Sutera Labah-Labah

209
views

Itulah nama bagi sehelai kain yang dijahit khusus daripada 100 juta ekor sutera labah-labah spesis Nephila Inaurata, yang mana projek seni ini mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Sarang labah-labah ini berwarna keemasan apabila terkena sinaran matahari.

Labah-labah betina spesis Nephila Inaurata yang ditemui di Madagascar.

Sejarah pengekstrakan sutera dari labah-labah boleh dilihat kembali daripada rekod sejarah Perancis abad ke-19 M. Di dalam rekod ini, dikisahkan tentang seorang ‘missionaris’ dari Perancis, Father Paul Camboué mendapat mandat untuk berdakwah dan menyebarkan agama Kristian di Madagascar. Dalam menjalankan kegiatan dakwahnya, Father Paul tertarik untuk menghasilkan bahan fabrik atau pakaian daripada labah-labah yang ditemuinya di kepulauan Madagascar.

Beliau berjaya mengekstrak dan menenun pakaian daripada benang sutera labah-labah spesis Nephila Inaurata. Hasil ‘masterpiece’- nya ini berjaya menarik minat seorang sahabatnya yang juga seorang pengusaha terkenal di Perancis iaitu M. Nogue. Father Paul dan M. Nogue bekerjasama dalam membuka kilang yang memproduksi bahan-bahan fabrik daripada sutera labah-labah.

Salah satu karya mereka, pernah dipertontonkan kepada umum di majlis Paris Exposition pada tahun 1898. Tetapi sayang, segala karya dan hasil kerja yang diciptakan oleh dua orang bangsawan Perancis ini hilang ditelan zaman.

Daripada kisah sejarah inilah, dua orang lelaki iaitu Simon Peers, seorang sejarawan British dan Nicholas Godley, seorang usahawan terkenal dari Amerika Syarikat, berkolaborasi dalam merealisasikan cita-cita mengembalikan karya sejarah yang pernah terkubur tersebut.

Dalam lima tahun itu, Peers dan Godley menyatakan mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 100 juta ekor labah-labah betina spesis Nephila Inaurata yang ditangkap disekitar pulau Madagascar sendiri. Mereka menyatakan, seekor labah-labah betina mampu menghasilkan sutera seminggu sekali sahaja.

Tempoh labah-labah ini menghasilkan sutera adalah pada musim hujan iaitu diantara bulan Jun dan Oktober. Setelah labah-labah betina kehabisan suteranya, ia akan dihantar kembali ke habitat asal masing-masing, jadinya tiada kecederaan atau kematian jiwa dilaporkan. Labah-labah menghasilkan sutera dari organ yang dikenali sebagai “spinning wart” (di punggung). Manusia tiada ‘spinning wart’, tetapi hanya ada lubang dubur sahaja.

Kain pertama yang dihasilkan oleh mereka. Berukuran 10×4 meter ini sekarang dipamerkan di London’s Victoria and Albert Museum.

Setelah melabur sebanyak £ 300,000 (USD 395820/RM 1.625.842) selama lima tahun lamanya, maka kain yang 100% asli dari sutera labah-labah berukuran 10×4 meter berjaya disiapkan pada tahun 2009 oleh 70 orang tenaga kerja. Sekarang, kain ini dipamerkan di London’s Victoria and Albert Museum.

Setelah beberapa tahun kemudian, mereka meneruskan projek ini semula dengan menenun sehelai jubah yang 100% daripada sutera labah-labah juga. Dan hasilnya sangat mengkagumkan. Ini bukanlah kain dan jubah biasa, tetapi ia adalah karya yang paling mahal dan bersejarah.

Bukan senang nak hasilkan kain tekstil atau jubah daripada labah-labah. Ia sangat merumitkan. Jangan pula lepas ni, kau tangkap labah-labah rumah nak buat kain sutera. Tidah usah, itu hanya perbuatan yang sia-sia dan ia boleh dikategorikan sebagai tindakan merogol serangga.

Sumber: World’s Rarest Textile is Made From the Silk of One Million Spiders (Ancient Origins).