Tabung Haji Jalin Kerjasama Dengan Bank Islam

0
519
views

Tabung Haji bukan sahaja aktif dalam menguruskan hal ehwal tentang jemaah haji saban tahun, tetapi Tabung Haji juga sentiasa berusaha untuk membantu usahawan bumiputera di dalam bidang perniagaan. Pelbagai cara yang digunakan oleh Tabung Haji untuk membantu usahawan usahawan di Malaysia, antaranya dengan melakukan kerjasama antara Tabung Haji dengan Bank Islam.

Kerjasama antara Tabung Haji dan Bank Islam akan banyak memberi manfaat kepada usahawan usahawan bumiputera. Selain itu, kerjasama ini juga bertujuan untuk mengukuhkan taraf ekonomi Bumiputera Muslim dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Dengan menyediakan dana. Dengan kerjasama ini terhasil satu produk untuk usahawan bumiputera iaitu PKS Al-Ansar.

Waqaf Saham

PKS Al-Ansar ini juga akan memudahkan operasi perniagaan kepada usahawan. Tetapi usahawan perlu mematuhi kriteria kriteria yang telah ditetapkan sebelum memohon dana ini. Perniagaan yang dilakukan mesti yang halal, sekurang kurangnya beroperasi dua tahun dan perlu merekod keuntungan dalam lasa setahun terakhir.

Al-Ansar juga adalah produk yang berlandaskan syariah Islam dimana menggunakan konsep tawaruq. Konsep ini bermaksud membeli komoditi dengan harga yang ditangguh kemudia dijual kepada pihak lain untuk mendapatkan tunai. Usahawan akan mendapat dana di dalam jurang RM 50,000 hingga RM 1,000,000. Dana ini termasuk dengan kos guaman dan sumbangan takaful. Dana ini haruslah bertujuan untuk modal kerja, pembiayaan kontrak dan juga perbelanjaan modal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.