Tengku Chik Di Tiro atau nama sebenarnya Syeikh Muhammad Samman adalah ulama dan panglima utama perang Aceh – Belanda pada sekitar tahun 1874. Kebijaksanaan strategi perang Tengku Chik Di Tiro yang memimpin para ulama termasuk Tengku Chik Pante Kulu dan Tengku Chik Kuta Karang begitu menakutkan Belanda.

Dalam perang tersebut, angkatan tentera Belanda hampir lumpuh. Angka korban tentera Belanda mencecah puluhan ribu termasuk jeneral-jeneral perangnya. Di saat ego dan emosi tentera Belanda begitu rapuh. Tengku Chik Di Tiro telah mengutuskan surat dakwah yang kandungannya seperti berikut:-

“Setahun yang lalu kami dalam sebuah surat kepada Tuan tentang mengadakan perdamaian memajukan dengan tegas syarat kami : demi Tuan Besar masuk dalam agama Islam dengan mengucapkan Syahadat, maka kami sudi mengadakan perjanjian dengan Tuan. Tapi hingga sekarang kami tidak mendapat balasan dari Tuan atas surat kami. Sesungguhnya, apabila Tuan-tuan memeluk agama Islam dan mengikuti Sunnah Rasulullah, ini adalah yang sebaik-baiknya bagi Tuan-tuan.

Tuan akan selamat di dunia, tidak akan menderita bahaya dan ancaman dibunuh, tidak dihinakan (dengan) harus lari menyelamatkan diri melintasi sawah-sawah, paip air, hutan dan jalan. Sedangkan sekarang kehinaan yang sebesar-besarnya menanti Tuan, yakni bahawa Kompeni (Belanda) harus meninggalkan Aceh seluruhnya, miliknya dirampas semuanya oleh tangan kaum Muslimin Aceh yang miskin dan lemah ini ! Malapetaka yang paling besar masih menanti Tuan ialah hukuman hari kiamat, yakni di Neraka, menurut hukum Tuhan Seru Sekalian Alam !”

Akibat ketakutan pada angkatan tentera jihad pimpinan ulama Aceh itu, pemimpin perang Belanda mengajukan surat tersebut kepada pemerintah Belanda di Den Haag (The Hague), Holland.

Maka pada tahun 1888, Menteri Hal Ehwal Wilayah Jajahan Belanda yang bernama Keuchenius menulis surat kepada Gabenor Jeneral Belanda di Bogor tentang surat dakwah Tengku Chik Di Tiro itu. Dalam surat tersebut dinyatakan seperti berikut:-

“Tuntutan yang tidak benar bahawa kita harus memeluk agama Islam, agaknya akan diakui juga oleh Tengku Di Tiro, kalau ia membaca ayat 257 Surah kedua dari Quran yang berbunyi : “Janganlah ada paksaan dalam agama; siapa yang menyangkal tahyul dan percaya Allah, dialah bersandar pada tongkat yang tidak akan patah-patah”

Nampaknya Menteri Belanda tersebut telah melakukan kesalahan dalam memberikan nombor ayat dan menterjemahkan ayat Al-Quran di mana terjemahan yang sebenar adalah seperti berikut:-

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). (Al Baqarah : 256)

Jawapan kepada surat tersebut membuktikan bahawa Belanda berasa gerun terhadap angkatan Perang Sabil Aceh pimpinan para ulama. Di samping itu, Belanda juga berasa malu kepada negara-negara lain kerana dalam tempoh 15 tahun, Belanda masih gagal menakluki Aceh Darussalam.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.