Menurut teori ekonomi Adam Smith, Bapa Ekonomi Barat, terdapat tiga faktor yang boleh menyebabkan pertumbuhan ekonomi, iaitu buruh, modal dan juga hasil semula jadi. Hasil semula jadi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu hasil yang boleh diperbaharui dan juga hasil yang tidak boleh diperbaharui. Contoh hasil semula jadi yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber galian seperti emas, petroleum, bauksit dan sebagainya manakala contoh hasil semula jadi yang boleh diperbaharui ialah sumber suria, sumber hutan, dan juga sumber pertanian. Menurut teori tersebut, lebih banyak hasil semula jadi di dalam sebuah negara, semakin rancak pertumbuhan ekonomi di negara tersebut.

Namun Prof Richard Auty (1993), seorang sarjana ekonomi barat menyatakan sebahagian negara yang kaya dengan hasil semula jadi tidak mampu untuk menggunakan hasil tersebut untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara mereka. Beliau juga berkata bahawa sebahagian negara yang mempunyai hasil semula jadi yang banyak mempunyai pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan berbanding negara sebaliknya. Beliau menamakan fenomena ini sebagai Resource Curse atau jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, Sumpahan Hasil Mahsul.

International Monetary Fund atau lebih dikenali sebagai IMF telah mengenal pasti bahawasanya 51 negara boleh diklasifikasikan sebagai negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Mereka mendapati bahawa sebahagian daripada negara tersebut bergantung dengan hasil semula jadi sekurang-kurangnya 20 peratus daripada hasil kerajaan. Dalam erti kata lain, negara-negara tersebut bergantung berat dengan hasil semula jadi. Hasil kajian mereka, 29 daripada 51 negara mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu :

  1. Terlalu bergantung pada hasil bumi.
  2. Mempunyai kadar penyimpanan yang rendah.
  3. Pertumbuhan ekonomi yang lemah.
  4. Ketidakstabilan yang tinggi bagi kutipan sumber hasil.

Pelbagai impak buruk hasil daripada  Sumpahan Hasil Mahsul, antaranya ialah ketidakstabilan hasil sesebuah negara. Ini kerana harga komoditi semula jadi kebanyakannya kurang stabil lebih-lebih lagi harga minyak mentah. Di bawah adalah graf bagi harga minyak mentah (WTI) pada tahun 1946 sampai kini.

Sumber : www.macrotrends.net

Ketidakstabilan harga komoditi akan menyebabkan ketidakstabilan hasil fiskal kerajaan sebuah negara yang bergantung berat dengan hasil komoditi tersebut.

Persoalannya yang mungkin menarik minat pembaca adalah adakah Malaysia terpalit dengan Sumpahan Hasil Mahsul? Seperti kita tahu, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak kedua terbesar di Asia Tenggara. Terdapat sebahagian perbezaan pandangan dalam hal ini. Menurut Gylfason (2001), Malaysia adalah salah satu negara yang telah berjaya memperoleh pertumbuhan ekonomi sebanyak 4 peratus atau lebih secara purata, jesteru menidakkan dakwaan bahawa Malaysia terkena sumpahan tersebut. Namun Rafiq & Salim (2014), berdasarkan kajian mereka, menyatakan bahawa ketidakstabilan harga minyak mempunyai kesan buruk terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Doraisami (2015), walaupun menyimpulkan Malaysia salah satu negara yang mampu mengelak dari terpalit dengan Sumpahan Hasil Mahsul, kebergantungan Malaysia terhadap minyak menyebabkan kerajaan Malaysia melabur hasil terdapat aktiviti yang tidak kurang menggalakkan pertumbuhan dan ini disokong oleh Abubakr, Hooi & Smyth (2016) di mana mereka menyatakan tiada hubungan yang signifikan di antara kebergantungan minyak dan pertumbuhan ekonomi Malaysia, namun kebergantungan tersebut telah menyebabkan pertumbuhan negatif terhadap pembangunan kewangan Malaysia.

Kerajaan Malaysia sudah lama mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), telah mengurangkan kebergantungan hasil terhadap minyak ke 14 peratus pada tahun 2017 berbanding 41 peratus pada tahun 2009. Namun dalam ucapan beliau di program Invest Malaysia 2016, kerajaan Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM450 juta  bagi setiap penurunan 1 sen USD bagi harga minyak. Seperti mana kita tahu, pada akhir tahun 2014, harga minyak telah jatuh mendadak dari 108 USD per barrel ke 30 USD per barrel, menyebabkan industri minyak negara terjejas teruk di mana banyak pekerja di dalam industri tersebut terpaksa diberhentikan.

Jesteru itu, penulis berpendapat bahawasanya Malaysia masih terdedah dengan Sumpahan Hasil Mahsul. Oleh itu, cadangan penulis kepada kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mencari jalan untuk mempelbagaikan lagi sumber pendapatan kerajaan untuk mengurangkan risiko impak sumpahan tersebut.

Rujukan:

Auty, Richard, 1993, Sustaining Development in Mineral Economies: The Resource Curse Thesis (Oxford University Press, New York).

Doraisami, A. (2015). Has Malaysia really escaped the resources curse? A closer look at the political economy of oil revenue management and expenditures. Resources Policy, 45, 98–108. http://doi.org/10.1016/j.resourpol.2015.03.008

Ferderer, J. P. (1996). Oil price volatility and the macroeconomy. Journal of Macroeconomics, 18(1), 1–26. http://doi.org/10.1016/S0164-0704(96)80001-2

Gylfason, T. (2001). Natural Resources , Education , And Economic Development, 45, 847–859.

Rafiq, S., & Salim, R. (2014). Does oil price volatility matter for Asian emerging economies ? Economic Analysis and Policy, 44(4), 417–441. http://doi.org/10.1016/j.eap.2014.11.002

Venables, A. J. (2016). Using Natural Resources For Development: Why Has It Proven So Difficult?, 30(1), 161–184.

http://www.investmalaysiaconference.com/misc/system/assets/21817/IMKL_2016_PM_Speech.pdf

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mentadbir ekonomi adalah seperti bermain catur yang hidup. Untuk menang, pengorbanan harus dilakukan. Namun persoalannya di sini, adakah sang pemain mempunyai "political will" untuk melakukan sedemikian?" Jejaka fakir dari Sabah yang juga seorang graduan sarjana muda ekonomi kewangan serta sarjana ekonomi di UMS dan sekarang tengah menjalani pengajian untuk mendapatkan PhD dalam bidang yang sama.

Comments are closed.