Kedatangan 2020 menyaksikan berlakunya satu perkara yang tidak dijangka. Pada tanggal 3 Januari 2020, Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan meletakkan jawatan beliau. Beberapa jam selepas itu, timbul spekulasi bahawa Tun Dr Mahathir mengarahkan beliau untuk meletakkan jawatan melalui sebuah surat yang bertulis sebanyak 17 Perenggan yang dihantar kepada Pejabat Dr Maszlee ketika beliau sedang bercuti ke Amerika Syarikat pada Disember lalu.

Sekitar 50 tahun yang lepas, pernah juga satu peristiwa terjadi berkaitan dengan surat yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir. Ketika itu, negara baru sahaja selesai Pilihan Raya Umum ke 1969 yang menyaksikan pihak Perikatan menang tipis. Pilihan raya itu juga menyaksikan Tun Dr Mahathir tewas kepada Ustaz Yusof Rawa (Bapa Mujahid) di Parlimen Kota Setar Selatan – ini menyaksikan Tun Dr Mahathir satu-satunya Perdana Menteri yang pernah tewas di dalam pilihan raya.

Seperti yang termaktub di dalam sejarah, pasca pilihan raya 1969 negara dilanda r0s0h4n kaum. Rentetan daripada peristiwa itu, Tun Dr Mahathir telah menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri. Surat ini kemudiannya diedarkan kepada seluruh penjawat awam.

Antara isi surat tersebut ialah, Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa Tunku merupakan punca kepada r0s0h4n kaum itu. Ini berkaitan dengan tindakan Tunku yang merayu kepada Sultan Johor dan Perak untuk mengubah hukuman m4ti yang dijatuhkan kepada sejumlah ahli P4rt1 K0mun1s yang membantu Indonesia semasa era Konfrotasi kepada hukuman p3nj4r4 seumur hidup. Tun menyifatkan bahawa Tunku terlalu lembut dan mudah patuh kepada puak-puak p3lamp4u tersebut. Namun, apabila ditanya, Tunku sendiri tidak pasti apakah tindakan beliau itu sewajarnya atau tidak.

Isi lain di dalam surat tersebut ialah orang-orang kerajaan telah hilang kepercayaan terhadap Tunku. Dari sudut kepartian, Tun juga menyatakan bahawa orang-orang dari kalangan UMNO dan PAS juga membenci Tunku. Ditambah pula, menurut Tun, kebanyakan orang kerajaan mengundi PAS melalui undi Pos.

Isi yang terakhir menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir menuduh Tunku bermain poker ketika r0s0h4n terjadi. Menurut Tun Daim, memang benar ketika kejadian, Tunku sedang bermain poker bersama rakan-rakanya. Menurut Tun Dr Mahathir, tindakan Tunku itu membuatkan orang Cina memandang rendah terhadap beliau. Walaubagaimanapun, Tunku tidak melatah dengan tuduhan Tun Dr Mahathir itu, beliau mengatakan bahawa tuduhan tersebut merupakan perkara biasa untuk menjatuhkannya.

Selepas surat itu tersebar, Tun Dr Mahathir dipulau oleh orang UMNO pada ketika itu. Ahli UMNO menyifatkan tindakan Tun itu sebagai kurang ajar. Pada 12 Julai 1969, Majlis Mesyuarat Tertinggi memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir dipecat dari menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tun Mahathir juga diminta untuk menarik balik surat tersebut. Akan tetapi, beliau enggan untuk melakukannya.  Sehari selepas itu, rumah beliau juga digeladah oleh pihak Jabatan Hasil Dalam Negeri dan rakan-rakan rapat mula memulau terhadapnya sehingga merasakan dirinya terbuang. Pada 26 September 1969, akhirnya Tun telah dipecat daripada UMNO secara rasmi.

Kata Tunku berkaitan surat tersebut, beliau merasa amat sedih dengan tindakan Tun Dr Mahathir itu. Beliau mengatakan bahawa surat yang ditulis selama 10 minit itu telah memusnahkan jasa dan sumbangannya selama 17 tahun. Menurut beberapa pemimpin lama, dengan tersebarnya surat ini, ini menjadi salah satu sebab Tunku melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.

RUJUKAN:

  • Mohamad, T. M. (2012). Doktor umum memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Petaling Jaya: MPH Group.
  • Maidin, Z. (2008). The other side of Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publ. & Distributors.
  • Maidin, Z. (2008). Surat daripada Dr. Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
  • Putra, T. A. R. (2007). 13 Mei sebelum dan selepas. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
  • http://anwarite.tripod.com/mahathir_1969_open_letter.htm

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.