Sumber Terbuka (Open Source) Dan Kemajuan Teknologi

0
321
views

Dalam tengah menyiapkan projek akhir tahun untuk bidang kejuruteraan Mekatronik, Ali terhenti. Ada satu masalah yang tidak boleh diselesaikannya. Diajukan pertanyaan kepada penyelianya, setelah mendapat jawapan. Ali pun mulakan kerja untuk menghidupkan “Mesin Penghapus Bawang” yang direka olehnya.

Mesin itu menjadi titik antara dia akan dapat tamatkan pengajian pada semester ini ataupun terpaksa menambah semester pengajian lagi. Ketika cuba menghidupkan mesin itu, motor arus terus yang digunakan untuk mencincang bawang masih belum hidup. Buntu dengan keadaan Ali terus berputus asa. Dilanjutkan projek akhir tahunnya itu ke semester hadapan.

Hampa dengan kegagalannya di semester yang lepas. Ali mencari kaedah untuk menyiapkan mesinnya dengan penggunaan perlatan yang akan memudahkannya mencari rujukan. Dengan adanya sumber terbuka yang di kongsi oleh orang lain di seluruh dunia. Ali dapat siapkan mesinnya akhirnya. Beruntunglah graduan zaman ini, taip soalan di google sahaja dah boleh dapat berbagai solusi. Cuma mereka harus pandai memilih solusi mana yang boleh digunakan.

Itulah kuasa gerakan sumber terbuka, dengan itu kemajuan teknologi serta inovasi bertumbuh dengan rancaknya. Sehinggakan nilai kajian dan inovasi yang berlaku selama 10 tahun ini sudah mampu menandingi nilai kajian serta inovasi yang telah berlaku sepanjang 300 tahun yang lepas. Di sini saya akan terangkan bagaimana inisiatif sumber terbuka ini mampu meningkatkan kemajuan teknologi.

Bayangkan ketika saya mempunyai satu idea untuk merekacipta sebuah robot mudah alih yang mampu memanjat bangunan dua tingkat. Maka saya mulakan proses mengkaji mekanisma, peralatan dan sistem yang diperlukan. Kita ringkaskan penerangan ini kepada bagaimana hendak membuatkan satu robot mudah alih. Dalam robot mudah alih terdapat tiga komponen utama untuk mengerakkannya.

  1. Pengawal mikro yang bertindak sebagai otak untuk memproses maklumat dari penderia dan kemudiannya membuat keputusan berdasarkan fungsi sesebuah robot itu seperti contoh fungsi robot yang kita hendak ini adalah untuk memanjat bangunan dua tingkat dan memberi arahan kepada komponen pengerak.
  2. Litar pemandu motor arus terus yang bertugas sebagai penterjemah arahan daripada pengawal mikro dan kemudiannya akan ditukarkan menjadi arus elektrik yang akan disalurkan kepada motor arus terus berdasarkan parameter kelajuan dan arah pusingan motor yang di kehendaki.
  3. Motor arus terus yang akan dipasang pada roda untuk mengerakkan robot mudah alih itu sendiri.

Dengan adanya sumber terbuka saya sudah tidak perlu mereka litar pemandu motor arus terus dan litar pengawal mikro sendiri. Saya boleh gunakan rekaan litar yang dikongsikan oleh orang lain dan seterusnya saya hanya perlu fokus terhadap algoritma pengaturcaraan dan mekanisma dalam robot mudah alih saya untuk memanjat bangunan setinggi dua tingkat. Di sini kita mampu singkat proses untuk merekacipta dan mengkaji sesuatu perkara.

Jika saya kongsikan proses-proses saya untuk merekacipta robot tersebut. Pada masa hadapan akan ada orang lain pulak boleh gunakan rekaan sistem saya dan tingkatkan kemampuan robot tersebut untuk memanjat tingkat lima ataupun lebih. Banyak laman sesawang yang telah ada untuk berkongsi sumber terbuka ini. Tetapi kebanyakkan hanya fokus kepada perisian, pengaturcaraan dan litar elektronik. Sebagai contoh, Stackoverflow, Github, Instructable dan beberapa forum perbincangan yang lain.

Tahukah anda bahawa sebanyakkan ‘super computer’ di dunia menggunakan Linux sebagai sistem pemprosesan. Linux juga adalah satu perisian sumber terbuka. Saya juga seorang pelajar yang mengambil subjek pengaturcaraan dalam pengawal mikro. Ketika saya mula belajar dulu tidak banyak sumber yang saya boleh rujuk sehingga satu perisian diperkenalkan iaitu Arduino.

Sejak itu, makin banyak projek yang dikongsikan dan makin canggih inovasi yang dihasilkan. Bayangkan dalam masa 10 tahun kita sudah mampu mencapai tahap ini. Bagaimana pula kemajuan teknologi kita dalam 20-50 tahun akan datang. Dan juga kita sudah kearah revolusi industri 4.0 sekarang ini. Kerajaan Malaysia juga sudah mula mangambil langkah dalam menitik beratkan sumber terbuka ini dengan Pelan Induk untuk Perisian Sumber Terbuka (OSS) yang sebenarnya telah bermula dari tahun 2004 lagi.

Sumber:

  1. https://www.zdnet.com/article/linux-totally-dominates-supercomputers/
  2. http://www.mampu.gov.my/ms/perisian-sumber-terbuka-oss
  3. https://stackoverflow.blog/
  4. https://stackexchange.com/info
  5. http://fortune.com/2012/10/26/the-future-of-our-open-source-world/
  6. https://readwrite.com/2015/03/18/arduino-open-source-schism/