Moving Forward As One

Syiling Arab Bongkar Misteri Lanun Paling Licik Dalam Sejarah

2,678

Dalam dunia l.an.un, nama Henry Every kurang dikenali oleh khalayak awam. Tetapi bagi pengkaji sejarah maritim, dia dianggap terkenal kerana berjaya melepaskan diri dengan harta yang diro.mp.ak tanpa pernah ditahan atau dib.un.uh. Salah satu ro.mp.akan kapal terkenal yang dilakukannya ialah kapal Ganj-i-sawai dan kapal pengiringnya, Fateh Muhammad pada 1695.

Pada September tahun tersebut, Every menerusi kapalnya Fancy bersama beberapa l.an.un lain melancarkan se.ra.ngan ke atas Ganj-i-sawai. Pada mereka, kapal tersebut merupakan kapal dagang biasa yang sedang dalam perjalanan ke Timur Tengah. Tanpa mereka sedar, kapal tersebut merupakan kapal diraja milik Maharaja Aurangzeb dari Empayar Mughal yang berpangkalan di India.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Kapal Ganj-i-sawai dan Fateh Muhammad sedang dalam perjalanan menghantar jemaah haji ke Makkah. Kapal tersebut turut membawa muatan barang berharga yang mahal seperti emas dan perak dengan nilai antara £200,000 hingga £600,000. Dan itu sudah cukup membuatkan semua l.an.un yang terlibat menjadi gelap mata termasuk Every sendiri.

Dalam se.ra.ngan tersebut, mereka bukan sekadar meny.ek.sa dan memb.un.uh penumpang kapal. Malah, mereka turut bertanggungjawab mer.og.ol ramai penumpang wanita dengan salah seorang daripada mereka didakwa kerabat diraja Mughal. Ini mendorong sesetengah penumpang mengambil nyawa mereka sendiri kerana tidak mahu perlakuan g.an.as l.an.un-l.an.un ini dilihat oleh suami atau saudara lelaki mereka.

Rajah 1: Gambaran Every berlaku k.ej.am terhadap kerabat Aurangzeb dalam buku The Works of Daniel Defoe.

Apabila kedua-dua kapal kembali ke Pelabuhan Surat, berita perilaku g.an.as l.an.un-l.an.un terhadap kapal Mughal yang membawa jemaah haji mengundang kemurkaan Aurangzeb. Akibatnya, ramai warga England ditahan di Surat oleh gabenor Mughal di Surat bukan saja sebagai tindak balas tetapi untuk melindungi mereka daripada menjadi mangsa am.uk.an penduduk tempatan yang marah dengan insiden berkenaan.

Reaksi Aurangzeb pula jauh lebih tegas. Baginda bukan sahaja mengarahkan empat kilang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI/EIC) ditutup di India. Malah, baginda sudah bersiap sedia menggerakkan ketu.mb.uk.an Mughal mara ke Bombay dengan tujuan mengusir semua warga England keluar dari India buat selama-lamanya. Prospek ini ditambah dengan kerugian import yang dialami SHTI pada tahun tersebut memaksa London bertindak segera.

Bagi meredakan kemurkaan Aurangzeb, SHTI bersetuju membayar pampasan kewangan setimpal kepada Empayar Mughal atas apa yang berlaku. Di London pula, Parlimen England mengisytiharkan semua l.an.un sebagai hostis humani generis (musuh kepada bangsa manusia) dan menawarkan ganjaran £500 untuk penangkapan atau pembu.nu.han Every. SHTI kemudiannya menggandakan ganjaran itu kepada £1,000 bagi meningkatkan peluang menahan atau memb.un.uh l.an.un tersebut.

Rajah 2: Contoh waran tangkap yang dikeluarkan Majlis Privy di Scotland terhadap Every.

Sedar tindakannya di atas kapal Ganj-i-sawai menjadikan dirinya sebagai buruan di seluruh dunia, Every melarikan diri. Kali terakhir namanya didengar ialah berita dia menghilangkan diri di Ireland bersama harta ra.mp.asannya pada 1696. Tetapi bagi sejarawan amatur Jim Bailey, Ireland hanya sekadar umpan dengan lokasi sebenar Every ialah di Amerika Syarikat.

Teori ini dikemukakan menerusi penemuan duit syiling mengandungi teks Arab di Sweet Barry Farm, Middletown pada 2014. Pada awalnya, Bailey menyangka syiling tersebut merupakan syiling lama Sepanyol atau syiling yang dikeluarkan oleh koloni Massachusetts Bay. Tetapi semua itu berubah selepas melihat teks Arab pada syiling berkenaan.

Rajah 3: Bailey menemui syiling Arab di Sweet Barry Farm, Middleton pada 2014. Sumber: Steven Senne/AFP

Pentarikhan syiling menunjukkan ia dihasilkan pada 1693 di Yaman sekaligus membuatkan Bailey tertanya-tanya: apakah ini sebahagian daripada harta ra.mp.as.an milik Every? Pertanyaan tersebut dijawab dengan penemuan 15 syiling Arab di tiga lokasi – 10 di Massachusetts, tiga di Rhode Island dan dua di Connecticut. Ini ditambah dengan penemuan satu lagi syiling di North Carolina, tempat yang didakwa sebagai lokasi pendaratan Every dan krewnya.

Rajah 4: Antara contoh syiling Arab yang ditemui oleh Bailey. Sumber: Steven Senne/AFP.

Bailey percaya Every berjaya meloloskan diri dengan menyamar sebagai pedagang h.am.ba di New England. Malah, bagi menyakinkan orang bahawa dia memang pedagang tulen, sebahagian wang ram.pa.san digunakan untuk membeli beberapa orang h.am.ba di Pulau Reunion sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur AS. Mereka turut berlayar dengan kapal baru bernama Sea Flower selepas meninggalkan kapal Fancy mereka.

Kapal tersebut tiba di Newport, Rhode Island pada 1696, setahun selepas insiden Ganj-i-sawai dengan membawa 48 orang h.am.ba. Newport amat terkenal pada abad ke-18 sebagai hub utama perdagangan h.am.ba di Amerika Utara. Laporan Bailey yang diterbitkan dalam jurnal American Numismatic Society sememangnya mengujakan ramai sejarawan dan pakar arkeologi kerana ia menjawab misteri kehilangan penje.na.yah paling dikehendaki terawal dalam sejarah.

Menyedari betapa besarnya kepentingan penemuan syiling itu, Bailey menyimpan syiling Arab itu dalam sebuah peti deposit selamat. Dan beliau tidak akan berhenti mencari dan menggali artifak sebegini kerana baginya, di sebalik artifak yang ditemui, tersimpan pelbagai rahsia yang menanti masa untuk dibongkarkan.

RUJUKAN:

Cowie, A. (2021). Rare Arabic Coin Provides Clue in Disappearance of Fugitive Pi.ra.te. Ancient-Origins.

Kole, W. (2021). Ancient coins may solve mystery of mu.rd.erous 1600s pirate. Associated Press.

Ruangan komen telah ditutup.