Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin

Selepas pemantauan dan makluman rakan-rakan daripada pelbagai sektor, ini adalah cadangan saya bagi meringankan bebanan rakyat ketika tempoh 14 hari pergerakan terhad

1. Insentif tunai bagi individu yang bekerja sendiri seperti peniaga pasar malam, pemilik gerai makanan, freelancer dan sebagainya. Sekurang-kurangnya RM500 perlu dikreditkan ke akaun individu terutama yang tiada caruman KWSP. Perniagaan tutup tetapi sewa rumah dan bil masih perlu dibayar. Perincian kelayakan boleh ditapis melalui database BSH

2. Pengecualian satu bulan sewa / ansuran bagi rumah mampu milik, PPRT dan premis perniagaan milik kerajaan.

3. Insentif diskaun RM30 bagi bil elektrik dan RM15 bagi bil air domestik. Duduk di rumah sepenuh masa akan menaikkan bil utiliti secara drastik. Tak payahlah buat dasar 2% diskaun bil elektrik. Itu modal kami gelakkan kerajaan sahaja

4. Pemotongan 50% bil utiliti bagi premis perniagaan untuk Mac. Perniagaan terutama PKS tidak boleh diberi beban tambahan selepas kehilangan 2 minggu hasil pendapatan

5. Rebat cukai pintu / taksiran bagi pemilik premis persendirian yang memberikan diskaun kepada penyewa perniagaan sepanjang tempoh pergerakan terhad

6. Bekalkan sanitizer dan mask secara catuan melalui MPKK / Klinik Desa. Ia akan mengelakkan pembelian panik dan kenaikan harga melampau di farmasi.

7. Sekurang-kurangnya kerajaan perlu menanggung caruman wajib 13% KWSP oleh majikan untuk bulan Mac bagi mengurangkan bebanan sektor swasta. Bisnes tutup tetapi gaji pekerja wajib dibayar penuh.

8. Segerakan projek infrastruktur skala kecil selepas tamat tempoh pergerakan terhad bagi menyuntik semula kedudukan kewangan kontraktor-kontaktor kecil

9. Pastikan rakyat lebih suka duduk di rumah. Astro tolong buka akses channel sepenuhnya kepada pelanggan secara percuma. Syarikat telekomunikasi jangan kedekut untuk buka had dan kuota internet sepanjang tempoh 2 minggu ini. Semuanya adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat kalian.

(Updated: Astro dah bukak siaran percuma).

10. Tambah rebat cukai korporat bagi tahun semasa.

11. Sediakan peruntukan kemudahan mikro kredit tanpa faedah terutama bagi perniagaan yang terjejas.

12. Jangan takut berhutang. Nisbah 55% hutang vs GDP itu adalah self imposed yang boleh diubah bila-bila masa. Jangan terlalu fikir rating. Rating hanya menyenangkan korporat tetapi belum tentu boleh mengisi perut rakyat

Sekian. 14 hari ini akan menjadi 2 minggu paling panjang dalam hidup kita semua.

Hanya kepada Allah kami berserah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.