Pencapaian Dunia Islam dalam bidang perubatan abad pertengahan adalah titik tolak dominasi Islam selaku ketamadunan yang maju dan berbudaya tinggi ketika itu. Walaupun kesannya masih boleh dilihat dalam dunia perubatan moden hari ini, namun kini kita telah mengasingkan kaedah perubatan moden dengan ‘perubatan Islam’ yang berbeza dengan apa yang dipraktikkan oleh ilmuan Islam terdahulu.

Hakikatnya, ketika dunia perubatan Eropah abad pertengahan masih terperangkap dalam kepercayaan tahyul dan ajaran Gereja Katolik yang tegar, kedatangan Islam pada abad ke-7 M telah menimbulkan perkembangan dan penemuan yang mengagumkan dalam banyak bidang saintifik, terutamanya perubatan.

Sarjana dan doktor Islam menterjemah teks perubatan dari seluruh dunia yang diketahui, termasuk Yunani dan Rom, Parsi dan India. Mereka bukan sahaja mengumpulkan pengetahuan ini dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab (dan kemudian ke dalam bahasa Latin), mereka menambah baik penyelidikan dan kaedah perubatan mereka sendiri.

Doktor-doktor dari Dunia Islam membangunkan teknik baru dalam perubatan, pembedahan, surgeri dan farmakologi.  Mereka mengasaskan hospital pertama, memperkenalkan latihan doktor bertauliah dan menulis ensiklopedia pengetahuan perubatan.

Sebelum abad ke-12 di Eropah, penyelidikan ilmu perubatan telah terhenti, hanya terdapat sedikit penemuan baru, dan, gara-gara pandangan tegas Gereja terhadap penya.kit sebagai hukuman daripada Tuhan, tak banyak pertolongan yang boleh disediakan doktor Eropah untuk pesa.kit.

Bahkan kesan dari wab.ak Ma.ut Hitam yang merebak di Eropah, Paus Gregory IX memerintahkan semua kucing yang berwarna hitam agar dibu.nuh dan disek.sa kerana mendakwa kucing-kucing malang ini sebagai jelmaan syaitan yang menjadi punca tersebarnya penyak.it

Namun, apabila terjemahan, kitab-kitab, kajian dan kaedah baru dari dunia Islam secara beransur-ansur diketahui pada abad ke-12, alam perubatan di Eropah akhirnya maju ke hadapan.  Idea, pandangan dan kaedah daripada ahli perubatan Islam membawa banyak kemajuan baru kepada Eropah, yang pada dasarnya ia membentuk asas perubatan moden seperti yang kita ketahui hari ini.

Terjemahan Teks Perubatan

Pada abad ke-7, sarjana Arab dan Parsi mula menterjemah teks perubatan berbahasa Yunani, Syriac, Sanskrit dan Pahlavi ke dalam bahasa Arab, dan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin, sekali gus menyelamatkan teks-teks tersebut daripada hilang sepenuhnya.

Kebanyakan manuskrip ilmiah masa silam sama ada hilang atau dimus.nahkan apabila Kekhalifahan Abbasiyyah jatuh semasa pencerob.ohan Mongol di Baghdad yang mengakibatkan mus.nahnya Baitul Hikmah, perpustakaan terbesar ketika itu.

Semasa abad ke-8 di Baghdad, sarjana dan doktor Islam menterjemah karya Galen dari Rom serta teks perubatan Parsi dan India. Semasa proses menterjemah teks perubatan dari seluruh dunia yang diketahui, mereka juga menambah penyelidikan mereka sendiri, sekali gus mencipta ensiklopedia sains perubatan.

Kitab al-Tasrif

Banyak teks perubatan Islam seperti al-Qanun fil al-Tibb karya Ibnu Sina, Kitab al-Mansuri oleh Al-Razi dan Kitab al-Tasrif oleh Al-Zahrawi menjadi rujukan pengajian perubatan di universiti Eropah selama ratusan tahun.

Hospital dan Latihan Doktor

Tidak seperti Gereja Katolik yang menganggap penya.kit sebagai hukuman Tuhan sepenuhnya, Islam memandang penya.kit sebagai satu masalah yang perlu diselesaikan oleh manusia. Nabi memerintahkan orang yang sa.kit dan ced.era harus dijaga, bukan dijauhi.

Pusat perubatan pertama ditubuhkan di Parsi pada abad ke-6;  pada tahun 800-an, Al Razi menyelia Hospital Al-‘Adudi di Baghdad, dengan puluhan ahli perubatan sebagai ka.kitangan.  Menjelang tahun 1000, Baghdad mempunyai lima hospital awam, dan hospital juga dibangunkan di Kaherah, Aleppo, Damsyik dan Al-Andalus.

Pusat perubatan Islam awal ini akan dikenali sebagai hospital hari ini: ia menyediakan wad untuk penya.kit yang berbeza-beza, klinik pesa.kit luar, wad pemulihan pembedahan dan farmasi. Ia juga berfungsi sebagai pusat pendidikan perubatan untuk latihan doktor.

Hospital yang dibina Islam mempelopori penggunaan antiseptik seperti alkohol dalam kes darurat yang diharuskan, cuka atau air mawar dalam membersihkan luka. Segala-galanya harus dijaga sebersih mungkin. Berbeza sekali dengan situasi yang kekurangan sanitasi dan ambil mudah soal kebersihan di negara Kristian pada masa itu.

Al-Razi

Doktor Muslim juga sudah biasa dengan penggunaan candu sebagai anestetik semasa proses pembedahan yang memakan masa yang panjang atau untuk mencabut gigi.

Anatomi Dan Sistem Peredaran Da.rah

Walaupun dunia barat memberi kredit kepada William Harvey kerana penemuan sistem peredaran da.rah pada tahun 1616, sistem paru-paru telah dijelaskan oleh Ibn Al-Nafis 300 tahun sebelum itu. Walaupun ilmunya tidak lengkap, Al-Nafis mengetahui bahawa jantung mempunyai dua bahagian dan da.rah mengalir melalui paru-paru apabila bergerak dari satu bahagian jantung ke bahagian yang lain.  Dia juga menyedari bahawa jantung diperkuatkan oleh kapilari.

Di samping penerangannya tentang sistem peredaran da.rah dan jantung, Al-Nafis menganjurkan pembedahan sebagai kaedah untuk mempelajari anatomi dan fisiologi dengan lebih tepat walaupun dia juga menulis bahawa dia tidak melakukan pembedahan kerana kepercayaan Islamnya yang ketat.

Dia menerangkan hasil kajiannya terhadap otak, sistem saraf, struktur tulang dan pundi hempedu dan banyak lagi dalam ensiklopedia perubatannya, Al-Shamil.  Malangnya, tidak banyak tulisan Al-Nafis diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, menyebabkan doktor Eropah keliru mengenai anatomi asas untuk jangka masa yang agak panjang.

Penya.kit Berjang.kit

Perubatan Islam mengesahkan beberapa penya.kit adalah berjang.kit, termasuk kusta, cacar dan penya.kit kelamin. Selain itu, Ibnu Sina menambah batuk kering dan menerangkan bagaimana penya.kit berjang.kit merebak dan kaedah kuarantin yang diperlukan. Manakala penemuan formula terawal vaksin untuk menghapuskan penya.kit cacar ditemui di Empayar Uthmaniyah.

Pembedahan dan Instrumen Pembedahan

Manuskrip yang menerangkan fungsi instrumen pembedahan.

Pada abad ke-10, Al Zahrawi menubuhkan asas ilmu pembedahan di Al-Andalus,  Cordoba, di mana beliau bekerja sebagai doktor untuk Khalifah Al-Hakam II. Dia menulis sebuah risalah perubatan yang hebat, Kitab al-Tasrif, kitab perubatan dan pembedahan sebanyak 30 jilid.

Al-Zahrawi mencipta lebih 200 alat pembedahan, di mana kebanyakannya masih digunakan hari ini, termasuk forsep, pisau bedah, jarum pembedahan dan retraktor, spekula dan jahitan catgut.

Farmasi

Farmasi Islam dipanggil saydalas, bermula pada era yang sama dengan pengasasan hospital pada akhir 700-an, sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan dunia Islam.

Di saat ahli farmasi barat menjual najis kering dan bahan pelik lain serta herba dan rempah, ahli farmasi Muslim memberi tumpuan kepada empirisme, mereka menggunakan bahan yang menunjukkan kesan positif kepada pesa.kit.

Dalam erti kata lain, jika herba, rempah atau bahan lain berfungsi dengan membantu orang sa.kit untuk sembuh, ia pasti digunakan di seluruh dunia. Semasa farmakologi Islam berkembang, doktor Muslim yang hebat seperti Al Razi, Ibnu Sina dan Al Kindi menemui banyak bahan penyembuhan untuk farmasi mereka.

Ibnu Sina

Farmasi Arab diselia oleh pemerintah untuk memastikan ketulenan dan kualiti keseluruhan ubat-ubatan, yang ditimbang dalam skala yang disahkan dan dilabel dengan betul.

Farmasi mula tersebar di seluruh dunia Islam pada abad ke-9 dan seterusnya, sama ada diselaraskan bersama hospital atau beroperasi sendiri.  Al-Nifas, selain penemuannya mengenai sistem peredaran, dia turut memperkenalkan sistem dos untuk ubat-ubatan menggunakan pengiraan matematik.

Apabila ilmu dan kaedah perubatan Islam mula disaring ke dalam perubatan Eropah pada abad ke-12, begitu juga rawatan mereka untuk penya.kit tertentu. Bahan-bahan penyembuhan baru telah ditambah ke dalam apotekari barat manakala ubat-ubatan tertentu, seperti theriac, diserap ke negara-negara Arab kerana perdagangan Arab-Eropah yang semakin meningkat seiring pertukaran budaya dan teknologi.

Semua ini hanya tinggal kenangan dalam sejarah Islam, dan hanya berlaku semasa Zaman Keemasan Islam pada abad pertengahan. Ya, zaman yang generasi Muslim hari ini sedang lupakan.

Titik tolaknya mungkin bermula seawal tahun-tahun terakhir kejatuhan Empayar Uthmaniyah selaku kekhalifahan Islam terakhir, ketika itu umat Islam berpecah kepada beberapa ideologi seperti sekularisme.

Tetapi ada ramai yang mula mengukir sejarah Zaman Kegelapan orang Eropah dengan lebih mempercayai ramalan dan kepercayaan tahyul. Mungkin kejahilan ini juga menyumbang kepada kejatuhan Uthmaniyah.

Hasilnya boleh dilihat hingga ke hari ini di mana kebanyakan dari kita lebih gemar memilih jalan mudah melalui teori konspirasi yang menentang ilmu sains kerana dianggap sebagai ilmu duniawi yang tak berguna atau agenda penipuan ‘musuh Islam’ berbanding bangkit sebagai umat berpelajaran, umat bertamadun, umat berilmu.

Hari ini umat Islam semakin jauh ketinggalan di belakang orang barat dalam ilmu sains. Apabila kita mempelajari sains melalui rujukan saintis barat, orang kita mempersoalkan mengapa jadikan barat sebagai rujukan? Jawapannya kerana ilmu sains yang dipelopori Islam sudah lama menjadi rujukan barat dan hari ini semakin tiada orang Islam mahu menjadi ilmuan agar Islam terus menjadi rujukan.

Tak apalah. Semoga kepercayaan teguh terhadap konspirasi andaian itu mampu mengembalikan Zaman Keemasan Islam. Lagipun menyalahkan bangsa lain lebih mudah berbanding mempertingkatkan kualiti bangsa sendiri.

RUJUKAN:

6 Important Islamic Acheivements in Medieval Medicine. History on the Net. 2000-2022, Salem Media.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Leave A Reply