Pemimpin merupakan seseorang yang berupaya orang lain untuk akur kepada kehendak dan arahan secara sukerela disebabkan kepimpinan  atau kelebihan yang wujud dari segi daya kecendiakawan, keilmuan, kemahiran, pengalaman atau tarikan keperibadiannya (Arba’ie, ets. 2015). Konsep kepimpinan merupakan suatu konsep yang boleh berubah dalam pelbagai definsi. Kepimpinan mempunyai definsi yang berbeza dalam pelbagai perspektif oleh beberapa cendiakawan dengan disiplin yang berbeza seperti falsafah pengurusan, sosiologi, ekonomi, psikologi dan sains politik (Batmanghlich 2015:2).

Wilfred Bion mengambarkan teori tiga jenis kumpulan berdasarkan emosi yang memerlukan tiga pemimpin yang berbeza. Kumpulan pertama yang digambarkan sifat kebergantungan dimana pengikutnya meletakkan kebergantungan yang tinggi kepada pemimpin dimana pemimpin perlu memenuhi keperluan pengikutnya. Sekiranya pemimpin tidak mampu memenuhi kehendak pengikutnya maka ianya akan mendatangkan kemarahan pengikutnya dan mencari pemimpin lain yang memenuhi keperluan mereka. Dari sudut politik, ianya merujuk kepada sistem politik kebergantungan rakyat kepada pemimpin mereka dalam menentukan hala tuju kepimpinan mereka dalam sebuah daerah, negeri atau negara(Brett 2009: 103-110).

Kumpulan kedua pula dikenali sebagai flight-flight dimana kebergantungan itu berlaku demi kepentingan bersama. Kumpulan ini berdepan musuh luaran, bersedia bertindak dan mengekalkan kohesi dalaman dan tujuan bersama agar usaha melawan musuh berkesan. Pemimpin berkerja keras dan menuntut kesetiaan daripada ahli kumpulan serta menggunakan kekuatannya bukan sekadar memerangi musuh tetapi juga untuk memerhatikan pembangkang dalaman. Manakala, kumpulan ketiga pula dikenali sebagai kumpulan berpasangan dimana kesalingan bergantungan antara dua individu dalam kumpulan yang memimpin satu sama lain (Brett 2009: 103-110).

Dalam pengajian kepimpinan moden dibawah paradigma kepimpinan tradisional, kesinambungan daripada yang lepas mengambil sedikit falsafah dan lebih normatif dengan penekanan berkesan organisasi fokus kepada sifat dan ciri-ciri pemimpin. Kepimpinan terlihat sebagai proses rasional dan kelakuan pemimpin yang dilihat sebagai hasil dalam sifat seorang pemimpin. Dibawah teori kepimpinan transformasional, kepimpinan perkerja dan kepimpinan beretika, dimana sikap tidak mementingkan diri, etika dan penghambaan merupakan asas pembentukan seperti teori sukar untuk menganggap pemeritah kuku besi seperti kepimpinan klasik Hitler. Hal demikian kerana ramai yang menganggap Hitler pemimpin tidak bermoral dan tidak layan digelar sebagai pemimpin hujah-hujah yang disandarkan pada teras tranformational dan kepimpinan pekerja (Batmanghlich 2015: 5-7).     

KEPIMPINAN SUN YAT SEN DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA CHINA

Latar Belakang Negara China

China merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem feudalisme sebelum revolusi 1911 dibawah pemerintahan Dinasti Qing (Manchu). Golongan elit intelektual dan kelas terpelajar di China merupakan pemimpin politik dan kebudayaan masyarakat yang mengatur perubahan masyarakat. Mengikut tradisi, bahagian yang penting bagi elit politik ialah golongan birokrat yang diambil dari kalangan elit intelektual yang hebat dalam doktrin Kung Fu Tze untuk mentadbir masyarakat tertakluk pada prinsip natural law alam semesta (Lu 2011: 29). Terdapat pilihan bagi golongan elit intelektual iaitu menjadi pegawai kerajaan ataupun mengajarkan ilmu pemikiran Kung Fu Tze kepada masyarakat dan generasi seterusnya.

China secara tradisional sering diancam oleh serangan orang gasar dari wilayah Utara, namun pada abad ke 19 ancaman itu datang dari laut pula oleh kuasa-kuasa imperialis barat. Ancaman itu datang dalam bentuk tiga aspek iaitu kebendaan, institusi dan budaya. Aspek kebendaan merujuk kepada kekayaan negara dan kekuatan tentera, institusi pula merujuk kepada perlembagaan bersama sistem parlimen untuk bergerak lebih baik dan berfaedah kepada rakyat manakala budaya pula merupakan doktrin ketamadunan yang berjalan lebih baik berbanding Confucianisme. Ketiga-tiga aspek telah menjajah pemikiran dan minda elit Cina sejak Perang Chandu (1839-1842). Demi menyelamatkan China, elit politik China telah menyediakan beberapa preskripsi yang berbeza dari zaman yang berbeza untuk berdepan dengan cabaran yang ditimbulkan oleh kuasa barat (Lu 2011: 29-30).

Prekripsi pertama ialah melihat kelebihan barat dari sudut meterial seperti pembangunan ketenteraan dengan senjata yang maju dan kapal perang. Ianya menjadi teras utama Gerakan Pengukuhan Diri (1860-1893) yang dipimpin oleh beberapa golongan elit inteletual yang merupakan pegawai kerajaan imperial yang berjaya menumpaskan pemberontakan Taiping (1850-1864). Namun, gerakan tersebut mengalami kegagalan akibat kekalahan China dalam Perang China-Jepun (1894-1895) dimana Armada Utara yang dibangunkan oleh China selama 30 tahun musnah. Kegagalan cara lama ini yang dilihat tidak sesuai dengan survival dunia baru telah membawa kepada preskrisi kedua iaitu pembaharuan politik. Usaha ini dilakukan oleh Kang Youwei dan Liang Qichao yang ingin merubah sistem feudal China kepada sistem raja berperlembagaan(Lu 2011: 30).

Kang dan Liang telah menubuhkan Persatuan Pengetahuan Tentang Kuasa Nasional (Qiangxue Hui) dan mendapat sokongan daripada pembesar Mandarin terkenal dan berkuasa termasuk guru kepada Maharaja disebabkan oleh rasa keinginan perubahan sistem institusi yang dianggap sebagai langkah menjadikan China sebagai bangsa terkuat. Pada tahun 1898 Kang dan Liang berjaya merealisasikan impiannya apabila kuasa antarabangsa mengakui kelemahan kekuasaan pembesar di China selepas kekalahan 1895 dan terlibat dalam pembentukan wilayah ke dalam kawasan pengaruhnya,  menggambarkan China berada dalam krisis pembahagian. Maharaja dan Kang bersemangat mengendalikan perubahan radikal yang merangsang kebencian kaum tua dan birokrat tegar yang membawa kebencian mereka kepada Maharani Dowager Cixi yang memiliki kekuasaan sebenar di istana(Lu 2011: 30-31).

Liang Qichao menjadi tokoh yang berpengaruh dalam pemikiran anak muda dimana sekitar 1899-1901 beliau menyokong raja berperlembagaan dan menetang pengaruh kuasa istana. Liang bersungguh-sungguh menganjurkan revolusi dan bertemu dengan pemimpin revolusi China Dr Sun Yat Sen serta bergerak dengan idea revolusi. Sun Yat Sen telah menyambung usaha reformasi politik di China dengan menggerakkan Revolusi 1911 melalui pertubuhan Tung Meng Hui bagi menubuhkan sebuah republik untuk menyamaratan pemilikan tanah. Pembentukan Republik China pada tahun 1912, menyaksikan rakyat diberi hak berpartisipasi dalam politik, pembaharuan organisasi sosioeknomi serta penetapan harga tanah untuk dinikmati bersama oleh rakyat. Sistem kerajaan berubah menjadi demokrasi dengan slogan “kebebasan, kesamarataan dan persaudaraan” (Lu 2011: 30-31).

Sun Yat Sen Dan Pemikirannya Dalam Pembentukan Negara Bangsa China

Sun Yat Sen dilahirkan pada 12 November 1866 di daerah Hsiang shan, wilayah Kwangtung, merupakan anak kepada seorang petani. Mendapat pendidikan awal di sekolah klasik dimana beliau memperolehi pengetahuan tentang pemberontakan Taiping. Pengalaman masalah petani, pendidikan Cina dan Barat, serta kekaguman terhadap pemberontakan Taiping mempengaruhi pemikiran politik Sun. Ketika berusia 13 tahun, beliau mengikuti kakaknya ke Hawaii dan bersekolah di sekolah Anglican lolani kemudian berpindah ke Oahu College. Kemudian beliau pulang ke Hong Kong pada 1883 dan memasuki sekolah Church Of England dimana beliau mendapat pedidikan Barat dari Ch’u Feng-ch’ih. Menurut Herbet Giles, Sun menyukai tiga dinasti dan klasik kedua Han dan pada masa tersebut beliau tertarik dengan Darwinisme.   Kemudian pada 1884, Sun pindah ke Queen’s College kemudiannya dibaptiskan (Wells 2001: 1-3).

Agama Kristian menjadi intitusi terbaik baginya bagi sesebuah tamadun dimana ianya membantu untuk mencapai kemajuan tamadun yang moden. Sementara itu,  Confucianisme, Buddhisme dan Taoisme hanya akan membawa masyarakat Cina kembali kepada keadaan masyarakat dua juta tahun lalu ke belakang (Linebarger 1969: 152). Ketika berusia 20 tahun, Sun menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di  Canton Medical School kemudiannya di College of Medicine for Chinese.

Ideanya untuk menubuhkan sebuah republik bermula ketika kekalahan China kepada Perancis dalam peperangan di Annam pada 1885 (Wells 2001: 3). Sun telah menulis surat kepada Li Hung Chang selaku Setiausaha Utama di Tiensin pada tahun 1894 dengan mencadangkan membangunkan pendidikan barat, mempromosikan perdagangan dan meningkatkan penguasaan dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dari sudut peralatan pertanian (Gasster 1980:466).

Walaubagaimanapun Li tidak menerima suratnya itu  dan Sun menyambung karier perubatannya di Hanolulu, Hawaii. Di Hawaii, beliau menubuhkan sebuah oganisasi politik yang dikenali sebagai Hsing Chung Hui pada tahun 1894. Penubuhan persatuan adalah bertujuan untuk membina semula negara China serta mengekalkan semula kewujudan kebangsaan China. Hal demikian disebabkan oleh keadaan China yang sudah lama terpinggir. (Wells 2001:5) Gerakan revolusi China bermula pada tahun 1895, ketika China masih bersengketa dengan negara Jepun. Revolusi ini digerakkan oleh pertubuhan Hsing Chung Hui di Canton namun kebangkitan ditangguhkan apabala Yang Chu Yin memberi amaran akan menghantar kapal yang membawa bahan letupan (Wells 2001:8).

Kegagalan ini disebabkan oleh pergerakkan mereka diketahui oleh pihak berkuasa Canton dan akibatnya senjata mereka telah dirampas dan ahli kumpulan dari Hong Kong telah ditangkap(Gasster 1980: 468). Usaha revolusi Sun diteruskan pada Ogos 1905 dengan penubuhan Tung Meng Hui di Tokyo (Wells 2001:34). Dalam ucapan Sun di Tokyo dihadapan 13 ribu orang termasuk pelajar Cina di luar negara, beliau menekankan dua perkara prinsip utama iaitu nasionalisme dan demokrasi (Scalapino & Schiffrin 1959:323). Ianya merupakan dua daripada “Tiga Prinsip Rakyat” diperkenalkan Sun Yat Sen selaku Presiden Tung Meng Hui iaitu nasionalisme, demokrasi dan Min Sheng (Wells 2001:34-35).

Prinsip nasionalisme menjadikan pembinaan semula masyarakat Cina diperlukan untuk masalah dalaman sekadar sebanyak mungkin merubah persekitaran. Proses mengatur dan membangun yang ketat, skim organisasi kawalan politik di dalam masyarakat yang jelas dan membataskan tahap dan objektif merupakan ciri-ciri utama pembinaan semula (Linebarger 1973: 58). Prinsip ini melibatkan hubungan semula jadi yang sama dengan lain. Prinsip ini menegaskan bahawa bangsa Han perlu memiliki kerajaan mereka sendiri kerana membentuk negara tertua dan paling beradap serta terbesar namun kekurangan kuasa terhadap negara sendiri. Bangsa Han tidak berhasrat membalas dendam terhadap rakyat Manchu kerana menyerang China 260 tahun lebih awal tetapi sekadar untuk mendapatkan semula kerajaan mereka semula (Wells 2001: 35).

Demokrasi merupakan salah idea penting Sun Yat Sen untuk keadaan politik China yang baru.  Menurut Sun, demokrasi merupakan kewajipan yang perlu diletakan dalam negara China moden oleh cendiakawan terdahulu. Ianya juga merupakan keperluan sejak penguasaan nasionalisme terhadap rakyat yang bebas. Demokrasi juga merupakan bentuk politik terbaik untuk mewujudkan tadbir urus yang baik. Demokrasi juga menjadi kekuatan pemodenan yang mengerakan dan merubah rakyat China dan ianya digunakan dalam persaingan dunia Moden (Linebarger 1973:102-103). Idea ini dikemukan kerana golongan pencinta kebebasan dan kesaksamaan tidak mampu lagi menangung sistem monarki autokratik yang telah wujud di China selama ribuan tahun (Wells 2001: 35).          

Dan idea yang terakhir ialah Min Sheng, merupakan usaha revolusi ekonomi nasional terhadap imperialisme dalam demokrasi, revolusi industri untuk mengukuhkan China dan menghalang revolusi sosial. Min Sheng juga dilihat lebih kepada aspirasi samar untuk kebajikan nasional. Ianya juga bertujuan untuk membekalkan kekuatan ekonomi dan kesejateraan yang diperlukan oleh bangsa China untuk bersaing dan terus bertahan (Linebarger 1973: 129-130). Menurut Sun, masalah jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin di China dapat diselesaikan dengan menyelesaikan masalah tanah.

Hal demikian disebabkan tindakan golongan kaya yang telah mengubah tanah pertanian menjadi kawasan ragut sehingga golongan miskin terpaksa bekerja di kilang (Wells 2001: 35-36). Idea ini telah dijadikan sebagai ideologi pejuangan Sun Yat Sen dalam menggerakkan Revolusi China bersama Tung Meng Hui yang kemudianya membentuk Parti Kuomintang sehingga terbentuk Republik China pada tahun 1911.

Usaha Sun Yat Sen dalam Pembentukan Ideologi Parti Kuomintang dan Negara Bangsa China.

Parti Komuintang bermula kumpulan kecil yang merupakan pengikut Sun Yat Sen disaat beliau berjuang menentang sistem feudal Manchu sendiri. Kemudian, keahlian kumpulan ini bertambah dan menjadi gerakan rahsia terbesar di China menentang penindasan dinasti Manchu. Parti ini mengunakan nama “Kuomintang” yang bermaksud “Parti Kebangsaan Rakyat” dan dibentuk untuk campur tangan dalam kekacauan perang dan politik yang korup, menyebarkan ideologi nasionalisme dan menghindari nasib buruk yang akan menghilangkan China dari peta dunis serta mewujudkan bukan tamadun China tetapi juga bangsa China yang berjaya (Linebarger 1973: 159).

Parti Kuomintang ini mentadbir negara China atas nama “Tiga Prinsip Rakyat” iaitu nasionalisme, demokrasi dan penghidupan. Berdasarkan prinsip nasionalisme, Sun melihat China merupakan koloni dimana kuasa asing telah membuat perjanjian dengannya dan menjadi tuan kepada perjanjian tersebut. Maka ketidaksamarataan perjanjian boleh terjadi akibat kuasa asing yang menjadi tuan kepada perjanjian tersebut. Maka, langkah yang perlu dilakukan ialah menghapuskan perjanjian yang tidak samarata yang menyumbang kepada perhambaan ekonomi dan politik di China (Bing & Lee 2015: 262-263).

Nasionalisme ekonomi merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Sun Yat Sen dalam mewujudkan bangsa China yang berjaya. Menurut pendapat elit intelektual seperti Liang Qichao, keutamaan perlu diberikan kepada isu pemilikan tanah kerana ianya seseorang memiliki tanah maka mereka akan menguasai modal. Oleh itu, jika tanah dimiliki oleh kerajaan, maka kerajaan juga akan memiliki modal dan memudahkan kerajaan menjaga kebajikan orang miskin (Lu 2011:33). Oleh itu, berberapa usaha nasionalisasi tanah dan industri telah ditekankan dalam sumpah gerakan revolusi demi kepentingan awam (Scalapino & Schiffrin 1959:326).

Nasionalisme ekonomi juga telah berjaya menghapuskan kedudukan istimewa bank pelabur asing yang tidak melibatkan bidang kuasa orang China sehingga menyebabkan mereka bersaing dengan bank tempatan secara tidak adil. Ianya telah berjaya mencipta sebuah negara yang kaya dan moden dari sudut masyarakat ekonomi (Linebarger 1937: 178-180). Berdasarkan pendapatan negara, KDNK China telah meningkat dari 48.4 billion Yuan pada tahun 1914-18 kepada 61.71 billion yuan pada 1933 (Feuerwerker 1983: 39).                     

Selain daripada nasionalisme ekonomi, Sun juga menekankan nasionalisme dari segi politik dengan idea anti-imperialisme dan sifat pembangunan muktamad  nasionalisme dan negara bangsa serta teori peperangan kelas bangsa. Sentimen anti-dinasti digunakan oleh Sun Yat Sen pada tahun terakhir kekuasaan Machu sebagai alat memupuk gerakan anti-monarki (Linebarger 1973: 182). Sun menegaskan bahawa nasionalisme merupakan hak milik China berharga untuk mengekalkan kemajuan dan kewujudannya. Ianya telah dirampas oleh Manchu apabila mereka menundukkan masyarakat China (Wells 2001: 64-65).

Sentimen anti imperialisme merupakan program pembebasan nasional yang menolak sebarang campurtangan politik dalam tujuan ekonomi. Dalam ideologi ini, Sun menerima tesis Marxis tentang kejatuhan kapitalisme dan menolak keperluan imperialisme sebagai peringkat akhir dalam sejarah kapitalisme.  Idea Sun Yat Sen juga dapat disesuaikan dengan anti-imperialisme Soviet Rusia dan penasihat komunisnya. Implikasi anti-imperialisme yang dalam dan corak ideologi Marxisme-Leninisme yang berasaskan Kesatuan Soviet memberikan tarikan kepada beliau untuk mengambil pelajaran daripada Rusia dalam dalam menentang imperialisme (Linebarger 1973: 189).          

Dari segi prinsip demokrasi, Sun Yat Sen membezakan ch’uan, hak untuk memerintah sebagai pelopor dan neng, hak mentadbir sebagai sebagai pegawai. Oleh itu, Sun memperkenalkan konsep Empat Kuasa yang akan diberikan kepada rakyat untuk menjamin kedudukan chuan dan konsep Lima Hak bagi menjamin kerajaan dilindungi haknya untuk neng iaitu memiliki pegawai yang berkompeten. Empat Kuasa mewakili had kawalan popular yang agak melampau. Sun Yat Sen membahagikan empat kuasa tersebut kepada dua kumpulan dimana dua yang pertama merupakan kuasa rakyat keatas pentadbiran melalui kuasa pilihan raya dan kuasa veto manakala dua yang kedua merupakan kuasa keatas undang-undang melalui kuasa inisiatif dan referendum (Linebarger 1973:218-219).

Kuasa rakyat untuk memilih telah memberikan mereka kesempatan untuk memilih pemimpin untuk melaksanakan kehendak rakyat. Manakala, kuasa veto pula merupakan hak rakyat untuk menolak mana-mana pemimpin yang tidak diterima oleh mereka. Kemudian rakyat juga diberikan peluang untuk menghasilkan undang-undang melalui kuasa inisiatif dan mengubah undang-undang melalui referendum. Melalui Empat Kuasa ini, rakyat akan mempunyai kawalan lengkap dan berkesan keatas kerajaan mereka (Weaver 1939 :136). Setelah berjaya memelihara kerajaan daripada sebarang gangguan, Sun tidak mempunyai keengganan untuk memberikan kuasa kepada rakyat. Kerana baginya, sejak China meninggalkan sistem demokrasi yang lama, sistem baru perlu dimanfaatkan(Linebarger 1973: 219).

Konsep lima hak pula dilihat menjadi pelengkap kepada empat kuasa yang merujuk kepada dua set kawalan rakyat keatas kerajaan dan kerajaan keatas rakyat. Ianya telah memberi jaminan kepada kerajaan China, bahawa pemerintahan Neo-demokratik ini baru Republik China ini tidak akan mempunyai kesinambungan daripada sistem feudalisme dengan memiliki kekuasaan yang kurang. Dengan menggabungkan teori China dengan teori barat ianya merupakan suatu keperluan baru dalam pentadbiran demokratik daripada mengubah premis asas dan kaedah demokrasi. Sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh demokrasi nasionalis setelah nama rasmi China untuk bahagian diterima pakai iaitu bahagian eksekutif, bahagian legislatif, bahagian judisari, bahagian penapisan dan pemecatan dan yang terakhir bahagian sistem peperiksaan (Linebarger 1973: 223-224).

Dalam kuliahnya berkenaan prinsip demokrasi, Sun berkata bahawa rakyat memiliki empat kuasa keatas lima kuasa kerajaan. Sun telah dipengaruhi oleh model kota Cleveland di Amerika Syarikat yang turut menggunakan sistem demokrasi langsung tetapi sekadar di peringkat tempatan. Namun di China, Sun tidak membincang demokrasi langsung peringkat tempatan. Terdapat nilai dalam idea Sun Yat Sen untuk teori dan amalan demokrasi moden iaitu dapat menghantar tontonan pengundi tidak bermaruah ke jalanan menyedarkan kerajaan bahawa mereka mengenakan tidak popular. Warga juga digalakkan menjadi lebih bijak mengenai isu-isu politik (Wells 2001:84-85). Lima hak itu merupakan alat untuk kelas rasmi kerajaan sendiri (Peperiksaan dan Kawalan) dan kerajaan rakyat (Eksekutif, Legislatif dan Judisari). Empat kuasa pula merupakan alat untuk kelas rasmi kerajaan oleh rakyat. Daripada semak dan imbang kerajaan dan intergriti rakyat, keberkesanan dan kestabilan demokrasi SunYat Sen adalah terjamin (Linebarger 1973: 221-225).

Seterusnya salah satu prinsip rakyat yang cuba diperkenalkan oleh Sun Yat Sen dalam ialah Min Sheng. Terdapat tiga program yang ingin diterapkan dalam konsep Min Sheng iaitu revolusi ekonomi nasional, revolusi industri yang disengajakan dan revolusi sosial. Revolusi ekonomi nasional mahu mencipta realiti dengan menjadi anggaran yang dikaitkan dengan kehidupan ekonomi. Rancangan ini mencipta pembangunan ekonomi yang sepatutnya dipertingkatkan lagi menjadi kenyataan tanpa mengharapkan bantuan asing. Boikot merupakan instrumen yang seharusnya digunakan oleh Republik China sebagai sekatan yang mana untuk menitikberatkan polisi kebangsaan mereka(Linebarger 1973:214).  

Bagi memenuhi revolusi ekonomi nasional, terdapat dua perkara yang ingin dilakukan oleh Sun Yat Sen. Perkara tersebut ialah harapan untuk menaikkan standard buruh China kepada orang-orang barat dan menggunakan kuasa politik buruh di China  sebagai instrumen revolusi ekonomi kebangsaan (Linebarger 1973:242). Program revolusi indusri yang disengajakan merupakan salah satu program di bawah prinsip Min Sheng yang cuba dibawa oleh Sun Yat Sen melalui pengenalan gagasan industrialisasi semasa beliau berada di Shanghai pada tahun 1918-20. Menurut Liang-li, kelas perindusrian telah wujud selepas tamat Perang Rusia-Jepun pada tahun 1905 apabila kemenangan Jepun telah memulakan Pergerakan Pembaharuan Kedua di China. Proses perindustrian baru ini tidak mengambil masa yang lama untuk memperolehi rasa nikmat dengan rakyat China yang mula membina kilang-kilang kapas dan sutera, kapal pengangkut pantai dan mengawal bank-bank dan pusat kewangan (Wells  2001:94)  

Kawasan perindustrian baru China terletak di Utara dan barat laut dimana Beijing dan rangkaian kereta apinya menjadi alat perhubungan dengan seluruh negara China. Beijing merupakan pusat tumpuan apabila ia telah menjadi titik pusat laluan kereta api utama. Laluan Utara Beijing-Mukden menghubungkan Manchuria  dan laluan barat laut Nankou menuju ke Mongolia dan wilayah Shanxi. Manakala laluan selatan menghubungkan Yangzi, Nanking dan Shanghai. Ianya merupakan kelebihan buat Beijing apabila menjadi pusat komunikasi (FitzGerald 1981: 67-68). Berikut merupakan projek pembangunan Sun Yat Sen:

  1. Pembangunan sistem perhubungan.
    1. Kereta api 100,000 batu.
    2. Membina terusan baru.
      1. Hangchow-Tiensin.
      2. Sikiang-Yangtze.
    3. Pembinaan lebih banyak sambungan telegraf, telefon dan sistem wayarless di seluruh negara.
  2. Pembangunan pelabuhan Komersial.
    1. Pembinaan pelabuhan terbesar dengan kapasiti sama dengan pelabuhan New York di utara, tengah dan selatan China.
    2. Pembinaan pelabuhan untuk menangkap ikan sepanjang kawasan pantai.
  3. Pembangunan tenaga air.
  4. Pembangunan mineral.
  5. Pembangunan pertanian.    
  6. Penghutanan semula di utara dan tengah China.

Program Sun memberi tolok fizikal yang pasti dengan maksud kejayaan pengikutnya boleh diberi tahu dan memanjang anggaran kemajuan China. Ianya menyedikan sumbangan meterial kepada perubahan politik dan sosial di China (Linebarger 1973: 249-250)

Seterusnya, revolusi sosial pula merupakan salah satu usaha sun yat sen dalam prinsip Min Sheng. Dalam prorgram Sun Yat Se ini, istilah-istilah ideologi barat dilihat paling relevan keranan perbezaan ideologi yang telah lama wujud di China berbanding dengan barat yang tidak begitu positif dalam masalah yang akan muncul dalam masyarakat yang menjadi industri moden. Terdapat berberapa idea lama telah digunakan oleh Sun dalam menyusun revolusi sosial seperti harta persendirian yang menjadi hubungan antara satu sama lain antara individu, barangan dan perkhidmatan tertentu (Linebarger 1973: 252).

Percukaian langsung dilihat oleh Sun Yat Sen sebagai mengekstrak sumber daripada pendapatan besar para kapitalis untuk membiayai operasi negara.  Sun menolak sistem percukaian negara barat yang bergantung kepada cara regresif melalui cukai langsung keatas pendapatan kelas menengah dan bawah. Sun menegaskan gagasan revolusi sosial lengkap China, merangkumi pemulihan China sebagai matlamat min sheng(Peddle 2005). Min Sheng merupakan revolusi sosial yang aman  bagi menghindari revolusi sosial yang keras di Eropah. Negara Eropah tidak dapat menyelesaikan masalah sosial kerana mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tanah(Wells 2011: 35).

Kunci pencegahan utama dalam menyelesaikan masalah tanah ini melalui penetapan harga bagi menghindari monopoli dalam pemilikan tanah oleh sebilangan kapitalis besar. Kemudian Sun menerima cadangan Henry George untuk mengenakan cukai tungal terhadap nilai tanah.  Ianya bertujuan menghapuskan jurang ekonomi antara golongan miskin dengan yang kaya (Yu 1991:902). Terdapat tiga ciri-ciri utama polisi tanah Sun. Pertama kerajaan memperuntukan kenaikan nilai tanah pada masa akan datang. Kedua nilai-nilai tanah kecuali peningkatan ditetapkan sendiri. Kerajaan mengekalkan hak seseorang membeli  sebidang tanah pada bila-bila masa mengikut nilai asalnya. Yang ketiga mudah dilaksanakan (Niou & Tan 1994: 105).  

Hasil pendapatan yang diperolehi peningkatan nilai tanah terhasil daripada kemajuan digunakan untuk kebajikan rakyat. Revolusi ekonomi Sun dilihat dilihat tidak lebih daripada pemindahan sewa kepada negeri-negeri yang iaitu nasionalisasi tanah. Menurut Teori Marx, nasionalisasi tanah ini bertujuan menghapuskan monopoli secara maksimum dalam bidang pertanian dan kebebasan maksimum dalam membeli dan menjual tanah dan kemudahan maksimum pertanian menyesuaikan diri dengan pasaran (Fung 1978:205). 

Program Min Sheng ini secara umumnya boleh diikuti kepada tahap tertentu oleh kerajaan hampir mana-mana orientasi tidak kira aliran kiri atau kanan. Kriteria yang penting dalam melaksanakan program min sheng ini ialah rakyat mesti dapat terus hidup. Ianya merupakan sesuatu yang ringkas untuk difahami dan boleh menjadi tindakan terbaik untuk menyambung pembangunan dalam program Sun Yat Sen (Linebarger 1973: 261).

RUJUKAN

Arba’ie S. Salihah Razak & Rabiatul A. Jaffar. 2015. Pemikiran Politik: Pemimpin dan Kepimpinan dalam Novel Shahnon Ahmad. International Journal of the Malay World and Civilisation. ( Iman ) 3(1), 2015: 67 – 78.

Batmanghlich, Cameron A. 2015 Why Leaders Fail Ethicall: A Paradigmatic Evaluation of Leadership. New York. Springer International Publishing: 5-7.

Brett, J. 2009. Graham Little’s Theory of Political Leadership. International Journal of Applied Psychoanalytic Studies. 6(2): 103-110 (2009).

Bing, Edward & Lee, Shuey. 1930. The Three Principles of the Kuomintang. International Section of the Publicity Department of the Kuomintang.

Feuerwerker, A. 1983. Economic trends, 1912-49. Dlm.  Fairbank, John K. & Twitchett, Dennis  (pnyt). The Cambridge History Of China: Volume 12 Republican China 1912—1949, Part 1. Cambridge. Cambridge University Press: 39.

Fung, Edmund S.K. 1978. Post-1949 Chinese Historiography on the 1911 Revolution. Modern China, Vol 4 No 2:205

FitzGerald, C. P. 1981. Reflections on the Character of the Industrial Revolution in China. The Australian Journal of Chinese Affairs, No. 5:67-68.

Gasster, M. 1980. The Republican Revolutionary Movement.Dlm. Fairbank, John K. & Liu,  Kwang-Ching (pnyt). The Cambridge History Of China: Volume II Late Ch’ing, 1800-1911, Part 2: 466,468.

Gerth, K. 2017. “Jenama” Baharu Nasionalisme Ekonomi China : Daripada Buatan China kepada Pengurusan China. Dlm. D’Costa, Anthony P. Globalisasi dan Nasionalisme Ekonomi di Asia. Terj. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.      

Lu, Rey-ching. 2011. Chinese Democracy and Elite Thinking. New York.  Palgrave Macmillan.

Linebarger, Paul. 1969. Sun Yat Sen and Chinese Republic. New York. AMS Press: 152.

_____________. 1973. The Political Doctrines of Sun Yat-Sen. Westport. Greenwood Press.

Niou, Emerson M.S. & Tan, G. 1994. An Analysis of Dr. Sun-sen’s Self-assessment Scheme For Land Taxation. Public Choice: 105.

Peddle, Francis K. 2005. Philosophies Of Integration: Sun Yat-Sen and Henry George. Conference on Henry George Thought in China. October 2005.

Scalapino, Robert A. & Schiffrin, H. 1959. Early Socialist Currents in the Chinese Revolutionary Movement: Sun Yat-sen versus Liang Ch`i-ch`ao. Journal of Asian Studies. Vol 18, No. 3: 323.

Weaver, William C. 1939. The Social, Economic, and Political Philosophy of Dr. Sun Yat-Sen. The Historian, Volume1, Issue2: 136

Wells, A. 2001. The Political Thought of Sun Yat-sen: Development and Impact. New York. Palgrave Macmillan.

Yu, George T. 1991. The 1911 Revolution: Past, Present, and Future. Asian Survey,Vol. 31, No. 10: 902.

Artikel disumbangkan oleh Pekan Moden untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.