Selepas Melaka dikuasai Portugis 1511, warisan & budaya Melayu terus berkembang luas ke segenap Nusantara. Apa yang ditinggalkan Melaka walau ada yang dicuri, dibawa lari malah dimusnahkan Portugis, ia tidaklah hilang dan lupus dengan tumbangnya Kesultanan Melaka.

1. Dimulakan dengan pantun;

“Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan hamba serahkan.”

Jawa di sini bukan bermaksud Kepulauan Jawa atau orang Jawa semata2, sebaliknya mewakili segenap kepulauan Indonesia moden hari ini.

2. Pada satu ketika, Kepulauan Indonesia moden hari ini adalah inkubator kepada banyak kerajaan2 awal di Nusantara. Misalnya Majapahit, Kesultanan Aceh, Demak, Goa, Cirebon, Luwu, Jambi dan banyak lagi pernah wujud sebelum, semasa malah lebih banyak muncul selepas Melaka jatuh.

3. Kesultanan Ternate misalnya wujud dalam tempoh 1257–1914. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, kerajaan ini sedar akan potensi dan ancaman yang dibawa Portugis. Apa yang menarik, Ternate tegas dan kekal menggunakan Jawi untuk memulakan hubungan pertamanya dengan Portugis.

4. Ada 2 warkah surat dalam Jawi oleh Sultan Ternate, Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal, John III, pada 1521-1522. Surat tertua yg ditulis dalam Jawi kepada Raja Portugal ketika itu John III. Bagaimana John III nak faham apa yang disampaikan oleh Sultan Ternate ketika itu?

5. Mestilah dengan utusan yang membawa surat tersebut ke hadapan baginda Raja Portugal. Kerana itu yang menjadi utusan raja-raja Melayu terdahulu adalah yang dipercayai dan bukan calang-calang handalnya, mahir berbahasa dan menterjemah, malah lebih pandai pula berdiplomasi.

6. Utusan ini bukan sahaja membawa khabar, tetapi imej dan nama baik kerajaan yang diwakilinya. Di bawah adalah gerombolan Sultan Ternate, Sultan Said Berakat (1583-1606) menziarahi Masjid Gammelame pada 1559. Mungkin Solat Aidiladha kerana laskar di depan ada memikul kambing.

7. Surat Kerajaan Ternate kepada Portugal yang asal kini ada di Muzium Lisbon, Portugal. Aku tau kau semua merangkak namati baca Jawi dalam surat ni, sama macam aku, jadi aku sertakan transliterasi Ruminya bersama surat tu nanti, sebelah-menyebelah.

8. Surat pertama menceritakan konflik serantau yang melibatkan kerajaan Ternate & krisis dalaman tentang kematian raja mereka dek diracun. Kisah ini dikongsi bagi menunjukkan ‘vulnerability’ Ternate ketika supaya dilihat mahu bersekutu dan mendapat ehsan dengan Raja Portugal.

9. Ia seakan mendedahkan kelemahan kerajaan Ternate, tapi ternyata ia inisiatif bijak. Ternate tidak diserang Portugal kerana John III sedar Ternate bukanlah ancaman, lebih2 lagi ketika Portugis sedang berusaha mempertahankan Kota Melaka yang baru masuk 10 tahun dikuasai mereka.

10. Portugis dalam tempoh itu masih belum menyiapkan lagi A Famosa, malah sentiasa pula diancam gerakan subversif dari dalam kota juga sabotaj dari Melayu yang berkubu di luar sempadan wilayah Kota Melaka.

11. Sultan Ternate sedar dengan kejatuhan Melaka, mereka mahu mengambil kesempatan untuk menjadi pemain penting dalam laluan rempah di Alam Melayu ketika itu.

12. Surat kedua pula jika diteliti lebih merupakan permintaan baginda Tuanku Sultan Ternate kepada Raja Portugal untuk membantu mereka melengkapkan pertahanan, persenjataan sekaligus memperkuatkan armada laut Ternate dari ancaman kerajaan lain.

13. Masalahnya, dah transliterasi terus ke Rumi pun, masih tak boleh nak faham sepenuhnya isi kedua-dua surat ni. Jadi fahamlah kita betapa susahnya pengkaji sejarah untuk meneliti dokumen-dokumen sejarah lama sebegini, menjadikan pengetahuan Jawi bukan lagi satu pilihan, tetapi keutamaan.

14. Jika kita tak tahu Jawi, macam mana nak tahu sejarah bangsa, sekaligus sejarah negara kau sendiri dari dokumen dan surat-surat lama sebegini? Ini salah satu kelebihan mempelajari tulisan Jawi. Memahami jatidiri agama dan bangsa sendiri serta asas pembinaan negara.

15. Kerajaan Ternate berpusat di Kepulauan Malukua dalah bukti betapa kerajaan Melayu terawal tidaklah bergantung harap dan ikut runtuh bersama Melaka. Mereka menyubur dan membawa panji agama dan bangsa, memelihara Jawi & memastikan survivabiliti Melayu terus terpelihara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.