Sumbangan Kaum Cina Dalam Menentang Komunis Di Tanah Melayu

3,322

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Stereotaip bahawa semua orang Cina menyokong komunis dan PKM di Tanah Melayu adalah tidak benar sama sekali. Hanya segelintir etnik Hakka dan Hainan sahaja yang menyokong perjuangan PKM sebelum dan selepas merdeka.

Etnik Hokkien yang ketika itu merupakan majoriti etnik Cina yang terkenal dengan perniagaan dan kekayaan mereka di Tanah Melayu asalnya tidak pernah menjadi penyokong komunis. Pengasan MCA sendiri asalnya dari kalangan Hokkien. MCA pun asalnya persatuan peniaga.

Ini berbeza dengan etnik Hainan. Sokongan etnik Hainan terhadap sosialisme ala komunis pula begitu kuat hingga pengasas PKM di Tanah Melayu menurut pengkisahan oleh mendiang Prof Khoo Khay Kim adalah seorang penoreh getah Cina etnik Hainan dari Sungei Ujong (kini Seremban).

Bagi mengekang dan memusnahkan pengaruh komunis dari terus meracun kaum Cina, British Military Administrstion (BMA) tubuhkan Psychological Warfare Department, khusus melawan komunis menggunakan pendekatan psikologi. Unit ini jadi turning point British melawan komunis.

Tan Sri Dr. Too Chee Chew atau lebih dikenali sebagai CC Too ketika itu dilantik menjadi Ketua Pengarah jabatan tersebut.

Selain kerana kemampuan dan kemahiran beliau, CC Too dilantik kerana beliau berketurunan etnik Hainan, salah satu etnik yang kuat menyokong PKM!

Unit inii antara senjata paling ampuh yang mengekang dan melemahkan pergerakan bawah tanah PKM di Tanah Melayu.

Selain itu, beberapa kumpulan kecil dari kalangan masyarakat Cina anti komunis wujud dan paling kehadapan dalam melawan komunis di tanah Melayu.

Antaranya kumpulan Kong Sai, wujud di Lenggong, Perak.

Tun HS Lee bersama dengan Henry Gurney ketika pentadbiran British menubuhkan Kinta Valley Home Guards (HG), sepasukan HG yang semuanya dari kalangan Cina Kong Sai yang sangat anti terhadap komunis.

Selain sokongan kumpulan Kong Sai, British sangat beruntung apabila pertubuhan rahsia dan kongsi gelap Cina di Tanah Melayu ketika itu sangat membenci komunis kerana perbezaan ideologi. Kemampuan mereka dalam penyamaran, mengumpul maklumat dari orang awam sangat membantu.

Kedua-dua kumpulan ini membenci komunis dan PKM di tanah Melayu kerana mereka adalah penyokong tegar Kuomintang di China. Hatta di Tanah Melayu sekalipun, ketika itu mereka tetap setia dengan perjuangan Sun Yat-sen, melawan Parti Komunis China (CCP) di negara itu.

Mendiang Prof Khoo Khay Kim pernah menegaskan dalam satu temubual bahawa sememangnya dapat dilihat bahawa majoriti kaum Cina juga tidak menyokong perjuangan PKM, malah anti kepada ideologi yang cuba dibawa dan dipaksakan oleh komunis ke rakyat Tanah Melayu.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.