Super Mario Bros (1985): Satu Propaganda K0munis?

1,211

Super Mario bros. (1985) merupakan antara permainan video yang paling popular di dunia. Franchise Mario begitu besar sehingga menjadi franchise permainan video paling popular sepanjang masa, mengalahkan assassin’s creed, GTA dan banyak lagi. Namun tahukah anda permainan video itu mungkin sebuah propaganda?

Permainan video sudah menjadi elemen propaganda sejak dulu lagi. Ia menjadi elemen yang bagus untuk menyebarkan agenda kerana di samping memberikan perasaan triumph & pride apabila memenangi satu misi, permainan video juga boleh menyuntik pelbagai emosi kompleks yang lain seperti melankolik, rasa bersalah, simpati, penyesalan dan sebagainya (Bourgonjon, Jeroen; Vandermeersche, Geert; & Rutten, K., 2017).

Oleh itu, motif permainan video sangat penting kerana boleh menarik perhatian kepada misi, matlamat dan ideology malah mengikut pendapat (Dauber, Robinson, Baslious and Austin G. Blair, 2019), sebagai agen perekrut. Maka, propaganda dalam permainan video adalah taktik yang cukup bagus kerana permainan video juga boleh menjadi satu bentuk komunikasi strategik (Schulzke, 2014).

SEJARAH

Disebabkan permainan Mario terlalu banyak, maka penulis hanya fokuskan permainan video super Mario bros 1985 sahaja. Jadi permainan selepas 1985 tidak akan diulas. Pereka permainan, Shigeru Miyamoto mula mereka watak Mario dalam permainan Donkey Kong (1981). Namun permainan ini kurang mendapat sambutan. Jadi Miyamoto mereka permainan khusus untuk Mario iaitu Mario Bros tahun 1983. Kemudian, Miyamoto mereka permainan Super Mario 1985 dan permainan ini dapat sambutan menggalakkan.

Kalau lihat pada konteks sejarah, permainan Mario direka ketika era 80an. Walaupun Jepun ketika ini bukan negara komunis, tetapi pengaruh komunisme dalam kalangan rakyat Jepun ketika ini sangat kuat, terutamanya angkara parti politik komunisnya, Japanese Communist Party (JCP).

Bukti dapat dilihat melalui penjualan akhbar rasmi JCP, Akahata (the Red Flag) yang meningkat sebanyak 3.5 juta, paling tinggi dalam sejarah jualannya (McCurry, 2009). Lantaran popularitinya juga, parti ini menggandatigakan kerusi mereka ketika pilihanrayanya tahun 1969, lagi popular daripada LDP, iaitu parti penyandang sekarang (Dixon, 1972).

APA AGENDA MARIO?

Rajah di atas merupakan American Instructions Manual untuk  permainan Super Mario (1985). Dalam object of the game/deskripsi permainannya, tertulis seperti berikut ;-

“The quiet, peace loving Mushroom people were turned into stones, bricks & even horse-hair plants…”

Jadi, jikalau selama ini permainannya adalah memecahkan batu-bata, tanaman dan binatang untuk mendapat duit dan mencapai objektif, tidakkah bermakna kita perlu membunuh rakyat untuk mencapai objektif tersebut? Kerana tertulis sendiri bahawa rakyat kerajaan tersebut bertukar menjadi batu, tanaman dan binatang. Yang kedua, tidakkah terlintas di pemikiran bahawa rekabentuk Mario lebih kurang sama dengan Joseph Stalin? Rekabentuk topi, lambang di tengah dan misai?

Joseph Stalin merupakan antara diktator komunis yang paling merbahaya di dunia, malah beliau lebih ekstrim daripada Hitler. Berdasarkan (Snyder, 2011), jumlah kematian yang berlaku ketika pemerintahan rejim Stalin adalah 20 juta atau lebih. Beliau juga penyebab malapetaka kebuluran (famine) tahun 1930-1933, yang mana kematiannya sahaja sudah lebih 5 juta.

Namun, tidaklah disahkan bahawa permainan ini merupakan propaganda komunisme. Tetapi, banyak elemen propaganda yang boleh didapati dalam permainan video ini. Kita tidak tahu niat sebenar Shigeru Miyamoto mencipta permainan ini, namun interpretasi beserta bukti boleh diambil perhatian.

Tidakkah ganjil seorang imigran yang bermula sebagai seorang tukang kayu (donkey kong, 1981) kemudian tukang paip (mario bros, 1983) tiba-tiba menjadi wira menyelamatkan puteri daripada istana raja (king koppa)??

RUJUKAN

Blundell, J. (2018). Behaviour, energy balance, obesity and capitalism. European Journal of Clinical Nutrition, 72 (9) , 1305-1309.

Carolan, M. (2005). The Conspicious Body: Capitalism, Consumerism, Class and Consumption .

Dixon, K. (1972). The Growth of a “Popular” Japanese Communist Party . Pacific Affairs Vol. 45, No. 3 .

Feldman, L. (2016). Red Jihad: Translating Communism in the Muslim Caucasus . RESEARCH ARTICLE|AUGUST 01 .

Goldstein, M. (1995). From Yellow Star to Red Star: Anti‐Semitism, Anti‐Communism, and the Jews of Hungary.

McCurry, J. (2009, April 27). Disgruntled Japanese turn to resurgent communists . Retrieved from theguardian.com: https://www.theguardian.com/world/2009/apr/27/japanese-communist-party-resurgence

Ochsner, C. (2017). Dismantled once, diverged forever? A quasi-natural experiment of Red Army misdeeds in post-WWII Europe. ifo Working Paper No 240.

Rukkila, E. (2018). Redesigning Super Mario ; Creating realistic versions of some characters & animations featured in Super Mario franchise . South Eastern Finland University of Applied Sciences.

Schreudera, et.al. (2008). Job demands and health complaints in white and blue collar workers. Work 31 , 425–432.

Shih, F.-l. (2007). The ‘Red Tide’ Anti-Corruption Protest: What Does it Mean for Democracy in Taiwan? Taiwan in Comparative Perspective, Vol. 1, 87-98.

Snyder, T. (2011, March 10). Hitler vs. Stalin: Who Killed More? Retrieved from nybooks.com: https://www.nybooks.com/articles/2011/03/10/hitler-vs-stalin-who-killed-more/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.