Taiwan Tolak Perkahwinan Sesama Jenis

5214
views

Selalu kita baca berita dunia mesti “negara XXX meluluskan perkahwinan hubungan sejenis” “perkahwinan pasangan sejenis pertama di negara XXX” dan sebagainya.

Apa yang berlaku di Taiwan semalam agak luar biasa. Sempena Midterm Election di Taiwan, pihak berkuasa juga mengadakan referendum terhadap 10 usul.

Antara usulnya ialah “adakah anda bersetuju agar kontinjen negara bertanding di bawah nama ‘Taiwan’ menggantikan nama ‘Chinese Taipei’ semasa Sukan Olimpik 2020?” 55% pengundi menyatakan “TIDAK”, menghampakan Presiden Tsai Ing-wen yang merupakan pendukung kemerdekaan Taiwan.

Yang lebih menarik ialah 5 usul mengenai perkahwinan sejenis. Salah satunya ialah “adakah anda bersetuju bahawa perkahwinan sivil didefinisikan sebagai perkahwinan antara lelaki dan perempuan?” Hampir 8 juta orang atau 73% daripada pengundi menyatakan “YA” berbanding 3 juta atau 27% yang menyatakan “TIDAK”.

Sesiapa yang biasa dengan Taiwan ni tahu masyarakat Taiwan ni sangat “open” sebenarnya. Hubungan sejenis bukan tabu, malah ada di kalangan mereka yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Tapi apabila menyentuh pasal definisi kepada institusi masyarakat yang paling asas, kompas moral mereka jelas.

Media Barat menggambarkan hasil referendum ini sebagai “tamparan” (blow) kepada progress demokrasi di Taiwan. Tapi bukankah prinsip demokrasi itu “majority rules”? Bagaimana Barat nak reconcile kehendak majoriti dengan “hak” yang mereka perjuangkan? Itu soalan asas dalam falsafah dan sains politik.

Lantaklah Barat celaru, biarlah orang Asia Timur bangkit dan membina semula tamadun manusia.