Syaikh Umar Al-Tilmisani: Ikon Ikhwanul Muslimin

430

Biasakah kita mendengar nama Ikhwanul Muslimin? Semestinya pergerakan haraki ini telah menjadi inspirasi kepada semua pergerakan berasaskan Islamis dan metod metod tarbiyah dan dakwah mereka telah banyak yang telah diimplimentasikan dalam pergerakan Islamis terutama di Malaysia.

Tokoh yang kita sangat kenali dalam Ikhwanul Muslimin ini pula tidak lain tidak bukan ialah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Ketokohan beliau memimpin Ikhwanul Muslimin untuk sebagai pergerakan sosial pada mulanya dan akhirnya bergerak selangkah sebagai organisasi politik yang ingin melepaskan cengkaman penj4j4han Britsh terhadap Mesir ketika itu.

Baik, hari ini kita tidak bercerita tentang Imam Hassan Al-Banna atau Ikhwanul Muslimin, tapi kita akan ceritakan tentang sosok tubuh yang juga menjadi nadi dan ikon kepada pejuang pergerakan Ikhwanul Muslimin dan Dunia Islam iaitu Syaikh Umar Al-Tilmisani. Jadi siapakah beliau yang disebutkan sebentar tadi?

Syeikh Umar Al-Tilmisani
  1. Nama penuh Syaikh Umar adalah Ustadz Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Mushthafa Tilmisani. Beliau adalah Mursyidul Am Ketiga Ikhwanul Muslimin selepas wafatnya Hasan Al-Hudhaibi pada bulan November 1973.
  2. Gelaran ‘Tilmisani’ diberikan kerana jalur keturunan Syaikh Umar berasal dari Tilmisan, Al-Jazair. Beliau lahir di kota Kaherah, Mesir pada tahun 1904 M. Datuk kepada beliau adalah seorang salafi yang banyak mencetak buku hasil karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
  3. Umar Al-Tilmisani mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang dikelolai oleh yayasan sosial untuk tingkatan menengah dan atas di Madrasah Ilhamiyah dan kemudian melanjutkan pelajarannya dalam bidang Fakulti Hukum. Pada tahun 1993, beliau telah menamatkan pengajian di Fakulti Hukum kemudian mewujudkan siding peguam di Syabin Al-Qanathir dan bergabung dengan jamaah Ikhwanul Muslimin.
  4. Syaikh Umar merupakan peguam pertama yang menyertai Ikhwanul Muslimin dan mewakafkan segala pemikiran dan tenaga untuk membelanya. Beliau termasuk salah seorang yang merupakan orang kanan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Beliau banyak menyertai Imam Hasan dalam beberapa siri lawatan. Imam Hasan juga sering meminta buah fikiran untuk menyelesaikan beberapa masalah.
  5. Syaikh Umar telah berkahwin ketika masih di bangku sekolah Menengah Atas. Tidak lama kemudian, isteri beliau wafat pada bulan Ogos 1979, setelah menyertai selama setengah abad lebih. Pernikahan beliau dan isterinya telah dikurniakan empat orang anak.
  6. Walaupun Syaikh Umar sibuk bekerja sebagai seorang peguam, beliau sempat untuk meluangkan masa untuk menambah ilmu pengetahuan seperti ilmu tafsir, hadits, fiqh, sirah, tawarikh, dan biografi para tokoh.
  7. Syaikh Umar adalah seorang sangat pemalu. Beliau juga dikatakan seorang yang tegas kerana telah beberapa kali dipenjara dalam tempoh yang lama oleh pemerintah Mesir ketika itu. Dalam majalah al-Yamamah Arab Saudi, edisi 14 Januari 1982, Syaikh Umar berkata;
    “Tabiat yang membesarkanku membuatku benci kekerasan, apa pun bentuknya. Ini bukan hanya sekadar sikap politik, tapi sikap peribadi yang berkait dengan struktur keberadaanku. Bahkan, andai dizalimi, saya tidak akan menggunakan kekerasan. Mungkin, saya menggunakan kekuatan untuk mengadakan perubahan, tapi tidak untuk kekerasan.”
  1. Syaikh Umar terkenal dengan sifat kezuhudannya. Beliau hanya tinggal di sebuah apartment yang mempunyai ruang yang sempit Kompleks Al-Mulaiji Asy-Sya’biyah AI-Qadimah di wilayah Ath-Thahir Kaherah, Mesir. Tangga menuju ke kediamannya sangat usang dan lama dan mempunyai perabot yang sederhana. Padahal beliau lahir dalam keluarga yang bersatus tinggi dan kaya raya. Profesion juga bukan calang calang tapi sebagai peguam.
  2. Syaikh Umar Al-Tilmisani dalam bukunya ‘Umar Tilmisani Al Mursyid Ats- Tsalis Lit Ikhwan Al-Muslimun’, Ustadz Muhammad Said Abdur Rahim menyatakan,“Taghut (penguasa z4lim; Abdul Naser) meninggal dunia, lalu para tahanan yang mendekam di penjara selama bertahun-tahun dikeluarkan, ujian yang menimpa mengukuhkan jiwa dan menguatkan tekad mereka. Fizikal mereka memang menjadi lemah, tetapi ruh mereka semakin rindu kepada apa yang ada di sisi Allah dan menganggap dunia tidak ada ertinya. Bahkan, ketakutan hilang dari hati mereka”
  1. Syaikh Umar telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 13 Ramadhan 1406, bersamaan dengan 22 Mei 1986 di hospital kerana sakit yang lama ketika usia 82 tahun. Sepanjang hidup beliau, beliau dihormati kawan dan lawan. Peribadi beliau yang tegas dalam kelembutan menyebabkan ramai yang menghormati beliau sebagai pemata dunia Islam yang tiada galang gantinya. Al-Fatihah.

#NastiaUmmah

RUJUKAN:

  1. Risalah Tsulasa’. https://ulumcordova.files.wordpress.com/2007/12/r1tsulasa-edisi-1.pdf
  2. Ikhwanul Muslimin Sisi Berlainan Sebuah Gerakan Islam Global. https://www.ikram.org.my/berita/artikel/item/4175-ikhwanul-muslimin-sisi-berlainan-sebuah-gerakan-islam-global.htm
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.