Supernatural, Lucifer Dan Falsafah Neoplatonisme

1,272

Pra-tempah hanya di Shopee

Siapa sini peminat Supernatural angkat tangan!

Masa kecik-kecik, sanggup tunggu tengah malam nak tengok dua mamat ni tangkap hantu. Best jugak pasal dapat taaruf jembalang mat saleh. Season 1 je la best. Dah lepas-lepas tu jadi mengarut. Tuhan pencen la. Malaikat buat pasal la. Setan terlepas daripada neraka la.
Macam tu jugak Lucifer, bercempera alam malakut & lahut dia.

Series kat Netflix ni cerita pasal Iblis yang namanya Lucifer Morningstar gi amik cuti kat alam manusia. Pasal dah letih jaga neraka. Haha lawak gila. Dah tu kat season berapa ntah, isteri Tuhan pulak munculkan diri. Sama-sama la bernostalgia detik alam diciptakan. Ending dia lagi takleh blah. Isteri Tuhan kena tikam dan dihantar ke alam di balik mata. Inilah padah mengimani Tuhan bertempat.

Tapi korang tau tak, fiksyen barat ini berkait rapat dengan falsafah mereka?
Falsafah Neoplatonism; Tuhan sebagai penggerak pertama sahaja. Setelah diciptakan median, Tuhan lepas tangan. Dia mengetahui yang kulli, tidak yang juz’i. Akidah sesat yang diyakini ahli falsafah ini dikritik Imam al-Ghazali dan dikutuk Maulana Jalaluddin Rumi. Pasal gila mengarut.

Nak tau mengarut tak mengarut, series barat tu la manifestasi dia. Habis lintang pukang alam ni. Malaikat buat keje setan. Setan lagi la menyetan. Pasal takde yang Maha Berkuasa menjaga.

Ke korang sanggup kena ligan dengan malaikat yang keluar daripada mangkuk jamban? 😂 (citer supernatural)

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali sendiri menulis kritikan kepada ahli falsafah. Karyanya yakni Munqiz min ad-Dholal amat baik untuk ditelaah. Hujah-hujahnya termaktub dalam Tahafut al-Falasifah yang kemudiannya dibantah oleh Ibn Rusyd dengan kitab Tahafut at-Tahafut. Ulama kemudian radd lagi kitab Tahafut Ibn Rusyd. Perdebatan ilmu kalam dan falsafah merancakkan tradisi ilmu Islam sepanjang sejarah peradaban.

Terdapat beberapa kerancuan ahli falsafah iaitu;

• Pertama, keqadiman Alam dan Teori Emanasi.
• Kedua, persoalan Tuhan tidak mengetahui perkara juz’iyyat.
• Ketiga, aqal fa’al dan mukjizat kenabian.

Mujur umat Islam dibekalkan pengajian sifat 20. Sistem yang disusun Imam Abu Hasan Asyaari dan Imam Abu Mansur Maturidi ini berjaya menangkis serangan pemikiran barat. Hakikatnya bukan dua imam ini yang cipta, tapi diambil daripada Nabi. Mereka sekadar mengumpulkan nas-nas daripada Quran dan Sunnah bagi menolak tuduhan karut ahli falsafah. Jasanya tak dapat dinafikan.

Kalau ada orang sembang kari tuduh ilmu kalam ni asalnya falsafah greek, maknanya dia memang buta sejarah. Mungkin Gerik Perak dan Greek pun tak reti beza. Pasaipa? Sebab nak menangkis kerancuan falsafah greek la ada ilmu kalam. Dah apahal ubat dikata racun pulak.

Hebat tak hebat sifat 20, setiap sudut falasi dapat dipatahkan. Hasilnya tak lama setelah era al-Ghazali, akidah ahli falsafah yakni Neoplatonisme tidak lagi diterima pakai umat secara umum. Cuma segelintir sarjana Syiah sahaja yang mengangkat semula teori bodoh ini.
Contohnya; bila dikata Tuhan menciptakan alam kemudian berlepas tangan, kita jawab dengan hujah sifat Qudrah dan Iradah.

Bila dikata Tuhan cuma tahu hal yang umum dan tidak yang terperinci, kita jawab dengan hujah sifat Ilmu, Sama’ dan Basar.

Bila dikata Tuhan tak buat apa lagi dah, pasal ada median (emancipation) yakni malaikat (kristian) atau makhluk awal lain yang diciptakan, kita jawab dengan hujah sifat Qiyamuhu bi nafsihi.

Tuhan itu juga tidak dicemari dengan sifat yang tidak selayaknya melalui pengajian sifat Salbiyah. Kita juga meyakini kesempurnaan-Nya melalui sifat Maani dan Maknawiyah. Barat sekarang meragui Tuhan dan menganggap yang menciptakan alam ini adalah suatu kuasa yang melampui batas manusia. Tapi mereka taknak mengakui itu Tuhan. Pelik kan? Kita pula selamat daripada sesat dengan mengaji sifat Nafsiah yakni Wujud. Apa bukti Tuhan ada? Jawabnya; adanya alam ini.

Nampak tak? Hebat kan ulama silam. Ulama Ahlul Sunnah wal Jamaah sudah siapkan perisai. Kita pula jangan memandai-mandai buang perisai ini dan biarkan diri sendiri cedera parah dilibas ghaswatul fikr.

Apa saja dari barat baik fakta atau fiksyen, kena ditapis dengan pandang alam Islam. Kalau tak, mau hanyut tak bertepian. Macam fiksyen Lucifer, dia anggap seksaan neraka tu pada tekanan psychology saja. Pada rasa bersalah. Mak aih simple.

Ya, fiksyen adalah fiksyen. Kalau nak tengok, kena ada jugak asas akidah. Kalau telan bulat-bulat, boleh tercekik dek karut marut puak depa. Ulama’ dah habaq lama dah.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.