Syeikh Zakaria: Ulama Dan Tokoh Korporat Sufi Melayu

32

Walaupun Inggeris menyisihkan orang-orang Melayu dalam dunia korporat dan perniagaan, namun terdapat juga orang-orang Melayu yang berjaya dalam dunia perniagaan pada awal abad ke-20. Salah seorang dari mereka ialah Syeikh Zakaria bin Syeikh Umar, seorang ulama Pulau Pinang.

Pada tahun 1920an, Syeikh Zakaria sudah memiliki empayar perrniagaan. Beliau memiliki perniagaan getah, kelapa, lada hitam, kopi dan gambir. Beliau juga menubuhkan commission agency di Lumut Lane, Pulau Pinang yang menjadi agen Haji pada ketika itu.

Syeikh Zakaria turut menjalankan perniagaan import eksport dengan beberapa buah negara di Arab, India, Sri Lanka dan Indonesia.

Dengan ekonomi yang kukuh, Syeikh Zakaria banyak membantu orang-orang yang susah sama seperti bapanya, Syeikh Umar. Beliau menjadi tempat orang mengadu kesusahan dan menjadi tempat orang mendapatkan hutang. Beliau juga membantu para Jemaah haji yang mengalami kesempitan wang di Mekah dengan memberikan mereka hutang.

Oleh kerana ilmu agamanya tinggi, Syeikh Zakaria telah dilantik menjadi imam Masjid Lebuh Aceh dan guru agama di sana. Di samping itu,beliau dilantik menjadi pemimpin masyarakat Islam di Lebuh Aceh, Pulau Pinang. Syeikh Zakaria juga merupakan seorang guru mursyid tarekat Naqsyabandiah Khalidiyah dan pernah dilantik menjadi Mufti Pulau Pinang.

Syeikh Zakaria bin Syeikh Umar meninggal dunia pada tahun 1926 di Pulau Pinang.

Gambar:

1) Syeikh Zakaria bersama pemimpin-pemimpin Melayu Pulau Pinang

2) Firma Syeikh Zakaria di George Town, Pulau Pinang

3) Makam Syeikh Zakaria

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.