“Saya benci Nippon! Sebab mereka ingat mereka kuat…”

Itulah antara ucapan Sybil Kathigasu yang dilakonkan oleh Elaine Daly dalam drama bersiri Apa Dosaku yang pernah ditayangkan di Astro sebanyak 11 episod diadaptasikan daripada kisah seorang wanita bernama Sybil Kathigasu.

Sybil Kathigasu

Tidak ramai yang mengenali siapakah wanita ini justeru rencana ini ingin mendendangkan kembali nama wirawati ini dan sejarahnya. Sybil Medan Kathigasu dilahirkan pada 3 September 1899 di Medan, Indonesia. Nama asal beliau ialah Sybil Medan Daly. Beliau merupakan satu-satunya anak perempuan daripada 5 beradik kepada Joseph Daly yang berdarah Ireland-Eurasia dan ibunya bernama Beatrice M4tilda Daly nee Martin berketurunan Perancis-Eurasia. Walaupun Sybil dilahirkan di Medan tetapi beliau telah berpindah ke Tanah Melayu dan membesar di situ.

Sybil mendapat pendidikan dan latihan sebagai jururawat dan bidan di Singapura pada umur 21 tahun. Pada 7 Januari 1919 beliau berkahwin dengan Dr. Abdon Clement Kathigasu seorang anak kelahiran Taiping, Perak yang berketurunan imigran dari India. Mereka berdua mengendalikan sebuah klinik di Jalan Brewster (kini dinamai jalan Sultan Idris Shah) di Ipoh, Perak bermula tahun 1926. Anak pertama Sybil m4ti selepas 19 jam dilahirkan akibat beberapa implikasi ketika kelahiran. Pada 26 Februari 1921, Sybil melahirkan anak perempuannya Olga Kathigasu dan anak keduanya Dawn Kathigasu dilahirkan pada 21 September 1936.

Perkahwinan Sybil dan suaminya

Setelah hampir 15 tahun berkhidmat dalam dunia perubatan dan kejururawatan di Ipoh segalanya berubah apabila Jepun mula menjejaki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Daripada utara satu demi satu daerah ditakluki oleh tentera Jepun dan tentera Jepun mulai mara ke selatan. Ini menyebabkan Sybil Kathigasu dan keluarganya berpindah dan bersembunyi di pekan Papan, Perak yang terletak kira-kira 20 km barat Ipoh. Majoriti penduduk pekan Papan adalah pelombong dan peniaga yang berbangsa cina. Sybil juga fasih berbahasa kantonis.

Umum mengetahui bahawa Jepun amat anti dengan bangsa cina. Setelah Jepun menguasai Perak ramai kaum cina dibvnuh dan ditangkap oleh tentera Jepun untuk dikerahkan bagi membina landasan kereta api di sempadan siam dan Burma. Pada waktu itu gerila Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) yang majoritinya dibarisi kaum cina memberi tentangan hebat kepada pihak Jepun di serata Perak.

Oleh sebab yang demikian, ramai yang telah terc3dera memerlukan bantuan perubatan. Sybil dan suaminya sedaya upaya membantu merawat ahli gerila anti Jepun. Mereka membuka satu klinik rahsia di ruang bawah tanah rumahnya yang bernombor 74 di Jalan Papan. Ahli yang terc3dera akan dibawa ke rumah Kathigasu pada waktu malam melalui suatu jalan rahsia merentasi bukit di belakang rumah beliau dan mereka akan mengetuk pintu belakang rumahnya sebanyak tiga kali sebagai kod rahsia.

Sybil juga telah menyimpan sebuah radio secara haram tanpa diketahui oleh pihak Jepun untuk mendapatkan informasi dari luar daripada BBC dan untuk menyuntik semangat para ahli gerila. Radio beliau dikodkan Josephine dan bahagian-bahagian radio tersebut ditanggalkan, diasingkan dan disorok di tingkat atas rumah apabila tidak menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga jika pihak Jepun membuat pemeriksaan rumah.

Namun tidak lama selepas itu radio tersebut telah rosak dan digantikan dengan Josephine II yang disorokkan di dalam sebuah lubang yang digali di bawah tangga rumahnya. Josephine II juga rosak kerana lubang tersebut dipenuhi air ketika hujan lebat. Beliau mendapatkan radio ketiganya Josephine III dan disorokkan di ruang bawah rumahnya tempat di mana beliau merawat ahli gerila.

Malangnya, setelah gerila anti-Jepun ditangkap pada satu pertempuran, kegiatan Sybil terbongkar. Pada 1 Ogos 1943, Sybil Kathigasu dan suaminya ditangkap oleh tentera Jepun. Namun sebelum ditangkap, Sybil memberitahu ahli gerila supaya berjanji untuk tidak memberitahu kegiatan hubungan gerila anti-Jepun dengannya kerana risau Jepun akan meny3rang dan memusnahkan pekan Papan.  Pada awalnya Jepun tidak mengesyaki Sybil kerana beliau bukan orang cina dan mereka tidak mengetahui bahawa beliau fasih berbahasa kantonis. Sybil dipindahkan ke penjara Batu Gajah.

Pada waktu itu bermulalah episod ng3ri penyeks4an demi peny3ksaan secara fizikal dan mental ke atas Sybil Kathigasu yang mana tidak seorang pun daripada kita sanggup menerimanya. Beliau telah dit4mpar dan dipvkul dengan teruk akibat keengganan beliau menjawab soalan. Tidak cukup dengan itu, kuku beliau dic4but satu demi satu kemudiannya jari beliau ditvsuk dengan j4rum daripada bawah jari sehingga t3mbus ke atas.

Setiap keengganan beliau untuk menjawab soalan dibalas dengan pvkulan sehingga beliau tidak boleh berdiri. Beliau tidak diberi makan dan minum. Namun begitu, beliau tetap tidak mendedahkan nama-nama ahli gerila dan sebarang maklumat mengenainya. Melihat keengganan beliau, kempeitai Jepun telah meny3ksa beliau dengan lebih teruk.

Beliau dit3kap dengan b3si p4nas di bahagian betis dan kakinya berkali-kali dan beliau dipvkul dengan batang buluh di bahagian k3pala sehingga r3bah dan p3ngsan. Tentera Jepun juga menghantar banduan palsu ke penjara dan diletakkan ke dalam satu kamar yang sama dengan Sybil untuk mengorek rahsia namun tidak berjaya.

Anak bongsu beliau Dawn Kathigasu dig4ntung di pokok yang penuh dengan kerengga dan Jepun mengugut untuk memb4kar anaknya hidup-hidup jika beliau tidak menjawab soalan. Sybil juga dis3ksa dengan “Tokyo Wine Treatment” iaitu sejenis 4zab s3ksaan yang dicipta oleh Jepun. Sybil disvmbat dengan paip dan air dip4m masuk ke mulutnya kemudian tentera Jepun dengan but keras mereka meny3pak p3rut beliau berkali-kali sehingga tersembur kembali air tadi. Sarjan Ekio Yoshimura juga meny3pak rahang Sybil Kathigasu sehingga p4tah. Beliau menanggung segala kep3ritan 4zab ini hanya demi keselamatan penduduk Papan dan ahli gerila.

Penderitaan dua tahun Sybil Kathigasu berakhir apabila Jepun tewas dan menyerah kalah pada Ogos 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, Kapten David mencari Sybil Kathigasu di penjara Batu Gajah. Beliau dibebaskan dan dibawa pulang semula ke Papan sebelum diterbangkan ke England untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber Gambar : orangperak.com

Pada 7 November 1947, beliau merupakan satu-satunya wanita Malaya yang menerima pingat King George IV di Istana Buckingham, England sebagai penghargaan kepada keberanian beliau. Dan pada 12 Jun tahun berikutnya pada ketika beliau berusia 49 tahun, beliau telah m3ninggal dvnia di Hospital Lanark, Scotland akibat acute septicemia yang merupakan kesan daripada kec3deraan rahangnya. Glasgow City Medical Centre telah menjalankan b3dah siasat ke atas m4yat beliau dan mendapati bahawa terdapat banyak organ-organ dalamannya yang r0sak teruk akibat dipvkul.

Beliau disemadikan di tanah perkuburan Lanark, Scotland dan pada tahun 1949 m4yat beliau telah dibawa kembali ke Ipoh dan disemadikan di tanah perkuburan Katolik bersebelahan dengan gereja St. Michael hasil cadangan anaknya Olga Kathigasu.

Sumber gambar : orangperak.com
Rumah Sybil Kathigasu

Sebuah jalan di Ipoh telah diberi nama sebagai Jalan Sybil Kathigasu demi mengabadikan nama beliau atas jasa dan pengorbanannya. Rumah beliau di pekan Papan masih berdiri walau usang namun masih belum rebah atau direbahkan. Walaupun begitu pekan Papan tidak segah dengan sejarahnya. Pada hari ini pekan Papan seolah-olah hidup segan m4ti tak mahu. Pekan Papan mempunyai banyak rumah-rumah kedai yang ditinggalkan usang di tepi-tepi jalan Papan dengan belukar yang menjalar sehingga ke bumbung.

Pekan Papan hari ini
Pada ulang tahun kelahiran Sybil Kathigasu ke-117, Google Doodle melampirkan lakaran Sybil Kathigasu memakai seragam jururawat di depan rumahnya

Sybil Kathigasu sempat menulis sebuah buku bertajuk “No Dram of Mercy” mengenai kisah hidupnya yang kemudiannya diadaptasikan menjadi sebuah drama bersiri pada tahun 2010. Drama ini diarahkan oleh Bernard Chauly dan watak Sybil dilakonkan oleh Elaine Daly iaitu cucu saudara kepada Sybil Kathigasu sendiri. Drama ini juga turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Beto Khusyairy, Zahiril Adzim, Cheryl Samad dan Khatijah Tan.

Sybil Kathigasu, walaupun namanya kurang didendangkan namun fakta akan keberanian wanita ini sudah cukup untuk menggelarnya sebagai seorang wirawati. Jika ketabahannya berupa batu-bata sudah pasti cukup untuk membina sebuah rumah yang besar. Jika d4rah dan air matanya yang diperah tentera Jepun merupakan dakwat, sudah cukup untuk menulis sebuah buku.

“I hate your Government because you Japanese think that your strength gives you the right to act as tyrants everywhere. You treat the people of Malaya like ill-bred dogs who can respect only the b*ot and the wh!p” -Sybil Kathigasu-

RUJUKAN

1. “Edith of Malaya”. Time. 1948. Dicapai pada 22 November 2019.

2. Dilema Moral Menulis Skrip Cerita ‘Apa Dosaku’. Mstar. Au Yeong How. Dicapai pada 22 November 2019.

3. Sybil Kathigasu : Jururawat dan Pejuang Tanah Air. Amir MS. 2017. Dicapai pada 22 November 2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Knowledge is not power. Knowledge is knowledge, power is power. But knowledge is the key to power. Without a proper fortune you shall perish. Pelajar Sarjana Muda Syariah & Undang-undang. Mengagungkan pelbagai cabang ilmu, tapi tak semua. Mempunyai visi tersendiri dalam menyubur masyarakat dengan ilmu. Seorang Potterhead.

Comments are closed.