Badal Haji ataupun Upah Haji bukanlah sesuatu yang baru di dalam negara kita. Upah Haji ini adalah bertujuan untuk menolong orang yang sakit dan tiada peluang untuk sembuh serta orang yang sudah meninggal dunia tetapi belum sempat menunaikan haji. Namun terdapat syarat syarat yang harus dipatuhi jika ingin mengerjakan upah haji ini.
Antaranya ialah orang yang hendak dikerjakan haji itu benar benar tidak berkemampuan untuk ke Tanah Suci, orang yang telah meninggal dunia dan orang yang amat sakit sehingga susah untuk bergerak. Itu adalah syarat untuk orang yang ingin dikerjakan haji. Bagi orang yang diubah pula, mereka wajib untuk telah mengerjakan Haji bagi diri mereka dahulu sebelum menerima upah untuk melakukan haji. Harus di ingat, orang yang diupah hanya boleh melakukan haji untuk satu orang sahaja untuk satu tahun.

Tabung Haji juga mendapat permintaan yang sangat tinggi untuk badal haji ini daripada umat islam di Malaysia pada tahun ini. Permintaan badal haji juga mencecah sehingga 5000 permohonan. Pengarah Operasi Bimbingan Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah juga berkata bahawa seramai 3700 sudah ditauliahkan sebagai pelaksana badal haji hasil keputusan temu duga yang telah dilakukan pada sesi pertama bertarikh 27 Julai.

Baki 1300 pelaksana badal haji juga telah dipilih pada sesi temu duga ke dua yang bertarikh 6-7 Ogos yang bertempat di Pejabat Tabung Haji Makkah. Tabung Haji juga benar benar tegas dalam isu memilih pelaksana, jadi Tabung Haji menetapkan akan membuat dua kali pembayaran kepada pelaksana. SR 1000 diberikan kepada pelaksana selepas diberi tauliah dan baki SR 1400 sebaik sahaja hari wukuf tamat kerana hari wukuf adalah penamat ibadah haji.

Tengku Aziz juga turut menasihatkan supaya umat Islam di Malaysia yang ingin mencari pelaksana badal haji supaya memilih yang benar benar layak di samping jangan mudah terpedaya dengan agensi agensi yang meragukan untuk mengelakkan ditipu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply