaji cincin milik Mari, penemuan barang kemas kuno tidak asing kerana ramai pembeli lain juga memiliki barang kemas sebegitu namun kebanyakkannya hanya simpan saja untuk koleksi peribadi. Syarikat lelongan biasanya menjual peti barang kemas tanpa mengetahui nilai sejarahnya kerana ramai pembeli yang mempunyai minat mengumpul barangan antik.

Kini, cincin emas Mari menjadi hak milik muzium universiti di kota Bergen, Norway dan cincintersebut akan dipamerkan pada musim luruh tahun ini. Jika anda temui barang kemas kuno di sebalik peti yang baru dibeli dari jualan atas talian, apa anda akan lakukan? Serahkan ke muzium atau jadikan sebagai trofi peribadi?

RUJUKAN:

Sahir. 11 July 2022. Gold Ring Found in a Pile of Cheap Costume Jewelry Belonged to a Viking Chief! Ancient Origins.

Mingren, Wu. 15 October 2021. England’s Viking Cuerdale Hoard Is The Second Biggest Of Them All! Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply