Kami di The Patriots terpanggil untuk bertanya kepada non-muslim dan muslim apologetik yang begitu beriya-iya untuk pertahankan festival ini.

1. Nak kata ianya menghormati budaya, bila masa pula negara Malaysia wujud bangsa Jerman asli ataupun peranakan Jerman? Celah mana adanya penempatan Jerman di Malaysia? Adakah Adolf Hitler pernah merampas tanah Melayu dan Borneo daripada tangan pasukan British ataupun Brook? Padahal keturunan diraja ataupun pemimpin sana hanya ingin merampas dan menjajah tanah Eropah, bukan tanah Asia.

Oktoberfest adalah pesta rakyat (“volksfest”) di kawasan Bavaria (atau Bayern) untuk meraikan hasil tuaian. Ia mempunyai sejarah beratus-ratus tahun, kemudian ia dijadikan sambutan tahunan besar-besaran sempena perkahwinan Putera Mahhkota Ludwig pada tahun 1810 dan diteruskan sehingga kini.

Pada asalnya, “Bavaria is not Germany”. Negara bernama “Germany” hanya wujud bermula tahun 1871. Sebelum 1871, yang ada hanya berpuluh-puluh negeri yang dihuni oleh orang Jerman (“German states”).

Oktoberfest adalah masa untuk orang Bavaria mempamerkan budaya dan identiti tersendiri yang berbeza daripada Jerman yang didominasi oleh Prussia.

Mereka memperkenakan pakaian tradisional (“trachten”) seperti Dirndl dan Lederhosen. Muzik tradisional Bavaria dimainkan. Dan simbol-simbol Bavaria seperti bendera biru-putih dikibarkan. Lambang biru-putih ni boleh nampak kat logo BMW (akronim kepada Bavarian Motor Works) dan logo kelab bola sepak Bayern Munich.

Apa kaitan ini semua dengan kebudayaan Malaysia? Itulah “Bavarian pride”..

Jadi, kalau kamu betul sayangkan budaya Jerman atau lebih tepat budaya Bavaria, baik kamu simpan duit pergi ke Munich menghadiri Oktoberfest yang sebenar untuk menyumbang kepada ekonomi Bavaria. Bukannya memperkayakan kapitalis yang menunggang budaya.

Otherwise, you’re just a cultural appropriator, not a cultural appreciator.

2. Nak kata ia perayaan menghormati agama, bila masa pula sejarah Oktoberfest mengaitkan dengan agama Kristian, walhal ianya suatu perayaan yang meraikan perkahwinan diraja kerabat Bavaria suatu ketika dahulu. Tujuan utama diadakan perayaan ini hanyalah untuk mengingati perkahwinan diraja, bukan kelahiran Tuhan ataupun sebagainya. Kalau nak dikatakan hari kelahiran Tuhan, sambutan Hari Natal di Malaysia tidak diharamkan sama sekali, bahkan kami menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa sebarang keraguan kerana kalau dilihatkan kembali, ia sambutan suci yang menghormati kepercayaan penganut agama Kristian yang berada di Malaysia.

3. Nak kata di negara Malaysia peminum arak didiskriminasikan bila masa pula walhal bersepah minuman keras memabukkan ini dijual di merata tempat seperti kedai serbaneka 24 jam, restoran, hotel, atas kapal terbang sehinggakan ada kalanya ianya dimasukkan sebagai penambah dalam masakan tertentu? Tambahan pula, adanya iklan arak di surat khabar dan di dalam media sosial (di Malaysia). Tiada larangan untuk non-Muslim Malaysia untuk meneguknya, kami tidak membantah mahupun berniat menyingkirkan golongan ini daripada negara. Bahkan Malaysia lebih terbuka daripada negar aseperti Ireland dan Australia dalam penjualan arak. Cuma kami (umat Islam) WAJIB mematuhi ’10 Commandments’ berkaitan dalam urusan arak dari segi syariah Islam.

Yang kami (umat Islam) tidak mahu diadakan pesta arak sebegini adalah ianya tidak pernah (tidak ada kaitan langsung) dengan tiga tujuan utama di atas dan ia juga tidak ada kaitan dengan agama-agama bukan Islam. Lagipun kami menganggap bahawa festival seperti ini mempromosikan pengambilan alkohol yang jelas sangat membinasakan kesannya pada tamadun dan bangsa manusia.

Jadinya, apakah motif sebenarnya meraikan perayaan sambutan ini wahai sahabat-sahabat Muslim dan non-Muslim. Jika perayaan Oktoberfest ada kaitan dengan agama, bangsa dan negara Malaysia, sila nyatakan bukti kukuh mengapa ianya PATUT dilaksanakan di negara tercinta kita ini?

Aneh, bila kami mahu mengamalkan ajaran Islam di dalam negara kami, anda non-muslim menyerang kami dengan label ARABISASI. Tetapi apabila anda mahu mengamalkan kebudayaan yang tidak ada kaitan dengan bangsa dan agama anda, apakah kami berhak memanggil ia sebagai JERMANISASI atau BAVARIASASI? Anda sedang menelan ludah anda semula? Sejak bila menjadi bangsa JERMAN itu lebih mulia daripada menjadi bangsa ARAB?

Pesanan: Kita Asia, bukan Eropah wahai saudara-saudari sekalian. Berjiran dengan negara Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand, bukannya berjiran dengan negara Austria, Poland, Switzerland, Perancis, Belgium dan Belanda.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.