Kerajaan Ghaznawi terbentuk di Ghazna pada tahun 976 M dan mempunyai peranan besar dalam sejarah Islam khususnya di benua kecil India. Kerajaan ini pada asalnya diasaskan oleh Alpatigin yang berketurunan Turki dan berkhidmat sebagai ketua tentera Kerajaan Samaniyyah. Dalam perbincangan ini, kita akan menelusuri sejarah salah seorang pemerintah yang sangat terkenal dalam dinasti Ghaznawi pada abad klasik.

Pada tahun 971M, Yamin ad-Dawlah Abdul-Qasim Mahmud bin Sabuktegin atau lebih dikenali sebagai Sultan Mahmud Ghaznawi dilahirkan di kota Ghazna, yang kini dipanggil Afghanistan. Pada tahun 997M, beliau diangkat menjadi penguasa kerajaan Ghaznawi menggantikan bapanya, Sabuktigin yang sebelum ini menerajui takhta dinasti itu pada tahun 977M.

Beliau merupakan pemerintah yang paling terkenal dalam kerajaan ini sehingga telah mencapai tahap yang paling gemilang pada masa pemerintahannya. Sebagai pemerintah terbesar Kerajaan Ghaznawi, Sultan Mahmud Ghaznawi merupakan tonggak sejarah benua kecil India dalam hubungannya dengan dunia Islam. Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah bebas dan buat pertama kalinya menggunakan gelaran “Sultan”.

Beliau adalah seorang penαkluk hebat yang berjaya menegakkan syiar Islam di India. Sejak usianya masih muda lagi, beliau sudah menguasai ilmu pemerintahan dan pentadbiran serta peperαngan. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menyertai peperαngan menentang Raja Jaipal iaitu musuh ketat ayahnya. Walaupun Sultan Mahmud Ghaznawi dikatakan tidak mempunyai kelebihan fizikal sebagai seorang raja, namun pengalaman serta kebijaksanaan yang dimilikinya telah membuatkan beliau berjaya menewaskan adiknya, Ismail bagi mendapatkan tempat untuk menggantikan ayahnya iaitu Sabuktigin.

Kebijaksanaan Sultan Mahmud Ghaznawi merebut kuasa daripada adiknya dengan menawan adiknya sendiri boleh dikatakan satu langkah yang bijak sebelum beliau sendiri meluaskan kuasa wilayah kerajaan Ghaznawi. Apa yang dapat dilihat pada dua tahun pertama selepas beliau memerintah adalah beliau telah berusaha untuk mengukuhkan kuasa di Ghazna. Beliau mahukan seluruh masyarakat Ghazna memberi kesetiaan kepadanya supaya memudahkan beliau untuk mendapat pengaruh serta meluaskan kuasa ke kawasan yang lain.

Semasa Kerajaan Ghaznawi berada di bawah pemerintahan beliau, berlaku beberapa siri peperαngan antara Kerajaan Ghaznawi dengan kerajaan-kerajaan di India. Beliau dikatakan mahu memperoleh kekayaan dari India sama ada daripada bayaran pampasan perαng, rampasan perαng termasuklah harta kerajaan dan kuil-kuil Hindu. Selain itu, beliau ingin menghapuskan kegiatan penyembahan berhala. Dengan itu, beliau menumpukan fokusnya kepada penganut agama Hindu dan Buddha.

Sebab utama beliau melakukan dasar perluasan kuasa ke atas India adalah kerana beliau begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam mengembangkan syiar Islam di India seperti ayahnya. Oleh yang demikian, pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau untuk memperkembangkan Islam. Sebagai permulaan, Sultan Mahmud Ghaznawi telah menyerang Bandar-bandar sempadan di sekitar Genting Khaibar.

Pada tahun 1001M, beliau menαkluki Kabul, kemudian Multan, dan seterusnya Kashmir. Di setiap kawasan penαklukan, Sultan Mahmud Ghaznawi menghakis ajaran Brahmanisme dan digantikan dengan ajaran Islam. Antara pertempuran yang paling terkenal ialah serangannya terhadap Candi Somnath  yang terletak di Gujerat, iaitu tempat pemujaan dan kota suci bagi masyarakat beragama Hindu. Walaupun pada awal serangan beliau dan tenteranya menghadapi kesukaran menghadapi gabungan tentera raja-raja Hindu dari India, akan tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada Islam kerana pengaruh Hindu dapat dimusnahkan.

Sepanjang hidupnya, beliau dikatakan pernah memimpin 17 hingga 18 kali pertempuran ke atas wilayah-wilayah di India dan tidak pernah kalah dalam satu pun serangan yang dilakukan. Hal ini demikian kerana beliau telah menyusun strategi ketenteraannya dengan baik dan berkesan. Tentera-Tentera Sutan Mahmud Ghaznawi yang terdiri daripada orang-orang Turki dan Afghanistan sememangnya memberikan kelebihan terhadap strategi ketenteraan beliau kerana mereka merupakan bangsa yang biasa berperαng di samping mempunyai keberanian dan keganasan yang luar biasa serta kesabaran yang tinggi dalam mengahadapi peperαngan, dan ini diperkuatkan lagi dengan jiwa mereka yang sentiasa mahukan syahid dalam menegakkan agama Islam. Ini sekaligus memberikan impak besar terhadap strategi ketenteraan yang dibuat. Rentetan reputasi kecemerlangan Mahmud, beliau telah dianugerahkan gelaran Yamin Ud Daulah  (Tangan Kanan Negara) dan Amin ul Millah (Orang Kepercayaan Agama) oleh Khalifah Al-Qadir.

Walaupun Mahmud Ghaznawi sering kali dikenali sebagai seorang penαkluk yang terkemuka tetapi beliau merupakan seorang pemerintah yang sangat mengambil berat tentang hal ehwal keintelektualan dan keagamaan. Beliau sangat menekankan penyebaran dakwah dengan melaksanakan pembinaan pusat keagamaan. Masjid-masjid dan institusi dibina supaya penyebaran agama Islam lebih jelas dan mencapai matlamat melahirkan pelapis ummah yang cemerlang. Beliau telah menjadikan ibu kota Ghazna sebagai pusat Islam terkemuka pada zaman tersebut sehingga menjadi kunjungan oleh ramai bijak pandai Islam yang berlatar belakangkan pelbagai bidang seperti bidang sains, astronomi, sejarah dan falsafah.

Dalam bidang intelektual, Sutan Mahmud Ghaznawi memberikan sumbangan yang paling besar dengan mendirikan sebuah universiti di Kota Ghazna. Universiti tersebut turut mempunyai perpustakaan yang besar dan dikatakan mengandungi buku yang terdiri daripada pelbagai bidang dan bahasa. Selain perpustakaan, terdapat juga sebuah muzium yang dibangunkan oleh Mahmud Ghaznawi di dalam universiti tersebut. Malahan, beliau juga membayar gaji professor-profesor yang berkhidmat di universti tersebut dan para sarjana pula dibayar pencennya oleh beliau.

Bahkan, Sultan Mahmud Ghaznawi begitu menyanjungi dan menghormαti golongan agama dan ahli-ahli sufi. Anataranya Sheikh Abul Hasan Khirqani iaitu seorang ahli sufi yang sangat dihormαti oleh Sultan Mahmud Ghaznawi sehinggakan banyak menerima nasihat dan pengajaran daripada beliau.

Seiring dengan perkembangan bidang intelektual dan agama di Kota Ghazna, bidang kebudayaan dan kesenian juga mengalami perkara yang sama. Mahmud menjadikan Kota Ghazna sebagai sebuah kota yang hebat sehingga mendapat jolokan “Permaisuri Timur”. Beliau telah mewujudkan pusat kebudayaan serta kesenian di Ghazna oleh kerana beliau amat meminati bidang syair. Pada zaman pemerintahan beliau, lahir ramai pujangga-pujangga dan penulis yang tersohor seperti Al-Baihaki iaitu ahli cerita, Ansari, Farruki dan Asjudi yang merupakan pujangga serta ahli-ahli syair yang agung.

Secara keseluruhannya, dapat dilihat Sultan Mahmud Ghaznawi lebih mengutamakan penguasaan dan dakwah dalam pentadbirannya berbanding penαklukan kawasan semata-mata. Baginda memperkenalkan pentadbiran ketenteraan ekoran dari sikap baginda yang cekap dan bersemangat . Namun, baginda masih tetap memperkasakan pasukan tentera dengan semangat jihad serta ilmu pahlawan yang tinggi.  Sikap toleransi dan tolak ansur beliau sendiri digunakan dalam pemerintahan bagi memperkembangkan agama Islam. Rentetan itu, ramai orang India semasa zaman pemerintahan beliau ingin memeluk agama Islam kerana beliau tidak pernah memaksa mereka.

Pada tahun 1031M, Mahmud Ghaznawi telah wafat akibat dihidapi penyakit malaria. Kemαtiannya menyebabkan berlakunya perebutan takhta antara anak-anaknya, Muhammad dan Mas’ud. Pemergian Mahmud Ghaznawi ini sememangnya merupakan kehilangan yang besar bukan sahaja kepada masyarakat Ghazna bahkan seluruh masyarakat Islam. Namun begitu, jasa beliau dalam mengembangkan syiar Islam khususnya di India terus terpahat kukuh dalam lipatan sejarah sehingga ke hari ini.

Artikel dikirimkan oleh FAIRUZ NAZIRAH RUSNI untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply