Pemberkasan beberapa individu berkaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil (LTTE) telah menimbulkan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun aneh sekali terdapat segelintir dalam kalangan rakyat yang tidak berpuas hati.

Salah seorang daripada mereka ialah Vigneswaran Sanasee, yang mengumumkan kebimbangannya kerana golongan diberkas itu hanya bersimpati. Sebagai presiden kepada parti sentrik India (iaitu Kongres India Malaysia), perkara ini perlu dipandang serius.

Dipetik daripada sumber Malaysia Kini (MK, 2019):

“LTTE ditubuhkan sebagai tindakbalas terhadap penindasan Tamil (di Sri Lanka). Orang-orang Tamil (sedunia) mengadakan doa untuk (saudara sebangsa). Perlu diingat bahawa diaspora Tamil di seluruh dunia yang bersimpati dengan LTTE bukanlah pengg*n*s dan tidak menyokong dan menjana kegiatan pengg*n*s. Mereka semata-mata menunjukkan sokongan bagi tujuan untuk menamatkan penderitaan rakan-rakan Tamil. Bolehkah sesiapa ditangkap kerana menunjukkan simpati?”

Sebagai rumusan:

  1. Vigneswaran menyatakan apa-apa sokongan kepada LTTE merupakan semangat simpati semata-mata.
  2. Takkan simpati itu satu jenayah.

Untuk memudahkan pemahaman, simpati kepada satu perjuangan menandakan sokongan. Umat Islam merupakan golongan yang sentiasa ditekan bila berkaitan dengan isu-isu keganasan.

Tidak Mengecam Bererti Menyokong?

Antara perkara yang ditanya oleh golongan tidak celik ialah: “kenapa umat Islam tidak kecam aktiviti keg*n*san?” Atas pertanyaan ini, kumpulan Konsultansi Ontario Berkaitan Toleransi Agama telah mengeluarkan satu artikel pada tahun 2016.

Dapatan mereka merumuskan bahawa terlalu banyak fatwa diumumkan dalam bentuk kecaman terhadap ser4ng4n keg4n4san. Namun fatwa-fatwa ini diabaikan akhbar, berita dan radio. Apabila diabaikan, maka golongan tidak celik mengatakan umat Islam seolah-olah menyokong keg4n4san. Seorang ketua evangelisme Kristian pernah menyatakan dalam radio Sirius Family Net bahawasanya beliau telah melaksanakan kajian menyeluruh tanpa menemui satu pun kecaman Islam terhadap keg4n4san.

Disini perlu ditekankan bahawa jika pengabaian media sudah dianggap sokongan, bagaimana pula jika umat Islam menunjukkan simpati?

Namun perkara tersebut merupakan persepsi semata-mata. Penjelasan rapi dan keterbukaan media boleh memudahkan capaian mesej supaya masyarakat senegara dididik dengan baik. Sungguhpun begitu, LTTE bukanlah suatu organisasi suci yang mengamalkan kerja amal atau penyiasatan menyeluruh.

Di Sebalik Tirai Persepsi

LTTE mempunyai barisan Harimau Hitam yang elit untuk mengatur pembvnvhan melalui pengeb0man berani m4ti. Tiada apa yang suci bila usaha pembvnvhan menyebabkan kem4tian atau kec3d4raan pihak awam. Ini kerana Daulah Islamiyah (ISIL) pun mempunyai barisan elit untuk strategi yang sama. Maka takkan ISIL pun boleh disimpatikan sepertimana LTTE dipohon kebenaran simpati?

Sungguhpun begitu bukan perasaan sedih dan solidariti yang mendorong pemberkasan penyokong-penyokong pengg4n4s tersebut. Dalam sebuah laporan Indeks Keg4n4san Global 2016, dikatakan bahawa kepelbagaian serangan ISIL terjamin melalui kadar sokongan tinggi dinikmati mereka.

Separuh daripada s3r4ngan-s3r4ngan ISIL dijalankan oleh pelaku yang sebenarnya bersimpati kepada ISIL tanpa sebarang hubungan rasmi pun. Mala tiada langsung s3r4ngan di Amerika Syarikat (sebelum penerbitan majalah tersebut) dilakukan ISIL secara terus.

Simpati merupakan dorongan pertama bagi kejadian keg4n4san. Pada Ogos 2015, seorang pengg4n4s telah menyerang kereta api di Perancis. Selepas disiasat, pengg4n4s ini didapati telah berkomunikasi dengan ketua ISIL di Paris. Titik permulaan kepada ser4ng4n ini bukannya indoktrinasi pun. Sebaliknya, simpati kepada gerak kerja ISIL yang mendenyutkan nadi liar dalam pelaku tersebut.

Satu lagi contoh ialah Duraid Hussein yang dihukum penjara 54 bulan di Amerika Syarikat. Duraid merupakan warga Iraq yang menjual senjata dicuri. Sebagai bekas penjenayah, dia tidak dibenarkan pun untuk memiliki senjata.

Dan selepas disiasat, Duraid terbukti telah menonton video-video propaganda ekstrimisme dan telahpun mengumumkan seruan jih4disme. Sejak memasuki Amerika Syarikat sebagai pelarian, beliau telah kerap diberkas sebab kerap meny3r4ng. Sekali lagi simpati dijadikan baja kepada benih ekstrimisme.

Apakah Simpati Itu Satu Jenayah?

Di Amerika Syarikat, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mempunyai jabatan khas untuk bantu menghapuskan rangkaian keg4n4san. Kewangan pengg4n4s merupakan instrumen utama untuk mencapai matlamat. Satu lagi langkah proaktif FBI ialah memutuskan hubungan rangkaian keganasan dengan golongan HVE. Media sosial merupakan wadah yang paling mudah digunakan ISIL untuk mencapai impian ekstrimisme mereka. Dibawah FBI, golongan HVE ialah ekstrimis g4n4s yang bersimpati.

Tindakan yang sama diambil Belanda berkaitan dengan “pensimpati-pensimpati” pengg4n4s. Dan Israel pula telah mewujudkan Ordinan Pencegahan Keg4n4san 33 (5708-1948). Dalam rangka kerja mereka, bidangkuasa keempat memperuntukkan bahawa sesiapa sahaja yang menerbitkan pujian, simpati, atau galakan untuk menyebabkan dan mendanakan pengg4n4s boleh dikenakan penjara tiga tahun atau denda yang berat pun.

Kesimpulan

Kenyataan Vigneswaran Sanasee ini merupakan satu “oversight” (terlepas pandang) yang boleh memakan diri. Masalahnya bukan Vigneswaran itu yang dijamin menjadi mangsa. Sebaliknya rakyat Malaysia lain yang tidak bersalah pun boleh ditimpa bala yang sama. Aktivit keg4n4san tidak memilih mangsanya secara pensasaran imperatif iaitu kata jelasnya “sasar seorang, bvnvh seorang”.

Dalam pengeb0man-pengeb0man bersasar, barangkali 100+ orang boleh terlibat pun. Dan LTTE pun terlibat dalam ser4ng4n keatas masjid. Maka simpati kepada LTTE bukannya simpati kepada Tamil. Sebaliknya simpati kepada LTTE adalah menyokong pembvnvhan besar-besaran terhadap semua mangsa LTTE.

Jika FBI boleh menggerakkan pasukannya untuk menentang HVE, kenapa Malaysia perlu dinyatakan kebimbangan pula? Takkan benda sebegini pun Presiden MIC tidak boleh fikir? Ataupun apakah Presiden MIC tidak tahu? 

RUJUKAN

MIC Persoal Tangkapan Individu “Bersimpati” Pada LTTE. https://www.malaysiakini.com/news/495612


Keg*n*san. https://www.fbi.gov/investigate/t3rrorism

‘Pensimpati’ Pengg*n*s di Belanda. https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/10576108708435690?journalCode=uter19

Ordinan Pencegahan Pengg*n*s. https://mfa.gov.il/mfa/mfa-archive/1900-1949/pages/prevention%20of%20terrorism%20ordinance%20no%2033%20of%205708-19.aspx


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.