Bagi yang biasa menonton filem dinosaur seperti Jurassic Park dan Jurassic World, pasti merasa takut dengan kelibat Tyrannosaurus rex atau T-rex. Ramai melihat T-rex sebagai pemangsa terunggul dalam dunia dinosaur dan sukar dicabar oleh sesiapa. Tetapi satu teori baru mengatakan T-rex bukan pemangsa solo tetapi lebih kepada memburu secara berkumpulan seperti serigala hari ini.

Teori ini timbul selepas ahli-ahli paleontologi mengkaji fosil-fosil T-rex di tapak Monumen Kebangsaan Grand Staircase-Escalante, selatan Utah yang dijumpai ahli paleontologi Alan Titus pada 2014. Hasil analisis geokimia membabitkan sampel batu dan tu.la.ng mendapati dinosaur-dinosaur itu ma.ti di tapak yang sama dan bukannya dihanyutkan air dari pelbagai kawasan ke tapak berkenaan.

Menurut Profesor Kristi Curry Rogers dari Kolej Macalester, penemuan ini dilihat sebagai satu permulaan yang baik untuk teori berkenaan. Beliau berpandangan dinosaur-dinosaur ini tinggal berhampiran antara satu sama lain tanpa bergerak bersama sebagai satu kumpulan sosial. Dan apabila sumber makanan mereka semakin berkurangan, T-rex memilih berkumpul bersama sebagai satu kumpulan.

Menurut Titus, penemuan tapak ini merupakan kubur besar dinosaur ketiga ditemui di Amerika Utara. Tambahnya, tapak-tapak ini mengandungi lambakan bukti yang menunjukkan T-rex hidup secara berkumpulan semasa hayat mereka. Selain Utah, dua lagi kubur besar dinosaur ditemui di Alberta, Kanada dan Montana, Amerika Syarikat.

Teori T-rex ialah dinosaur yang hidup berkumpulan sebenarnya sudah ditimbulkan sejak 20 tahun lepas. Bagaimanapun, teori ini dipersoalkan oleh para saintis ketika itu yang beranggapan otak haiwan karnivor itu tidak berupaya terlibat dalam interaksi sosial yang rumit. Tetapi dengan penemuan ini, Ttitus melihat ia bakal mengubah persepsi saintis terhadap dinosaur maging itu.

Selain fosil T-rex, pelbagai fosil lain ditemui seperti tujuh spesis penyu, pelbagai jenis ikan termasuk ikan pari, dua spesis dinosaur berbeza dan set fosil lengkap anak aligator Deinosuchus. Pemeriksaan mendapati semua haiwan ini tidak ma.ti di tempat sama.

Melihat kepada pentingnya penemuan fosil di tapak berkenaan, para saintis termasuk Titus berusaha melobi kerajaan AS pimpinan Joe Biden untuk meluaskan kembali saiz Monumen Kebangsaan Grand Staircase-Escalante dan Bears Ears. Ini bagi melindungi mana-mana khazanah arkeologi menarik yang masih tersembunyi di kawasan berkenaan termasuk fosil dinosaur. Sebelum ini, saiz kawasan tapak dikecilkan atas arahan Presiden Donald Trump.

RUJUKAN:

Associated Press. (2021). Tyrannosaurs may have hunted in packs like wolves, new research has found. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.