Surat Pesanan Einstein Yang Dilelong Jutaan Dolar

420

Kehidupan yang senyap dan sederhana lebih membawa kebahagiaan berbanding mengejar kejayaan yang selalu berhadapan dengan pergolakan dan kegelisahan tanpa henti.”Albert Einstein

Inilah pesanan yang diberikan oleh Albert Einstein (1879 – 1955) kepada seorang kurier di Tokyo, Jepun yang berkongsi pendapat tentang maksud kebahagiaan. Nota ini ditulis dalam bahasa Jerman dan dilaporkan nota ini telah dilelong dengan harga 1.56 juta dollar.

Pelelong menganggarkan nota ni dapat dijual dengan harga 5,000 dolar hingga 8,000 dolar, tetapi tidak sangka dapat dilelong dengan jumlah sebanyak itu. Pembeli tersebut merupakan orang Eropah yang tidak mahu identitinya diketahui.

Kemudian, terdapat cebisan nota Einstein yang tertulis, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” dijual dengan harga 240,000 dolar. Einstein pernah memberikan syarahan di Jepun pada tahun 1922. Terdapat seorang kurier Jepun mahu menyampaikan mesej kepada Einstein di Imperial Hotel, Tokyo.

Setelah mesej tersebut disampaikan, kurier tersebut tidak mahu menerima sebarang upah daripada Einstein. Pada ketika ini, tidak pasti sama ada kurier tersebut tidak mahu menerima sebarang upah atas dasar tradisi budaya Jepun ataupun atas dasar Einstein tiada wang kecil untuk diberikan.

Apa-apa pun, Einstein tidak mahu kurier itu pulang dengan tangan kosong. Maka, Einstein memberikan dua nota nasihat dalam bahasa Jerman. Menurut penjual nota ini, dia adalah saudara pada kurier tersebut. Pada bulan Jun 2017, terdapat surat Einstein yang menulis mengenai Tuhan, Israel dan Fizik dijual dengan harga 210,000 dolar di Jerusalem.

Dalam biografi Einstein yang dikarang oleh Walter Isaacson, Einstein pernah berkata,

Dalam banyak-banyak orang yang aku temui, aku paling suka orang Jepun. Mereka sangat sederhana, cerdik, bertimbang rasa dan mempunyai sentuhan terhadap seni.”

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.