“Ini harta, Abam yang punya!!” Ingat tak dialog ni dalam Tiga Abdul. Terfikir tak masa tonton, wang punya pasal pun nak gaduh ke? Walhal realitinya berlambak kes serupa dalam masyarakat. Sampai ada 90 bilion harta terbeku yang sebagian besarnya daripada kes faraid tak selesai.

Kita bagi contoh, si mati tinggalkan isteri dan seorang anak lelaki. Jadi, adik si mati ada hak ke nak ambil harta pusaka? Takde langsung! Walaupun kopiah sentiasa atas kepala, belum tentu faham faraid dalam agama.

Pasal si mati ada anak lelaki, jadi automatik adik beradik si mati tak payah la nak berangan. Benda ni dinamakan Mahjub. Ada 5 orang je waris fardhu yang takkan terhalang: Bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan suami/isteri. First of all, si mati akan diletak di tengah-tengah pada posisi suami/isteri. Jangan pening yang ni.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Mahjub tu apa pulak?

Mahjub maknanya orang yang terhalang. Mereka ialah ahli waris yang berhak tetapi mengalami penghalangan daripada mendapatkan harta pusaka. Bahasa mudahnya, bahagian dia dikurangkan atau tak layak dapat sesen pun dari pusaka si mati.

Halangan ada dua:

1- Halangan Sebahagian (الحجب النقصان)

Iaitu halangan terhadap seseorang daripada mengambil bahagian mereka yang paling banyak. Bahagian mereka akan berkurang dengan sebab-sebab yang tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. Contoh, bahagian suami paling besar ialah ½ akan menjadi kurang kepada ¼ jika arwah isterinya ada anak.

2- Halangan Sepenuhnya (الحجب الحرمان)

Iaitu penghalangan secara mutlak terhadap ahli waris daripada memperolehi harta warisan dengan sebab kewujudan ahli waris tertentu yang lebih utama daripadanya. Walaupun terdapat 25 orang ahli waris yang berhak, namun tidak kesemuanya mendapat harta pusaka. Terdapat ahli waris tertentu yang akan menghalang ahli waris lain.

Contoh kes Mahjub:

1- Bapa ada. Maka, datuk dan nenek sebelah bapa, adik beradik dan anak sedara lelaki, bapa sedara dan sepupu lelaki tak dapat.

2- Ibu ada. Maka, nenek tak dapat.

3- Anak lelaki ada. Maka, cucu lelaki dan perempuan, adik beradik dan anak sedara lelaki, bapa sedara dan sepupu lelaki tak dapat.

4- Anak perempuan ada. Maka, adik beradik seibu tak dapat.

5- Anak perempuan ada. Maka, cucu perempuan (jika tiada cucu lelaki) tak dapat.

6- Adik beradik seibu sebapa lelaki ada. Maka, adik beradik sebapa lelaki dan perempuan, anak sedara lelaki, bapa sedara dan sepupu lelaki tak dapat.

7- Adik beradik seibu sebapa perempuan (jika mereka dapat asobah maalghoirihi) ada. Maka, adik beradik sebapa lelaki, anak sedara lelaki, bapa sedara dan sepupu lelaki tak dapat.

8- Dua adik beradik seibu sebapa perempuan ada. Maka, adik beradik sebapa perempuan (jika tiada adik beradik sebapa lelaki) tak dapat.

9- Adik beradik sebapa lelaki ada. Maka, anak sedara lelaki, bapa sedara dan sepupu lelaki tak dapat.

10- Adik beradik sebapa perempuan (jika mereka dapat asobah maalghoirihi) ada. Maka, anak sedara lelaki, bapa sedara dan sepupu lelaki tak dapat.

11- Anak sedara lelaki daripada adik beradik seibu sebapa lelaki ada. Maka, anak sedara lelaki dari adik beradik sebapa lelaki, bapa sedara dan sepupu lelaki tak dapat.

12- Anak sedara lelaki dari adik beradik sebapa lelaki ada. Maka, bapa sedara dan sepupu lelaki tak dapat.

13- Bapa sedara sebelah bapa seibu sebapa ada. Maka, bapa sedara sebelah bapa sebapa, sepupu lelaki tak dapat.

14- Bapa sedara sebelah bapa sebapa ada. Maka, sepupu lelaki dari bapa sedara sebelah bapa seibu sebapa, sepupu lelaki dari bapa sedara sebelah bapa sebapa tak dapat.

15- Sepupu lelaki dari bapa sedara sebelah bapa seibu sebapa ada. Maka, sepupu lelaki dari bapa sedara sebelah bapa sebapa tak dapat.

Sebetulnya Tiga Abdul tu, P Ramlee nak sindir je..

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Pernah saya kuliah kat kampung. Saya tanya sorang budak, “Kalau bapak awak mati, sape dapat harta?” Budak tu jawab, “Abang sulung baham.” Ahhh sudahhhh..sebijik macam Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub. Salah faham ni yang banyak berlegar dalam kepala orang ramai.

Sebenarnya bagian abang sulung kalau dia ada adik beradik lelaki, tak dapat lebih daripada adik-adik eh. Anak-anak lelaki dikira Asobah bi Nafsih, dibahagi sama rata jika lebih daripada seorang.

Anak lelaki akan mengambil seluruh harta jika tiada ahli fardhu lain (bapa, ibu, anak perempuan atau suami/isteri). Jika ada ahli fardhu, dia mengambil baki.

Kalau anak perempuan ada sorang dapatlah ½. Manakala jika lebih daripada sorang dapat 2/3 serta dibagi sama rata sesama mereka. Kalau Asobah bi Ghoirih: Anak perempuan jadi ‘asobah bersama anak lelaki 2 bagian dan dan perempuan 1 bagian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply