
Syot-Syot Di Dalam Filem Melayu Klasik
Semasa menonton filem-filem Melayu klasik, saya sering menumpukan perhatian kepada teknik penggambaran yang dibuat semasa itu.
Dalam pemerhatian itu, saya dapat temui beberapa perkara yang menarik pada kepelbagaian camera shots dalam filem-filem yang saya tonton.
Pada tahun 1950-an dan 1960-an, pembikinan sesebuah filem cereka akan menggunakan kamera konvensional yang gedabak besar dan berat untuk mengambil shot yang diingini sang pengarah oleh jurukameranya.
Walaupun penggunaan kamera konvensional ketika itu agak terbatas, pengarah filem Melayu seperti P. Ramlee, Hussain Haniff, M. Amin, Jamil Sulong, Omar Rojik dan Mat Sentol sentiasa mencari pembaharuan serta menggunakan kamera itu untuk menghasilkan shots yang menarik.
Tahukah anda terdapat pelbagai camera shots yang digunakan dalam sebuah pembikinan filem?
Berikut ialah contoh camera shots dan huraian ringkasnya.
- Extreme Close Up (ECU)

Syot ini ditumpukan di bahagian tertentu pada subjek seperti mata dan mulut.
- Close Up (CU)

Syot ini memenuhi frame untuk memaparkan emosi atau reaksi sesuatu pergerakan.
- Medium Shot

Syot paling banyak digunakan dalam sesebuah filem cereka. Ia akan tertumpu kepada persekitaran dan watak di dalam satu frame.
- Full Shot (FS)
Filem Jula Juli Bintang Tujoh (1962 Syot yang memaparkan seluruh tubuh karekter dan persekitaran mereka dalam satu frame
- Wide Shot atau Long Shot (LS)

Syot yang mengambil gambar subjek dari atas ke bawah dengan paparan landskap yang luas.
6. Extreme Wide Shot atau Extreme Long Shot (ELS)
Syot paling luas. Kebiasaannya digunakan untuk memaparkan suasana atau mood sesebuah filem.
- Cowboy Shot

Variasi daripada Medium Shot. Syot ini datang daripada kebanyakan filem-filem Barat yang memaparkan subjek dengan senjata mereka dalam satu frame.
- Reaction Shot

Memaparkan reaksi watak terhadap babak sebelumnya.
- Establishing Shot

Syot yang menyatakan sesuatu kepada penonton untuk mengetahui sesuatu masa atau tempat.
- Over The Shoulder (OTS)

Syot yang diambil semasa dua watak sedang bercakap antara satu sama lain dalam satu frame. Ia diambil dari paras bahu ke atas.
- Point Of View (POV)

Syot yang diambil dari sudut pandang sesuatu watak yang akan membuatkan penonton melihat dari sudut pandangnya.
- Cutaway Shot
Syot yang kebiasaannya dalam bentuk close-up yang diedit untuk memaparkan sesuatu kepada penonton dalam sebuah babak.

Secara ringkasnya, setiap syot yang diambil daripada kamera akan disusun dan disambung untuk dijadikan sebuah filem.
Kebanyakan pengarah filem Melayu di tahun 1950-an dan 1960-an tidak dilatih secara formal di sekolah filem atau universiti. Mereka mempelajari teknik pembikinan filem sama ada daripada pengalaman menjadi kru belakang tabir, penontonan filem dan bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Kegigihan pioneer filem-filem Melayu suatu ketika dahulu harus dikenang kerana tanpa mereka, industri seni filem tanah air ibarat tanah tandus yang tidak subur. Hidup segan mati tak mahu.
Semoga artikel ini membantu pemahaman terhadap sesebuah filem.
RUJUKAN:
No Film School: 50+ Camera Angles, Shots and Movements: A Complete Guide https://nofilmschool.com/camera-angles-and-shots-movements
Ruangan komen telah ditutup.