Tabung Haji Melawat Tapak Pembinaan di Tanah Arab

0
469
views

Efisyennya Tabung Haji dalam servis menunaikan haji adalah disebabkan oleh pusat pentadbiran mereka berada di tempat yang strategik. Hal ini akan memastikan hubungan mereka dengan bakal jemaah haji berada di dalam keadaan baik supaya masalah tidak akan timbul pada masa hadapan. Menara Tabung Haji yang terletak betul betul di dalam kawasan emas Kuala Lumpur juga memudahkan urusan pentadbiran mereka. Banyak plan yang ingin dilakukan oleh Tabung Haji untuk memastikan keadaan jemaah haji di Tanah Suci dijaga kebajikan mereka di samping mengelakkan kos meningkat terlalu tinggi.

Jadi Tabung Haji telah datang dengan plan untuk membina Kompleks Tabung Haji di Arab Saudi demi memudahkan urusan semasa di sana. Pada 12 Ogos lalu, ahli Lembaga Tabung Haji telah bertolak ke Arab Saudi atas urusan untuk melihat tapak pembinaan yang telah dicadangkan.

Pengerusi Tabung Haji juga berharap tapak yang dicadangkan berdekatan dengan Makkah supaya dapat memudahkan urusan di samping ingin menjimatkan kos. Mengikut pekiraan yanh telah dilakukan, Tabung Haji membelanjakan ratusan juta ringgit setahun untuk menempatkan jemaah haji di beberapa hotel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melihat tapak cadangan tersebut tetapi Tabung Haji masih ingin mencari tapak yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Plan pembinaan Kompleks Tabung Haji ini juga hasil ilham Perdana Menteri kita,

Tabung Haji juga akan terus berusaha dan komited untuk memudahkan sebarang urusan berkaitan dengan ibadah haji demi memudahkan bakal bakal jemaah haji Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.