Sultan Moulay Ismail dari Maghribi merupakan raja kedua bagi Dinasti Alawiyyah-Maghribi yang memerintah pada tahun 1672 hingga 1727 Masehi. Selain masyhur dengan sifatnya yang keras dan z4lim, Moulay Ismail juga dikenang sebagai seorang raja yang mempunyai lebih 1000 orang anak.

Pun begitu, tidak ramai saintis yang meyakini dakwaan sejarah berkenaan. Maka, sepasukan ahli antropologi dari Universiti Vienna pun menjalankan simulasi komputer untuk mengenal pasti sama ada hal sedemikian memang boleh terjadi ataupun tidak.

Semasa awal memegang tampuk kuasa, Moulay Ismail mewarisi negara yang sedang mengalami perpecahan dek peperangan dalaman dan perebutan takhta. Namun menjelang penghujung pemerintahannya, beliau berjaya membentuk sepasukan tentera diraja yang berkekuatan seramai 150 000 orang, kebanyakannya merupakan hamba sahaya dari Afrika sub-Sahara.

Bagi memelihara semangat pasukan elitnya ini, Moulay Ismail sering mengurniakan mereka wanita-wanita untuk digauli dan anak-anak yang lahir pula dibesarkan lalu diserap ke dalam pasukan tentera.

Moulay Ismail turut digelari ‘Pendahaga Dar4h’ lantaran sifatnya yang z4lim. Dicatatkan bahawa tahun-tahun awal pemerintahannya menyaksikan beliau mempamerkan sebanyak 400 kepala manusia di kota Fez, dan lebih 55 tahun kemudian, dianggarkan beliau telah menyeksa dan membvnuh kira-kira 30 000 orang secara keseluruhan, tidak termasuk mereka yang terkorban di medan pertempuran.

Sejarah juga menceritakan sifat cemburunya yang keterlaluan terhadap keempat-empat orang isteri dan 500 orang gundiknya. Mana-mana lelaki yang memandang mereka akan dijatuhi hukuman m4ti dan sebarang tuduhan zina yang dikaitkan dengannya akan menerima seksaan yang berat. Wanita-wanita yang dikaitkan dengannya itu sama ada akan digantung sampai mti, atau buah dada mereka dikerat, atau gigi mereka dicabut.

Menurut Guinness Book of World Recods, beliau mempunyai 888 orang anak. Dakwa Dominique Busnot, seorang diplomat Perancis yang kerap mengunjungi Maghribi pula, Moulay Ismail mempunyai 1171 orang anak setakat tahun 1704 Masehi. Ketika itu, beliau berusia 57 tahun dan pemerintahannya memasuki tahun yang ke-32.

Walaupun jumlah tersebut diragui oleh ramai saintis, simulasi-simulasi komputer yang dijalankan mendapati keadaan itu tidak mustahil untuk berlaku sekiranya Moulay Ismail mengadakan hubungan bersama isteri/gundiknya pada setiap hari selama 32 tahun. Saiz haremnya yang besar memungkinkan lagi keadaan ini berlaku. Bahkan menurut ujian simulasi, beliau hanya memerlukan 65 hingga 110 orang wanita untuk memperoleh jumlah yang sama.

Menukil Elisabeth Oberzaucher, ketua penyelidik dari Universiti Vienna, “Kami sangat skeptik dalam membuat perhitungan, namun kami dapati mempunyai bilangan anak seramai itu bukanlah suatu hal yang mustahil,” Beliau dan rakan penyelidiknya, Karl Grammer memerincikan hasil penemuan mereka itu dalam jurnal PLOS ONE pada tanggal 14 Februari 2014.

TERJEMAHAN:

John Black. (26 Februari 2014). How the Sultan Moulay Ismail of Morocco Sired 1000 Children. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-general/how-sultan-moulay-ismail-morocco-sired-1000-children-001386


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.