Perlaksanaan semula PPSMI memang saya tahu akan mengundang pertikaian orang ramai. Ini kerana dari segi statistik pun, PPSMI telah merosakkan kualiti pendidikan negara. Ibaratkan beri pedang kepada tentera upahan yang tidak terlatih, memang gilalah kita harapkan tentera tu berjaya.

Secara peribadi, saya merupakan produk PPSMI juga. Disebabkan dari kecil saya mempunyai pendedahan bahasa Inggeris yang meluas, perlaksanaan PPSMI tidak mendatangkan masalah langsung. Malah bagi saya, pada masa itu lagi mudah untuk belajar dalam PPSMI berbanding bahasa Melayu. Hakikatnya saya susah untuk buat Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sekarang sebab tiada pendedahan pada zaman dahulu. Jadi jenuhlah nak terjemah.

Memang benar peringkat universiti pengajaran dalam bahasa Inggeris, tidak dinafikan. Namun begitu sangatlah penting untuk mengatakan bahawa 10 tahun antara 7-17 merupakan zaman “pertumbuhan”. Andainya saya tidak ada pendedahan bahasa Inggeris daripada tadika, MUSTAHIL saya boleh serasi PPSMI. Jadi sekarang bayangkan nasib-nasib anak-anak Melayu di luar bandar dan separa bandar.

Bagi generasi yang lahir sekitar 1990-an, bukan semua ibu bapa yang hidup senang. Ikut cerita, ayah saya dulu gaji RM400 saja dengan kenaikan sedikit demi sedikit. Dengan RM400 inilah beliau (dan bantuan mak ambil upah menjahit) sara keluarga dengan pendedahan bahasa Inggeris – kerana mereka agak celik kepentingan bahasa Inggeris semasa usia muda mereka.

Sekarang ini bahasa Inggeris tidak salah. Ia merupakan bahasa kedua negara. Dan yang paling penting, ia bukan milik penjajah. Bertutur dalam bahasa Inggeris tidak melemahkan unsur Melayu. Sebaliknya perangai sendiri yang inferiority complex atau superiority complex sahaja yang menyumbang kearah tersebut. Semua anak Melayu wajib menguasainya. Malah kalau ingin menguasai bahasa Cina sekalipun, maruah orang Melayu takkan bergolek. Memetik daripada Tasjil Anis Salatin tulisan Farahana Shuhaimi, telinga penduduk Melaka dulu disapai 80+ bahasa.

Baik. Kembali kepada Syed Saddiq yang menggelar dirinya bukti kejayaan PPSMI (Geraldine, 2020):

Pengalaman belajar di Maktab Tentera Diraja semestinya berlainan dengan situasi semasa di sekolah-sekolah biasa. Tetapi itu pun satu hal juga. Jangan kira prestij MTD. Sebaliknya, ambil kira juga status Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sekarang ini wajar dikatakan beliau bukti kejayaan pendidikan Bahasa Inggeris. Namun untuk mengatakan beliau bukti kejayaan PPSMI, ini masuk bakul, angkat sendiri, lempar ke langit dan landing macam payung terjun.

Lain macam sebenarnya.

PPSMI bukanlah medium untuk menajamkan bahasa Inggeris. Sebaliknya, ia MENGAJAR pelajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Sehingga mana Syed Saddiq bukan saintis dan pakar Matematik, beliau belum jadi bukti kejayaan PPSMI.

RUJUKAN:

Geraldine, T. (2020, February 2). Saya produk berjaya PPSMI, kata Syed Saddiq. Malaysia Kini. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/509287

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.