Perjuangan setiap orang Islam sepatutnya memastikan masjid di kariah mereka cergas secara fiskal. Dengan kata mudah, setiap masjid seharusnya mempunyai simpanan 12 kali ganda perbelanjaan mereka. Jika institusi masjid belum memiliki simpanan sebegitu, bermakna kecergasan fiskal masih lagi belum tercapai. Umat Islam seharusnya menyertai perjuangan dunia dalam usaha membetulkan kelemahan di setiap aspek seperti jaminan makanan, tenaga diperbaharui dan kenderaan mesra alam. Malang sekali segelintir daripada mereka semakin tangkas mempersoalkan kekayaan masjid yang dikerumuni anak-anak kariah miskin.

Kemiskinan persekitaran tidak seharusnya dipertanggungjawabkan keatas masjid. Memang benar setiap hari ada sahaja orang yang berdepan dengan masalah kekurangan wang. Disebabkan itulah ramai yang giat cucuk tabung masjid. Bila ditangkap, alasan yang sentiasa keluar ialah susu anak. Benar atau tidak bukan suatu keperluan untuk dibincangkan. Amatlah menyedihkan apabila ketelusan masjid dalam memaparkan jumlah kutipan mingguan dijadikan magnet kepada kecurian. 

Masalah kemiskinan seharusnya diperangi institusi zakat dan baitulmal dalam aspek sosialisme. Manakala kerajaan pula perlu berjuang untuk memangkinkan peluang pekerjaan bagi setiap anak kariah. Masjid tidak sepatutnya dijadikan alat untuk mendapatkan wang pantas. Masjid tidak beroperasi seperti pinjaman wang berlesen sebenarnya. Sebaliknya tabung masjid sepatutnya disimpan untuk pengurusan harian, seperti bil utiliti dan keperluan asas. 

Kebiasaannya masjid akan ditutup pada waktu tertentu atas keselamatan. Namun terdapat juga beberapa masjid yang sentiasa beroperasi, sekaligus menggunakan elektrik dan air 24 jam sehari. Sementara papan putih masjid mengumumkan kutipan RM50,000 sebulan, bil elektrik tidak mustahil mencecah RM10,000 pun. Secara kebiasaan, bulan Ramadhan akan mencatatkan penggunaan elektrik paling tinggi atas sebab yang jelas iaitu solat tarawikh dan program qiamulail. Namun simbiosisnya, bulan tersebut juga paling menggalakkan sedekah. 

Namun masjid tidak boleh berasa selesa dengan kutipan besar. Keselamatan fiskal ialah tombak paling penting dalam apa-apa jua pengurusan, terutamanya masjid yang menyandang maruah agama. Wang berlebihan selalunya disimpan untuk persediaan tertentu seperti kegawatan bulan-bulan tertentu apabila kutipan dibawah paras selamat. Lebih teruk jika berlaku bencana yang merosakkan masjid seperti keruntuhan tembok atau bumbung. Takkan sudah terlepas najis baru ingin cari tandas? Pengumpulan derma kilat ketika itu akan melambatkan proses pembaikan. 

Lagipun masjid merupakan pusat kariah. Dan kebanyakan kariah sentiasa berkembang. Jika tahun ini anak kariah mencecah 1,000 orang – 10 tahun akan datang, angka ini mungkin naik berganda. Dan bila Hari Raya Aidilfitri, jangan cakap masjid – surau pun terlalu penuh. Maka eloklah simpanan masjid berkepuk bagi tujuan pengubahsuaian (renovation) yang memakan puluhan ribu ringgit. Kadangkala masjid itu sendiri memerlukan “surau” baharu ekoran saiz yang tidak lagi relevan dengan bilangan jemaah. 

Projek-projek besar ini selalunya mudah dibayangkan. Namun bukan projek sebegini yang selalunya memberikan tekanan terhadap masjid. Setiap tahun tikar perlu ditukar. Ada sahaja kipas dan lampu yang rosak. Sejadah lusuh dan kain tingkap koyak perlu dibasuh setiap masa, sebelum ditukarkan selepas tempoh tertentu. Telekung pun sebegitu juga, apabila kain-kain yang diwakafkan perlu dipelihara kesuciannya selepas kekerapan penggunaan.

Untuk membayangkan sebuah masjid tidak bersih, digalakkan setiap orang pergi ke surau sebuah pasaraya besar. Kadangkala buka sahaja pintu, bau kepam menyerang. Bau ini biasanya merosakkan kualiti solat akibat sejadah, telekung dan tempat wudhu yang tidak dibasuh. Mungkin juga sistem peredaran udara (ventilation) yang perlu ditambah baik lagi.

Sesetengah masjid juga melaksanakan program bacaan Qur’an dan tuisyen yang percuma. Upah guru yang mengajar takkan dianggap fisabilillah pula – semestinya kos minyak dan keringat mereka perlu diganjarkan dengan wang yang datang daripada tabung masjid. 

Maka disini harus ditanya semula – sebuah pejabat kecil pun berdepan dengan kos bulanan sebanyak RM20,000, apatah lagi masjid yang besar. Benar staf masjid mungkin digajikan kerajaan. Namun jika sebuah masjid berfungsi pada RM20,000 sebulan, apakah selamat jika kutipannya RM50,000 sahaja? Tentu sekali selamat setahun selepas simpanan mencecah RM240,000. Simpanan inilah menyelamatkan masjid daripada situasi-situasi sukar seperti mengutip derma daripada orang. 

Sayangilah institusi masjid. Malaysia sudah mendapat 1001 keberkatan, berbeza dengan rumah-rumah ibadat di Amerika Syarikat seperti masjid, gereja dan synagogue yang perlu keluar atas kegagalan pembayaran sewaan. Usahlah terlalu mterialistik mempersoalkan setiap sen yang dibelanjakan. 

Memang benar ada pengurusan yang menyalahgunakan wang untuk menghiaskan masjid sambil mengabaikan keperluan kariah. Diulangi sekali lagi – masjid (yang masih belum selamat) tidak seharusnya diwajibkan bertanggungjawab atas kekurangan kariah. Bagi masjid yang selamat secara fiskal, pihak pengurusan perlu juga mengasingkan sebahagian daripada bajet untuk keperluan anak-anak kariah. Keselamatan seharusnya diusahakan terlebih dahulu. 

Gambar Sekadar Hiasan: Masjid Pekan Kulim

Sila follow penulis: https://www.facebook.com/ahmadfaezal93/



Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.