Turki bukan sekadar kaya dengan sejarah sebagai sebuah tanah yang pernah diperintah oleh pelbagai bangsa macam Yunani, Latin Roman,  atau Turki. Sebagaimana ibukotanya yang menjadi pernah menerima julukan sebagai salah satu ‘jantung Kristianiti’ selepas kota Rom di Itali iaitu Konstantinopel/Istanbul yang ribuan tahun telah menyaksikan berbagai alkisah kepahlawanan dan kez4liman saling bersilih ganti.

Entah kenapa selang beberapa hari ni penulis banyak menulis tentang sisi ‘gila’ para pemerintah Empayar Uthmaniyah yang pelbagai, mungkin sebab dah banyak sangat kisah-kisah kepahlawanan Sultan-sultan yang klise kot.

Baiklah kali ni kita cerita sikit tentang salah seorang sultan Uthmaniyah yang bermasalah. Tak seperti dinasti Byzantium yang dah dianggap pupus, hari ini masih ada keturunan dinasti Uthmaniyah yang mungkin pada saat ini sedang menikmati roti baguette di Perancis, semuanya disebabkan oleh faktor budaya harem.

Gundik dari harem yang jadi gundik kegemaran sultan menerima layanan terbaik kerana mereka melahirkan zuriat lelaki kepada sultan.  Walaupun tidak berkahwin, tapi layanan yang diterima kadang kala lebih istimewa berbanding seorang isteri, wanita-wanita ini adalah orang asing dan diambil dari kalangan orang bukan Islam. Sultan akan mewariskan takhta kepada anak lelaki yang dilahirkan gundik ini kelak.

Kenapa tak berkahwin? Kerana jika seorang gundik berkahwin dengan sultan, dia akan diangkat statusnya sebagai Ratu (Sultana), nanti jika ada persaingan dikalangan Shahzade (putera mahkota) calon-calon pewaris takhta, Sultana dikhuatiri akan masuk campur untuk mengangkat anaknya menjadi Sultan.

Contoh suasana Harem

Bahkan, Sultan Suleyman Kanuni pernah melanggar tradisi dengan mengahwini gundik yang diberi nama Hurrem. Akibatnya, baginda akhirnya membvnuh puteranya sendiri kerana pengaruh Hurrem semakin tinggi selepas menjadi Sultana.

Inilah antara masalah yang sering dihadapi di istana Uthmaniyah tetapi dengan wujudnya institusi Harem di istana, masalah penggantian yang ketara dapat diatasi oleh Uthmaniyah dengan cepat. Selagi sultan tidak berkahwin dengan gundik, selagi itu mereka tak perlu risau sebarang campur tangan dari seorang ratu permaisuri.

Manakala untuk mengelakkan sebarang pember0ntakan dan per4ng saudara merebut kekuasaan apabila seorang sultan meninggal dunia, calon penggantinya yang paling ketara akan memastikan mana-mana adik-beradiknya yang menjeling-jeling kedudukan Sultan akan dibvnuh mengikut undang-undang “Kod Mehmed” yang diasaskan oleh Sultan Mehmed Fateh.

Nampak macam kej4m dan tak bertamadun tapi semua ini hanyalah demi kepentingan rakyat, kerana Uthmaniyah pernah melalui tempoh 11 tahun tanpa seorang raja akibat per4ng saudara selepas kem4tian Sultan Bayezid hingga menyebabkan rakyat menderita. Jadi, Sultan Mehmed Fateh meninggalkan satu undang-undang yang menghalalkan d4rah sesama keturunannya ditumpahkan selagi ia tidak membebankan rakyat.

Ibrahim dilahirkan pada 5 atau 6 November tahun 1615 atau 1616, sebagai putera kepada Sultan Ahmed I yang paling bongsu. Semenjak masih bayi lagi dia telah dikurung di dalam sebuah kandang yang dinamakan kafes, dan semenjak itu juga dia sering hidup dalam ketakutan akan kem4tian.

Sultan Osman II dan Murad IV telah membvnuh kesemua adik beradik mereka – kecuali Ibrahim. Pada tahun 1640, Murad sebenarnya pernah memerintahkan agar Ibrahim dibvnuh semasa dia (Murad) sedang di ambang kem4tian, kerana dia lebih rela dinasti Uthmaniyah berakhir daripada terus dicemari dengan warisan ‘benih gila’ (Murad IV juga seorang Sultan yang gila). Tetapi ibu mereka, Kösem Sultan masuk campur untuk menyelamatkan Ibrahim.

Masalah yang sebenar hanya timbul apabila Sultan Murad IV meninggal dunia tanpa meninggalkan cahaya mata. Maka, pihak dinasti di istana hanya ada satu saja pilihan, iaitu membebaskan dan menabalkan Ibrahim sebagai sultan yang baru.

Sultan Murad IV

Walaupun begitu, ketika para birokrat istana datang ke kafes untuk menjemput Ibrahim bagi ditabalkan sebagai Sultan, Ibrahim begitu ketakutan sehingga dia bertindak menahan pintu dari dibuka. Peristiwa ini hampir serupa dengan peristiwa semasa Sultan Murad V hendak dijemput bagi diisytiharkan sebagai sultan dalam artikel Kisah Sultan Uthmaniyah Freemason Yang Sakit Mental.

Dia yakin bahawa Sultan Murad IV yang kej4m itu bermain muslihat untuk menyeks4 dan membvnuhnya hingga dia enggan keluar. Ibrahim bahkan tidak percaya yang Murad IV telah meninggal dunia, sehingga lah jen4zah abangnya itu dibawa untuk ditunjuk di depan matanya sendiri.

Walaupun begitu ibunya terpaksa memujuknya seolah-olah memujuk seekor anak kucing yang ketakutan dengan makanan yang baru. Akhirnya, setelah dia keluar meninggalkan kafes, Ibrahim mula menari sambil berlari dengan penuh girang di seluruh harem, sambil menjerit, “Tukang daging Empayar ini sudah m4ti!”.

Maka bermulalah era pemerintahan yang dianggap sebagai salah satu zaman kebodohan setanding dengan kebodohan era Empayar Rom pemerintahan maharaja Nero atau Caligula. Bahkan hingga ke hari ini, masih ramai orang Turki memanggil ikan belanak merah sebagai “Ikan Sultan Ibrahim” kerana dia mempunyai perangai aneh yang gemar memberi makan kepada spesies ikan ini dengan duit syiling dan bukannya dengan makanan.

Dalam menuntut kerugian untuk masa mudanya yang telah hilang, Ibrahim yang berusia 23 tahun terlibat dengan maksiat hingga merosakkan nama baik institusi harem Uthmaniyah.

Tapi mujurlah ada Köşem Sultan selaku valide sultan, yang pada dasarnya telah memastikan segala urusan kerajaan berjalan lancar walaupun anaknya gila isim. Semasa Kösem sedang memastikan Empayar Uthmaniyah terus utuh dan relevan, Ibrahim di belakangnya pula hanya tahu berseronok dan sering menimbulkan masalah. Alangkah nakalnya sultan ini.

Ibrahim juga merupakan salah seorang sultan yang melanggar tradisi. Pada tahun 1647, Ibrahim mengahwini gundik kegemarannya yang kelapan dan terakhir, Hümaşah Sultan. Oleh kerana rambutnya dihiasi dengan benang emas dan perak tradisional atau tel, dia kemudian terkenal dengan gelaran sebagai Telli Hatun.

Telli Hatun

Sebilangan besar Sultan biasanya akan memiliki seorang haseki sultan, iaitu gundik kegemaran. Dengan membuang tradisi, Ibrahim memiliki lapan orang gundik kegemaran sekaligus pada akhir hayatnya. Mengikut turutan, wanita-wanita yang bernasib malang ini ialah Turhan, Aşub, Muazzez, Ayşe, Manihever, Saçbağı, Şivekar, dan akhirnya satu-satunya isterinya yang sah, iaitu Hümaşah.

Nafsu Gila

Mungkin kerana kes Ibrahim ini lah yang menyebabkan institusi Harem dipandang serong hingga dimanipulasi oleh orientalis barat sebagai “rumah pelacvran untuk Sultan”. Ibrahim menumpukan sebahagian besar waktunya dengan berfoya foya di Harem, walaupun Ibrahim ni tak waras, dia ada nafsu yang besar, 250 orang wanita cantik masih tidak cukup baginya.

Kösem Sultan tidak ambil kisah tentang sikap buruk anaknya kerana dia lebih senang memerintah secara de facto bagi pihak anaknya, jadi dia dari awal lagi telah menguruskan persediaan anak dara dan gadis tembam untuk kebahagiaan Ibrahim.

Ibrahim sering m4ti pucuk sehingga ibunya terpaksa membekalkan afrodisiak (ubat kuat) kepadanya. Ibrahim memiliki minat yang lebih tinggi terhadap wanita yang dia rasakan agak sukar untuk diperoleh kerana dia bosan melakukan hubungan kelamin dengan perempuan berstatus hamba yang sudah tentu tidak mungkin boleh menolak kemahuan Sultan.

Kösem Sultan

Dalam catatan Dimitri Cantemir dari Moldavia, Ibrahim gemar menyuruh gundiknya berbaris dalam keadaan telanjang. Kemudian, dalam usaha untuk menaikkan syahwatnya, dia akan mengeluarkan bunyi-bunyi merengek seperti seekor kuda jantan dan bergerak di antara mereka. Setelah nafsunya memuncak, maka berlakulah…….. (sila faham sendiri lah),

Dalam satu kisah lain yang lebih menjijikkan, nafsu pelik Ibrahim tidak berhenti di situ saja. Pada suatu ketika, Ibrahim terpandang seekor lembu betina yang melintas di hadapannya kemudian Ibrahim memerhatikan bahagian sulit lembu itu.

Hah, korang yang baca ni mesti dah bersangka buruk ni, mesti dalam otak korang sekarang ni, “Siyes ahh, kau sultan kot? Takkan dengan lembu kot??”

Takdelah. Tetapi, apa yang lebih pelik. Dia membuat satu acuan emas yang direka bentuknya mengikut bentuk vagina lembu dan mengedarkan ia ke seluruh empayar dengan perintah untuk mencari wanita yang memiliki faraj serupa dengan faraj lembu.

Menambahkan lagi ciri-ciri selera nafsunya yang pelik, rupa-rupanya mereka betul-betul menemui seorang wanita Armenia yang akhirnya menjadi gundik Kegemarannya yang bernama Sechir Para atau dalam bahasa Melayu, “kiub gula”.

Pada tahun 1641, salah seorang gundik Ibrahim, Turhan Hadice, melahirkan anak pertamanya, Putera Mehmed. Tidak lama sebelum kelahiran itu, Ibrahim mendapat seorang hamba perempuan, yang kebetulan hamil. Selepas melahirkan anak, wanita itu ditugaskan sebagai jururawat untuk Putera Mehmed, oleh itu dia berpindah ke harem Istana bersama anaknya sendiri.

Sultan begitu terpikat dengan anak kecil hamba wanitanya yang sihat dan cergas, berbeza dengan puteranya sendiri yang tidak sihat dan lemah sehingga dia lebih banyak menghabiskan masa bersama anak hamba wanita itu. Apabila Turhan Hadice mengeluh dengan sikapnya, Ibrahim menunjuk sikap panas barannya dengan merampas Mehmed dari pelukan ibunya kemudian membaling anak kecil itu ke dalam kolam.

Namun, Mehmed bernasib baik kerana terselamat. Tiga bulan selepas kelahiran Mehmed, seorang lagi gundik Ibrahim melahirkan anak kedua Ibrahim yang diberi nama Süleyman. Lebih ramai lagi anak lelaki akan menyusul. Pada tahun 1645, Ibrahim menjodohkan anak perempuannya, Fatima yang berusia 3 tahun kepada Kapudan Yusuf Pasha, tetapi pasha itu telah dihvkum m4ti setahun kemudian.

Sisi Kebaikan Ibrahim

Kara Mustafa Pasha kekal sebagai memegang jawatan Wazir Agung selama empat tahun pertama pemerintahan Ibrahim, dia adalah menteri yang paling baik dalam konteks menjaga kestabilan negara.

Dengan Perjanjian Szön (15 Mac 1642) dia memperbaharui hubungan damai dengan Austria dan pada tahun yang sama juga berjaya merampas kembali wilayah Azov dari Cossack.

Kara Mustafa juga menstabilkan mata wang negara dengan memperbaharui wang syiling, berusaha untuk menstabilkan ekonomi dengan mengkaji selidik sosio-ekonomi wilayah yang baru, mengurangkan keanggotaan tentera Janissari, menghapuskan anggota yang tidak menyumbang hasil dari gaji yang diperoleh dari kerajaan, dan membendung kuasa gabenor wilayah yang tidak taat selama bertahun-tahun.

Pada waktu ini, Sultan Ibrahim menunjukkan sedikit kecaknaan terhadap pentadbiran empayar, seperti yang dicatatkan melalui nota komunikasi tulisan tangannya sendiri dengan Wazir Agung itu.

Sultan Ibrahim

Kara Mustafa pula menulis sebuah memo mengenai urusan negara untuk melatih rajanya yang tidak berpengalaman. Catatan nota yang dibalas Ibrahim kepada laporan Kara Mustafa menunjukkan bahawa Ibrahim sebenarnya menerima pendidikan yang baik.

Dalam catatan yang sama juga dikatakan bahawa Sultan Ibrahim sering bersiar-siar dengan menyamar sebagai orang awam untuk memeriksa pasar-pasar di Istanbul dan memerintahkan Wazir Agung untuk memperbaiki sebarang masalah yang dia temui.

Pemb4ntaian Harem

Pada suatu hari, Sechir Para memberitahu Ibrahim tentang desas-desus khabar angin bahawa salah seorang gundiknya memiliki hubungan sulit dengan orang asing dari luar, tetapi dia tidak tahu sebarang perincian lanjut, seperti nama gadis itu.

Ibrahim naik angin dan mengamuk selama tiga hari. Ketika anaknya, Mehmed, membuat lawak jenaka yang tidak disukainya, ia menyebabkan Ibrahim mengambil pisaunya lalu dilontar mengenai tepat ke wajah Mehmed yang masih kecil itu. Mehmed membawa parut lvka yang terhasil di dahinya itu hingga akhir hayatnya.

Ketua sida-sida hitam, individu paling berkuasa selepas Wazir Agung, berusaha mencari identiti gundik yang dimaksudkan Sechir Para dengan menyoal secara s3ksaan terhadap beberapa orang gadis di harem, tetapi dia tidak mendapat sebarang nama.

Kemudian Ibrahim memutuskan untuk menghapvskan seluruh harem yang ketika itu terdiri dari 280 orang wanita dengan menyumbat dan mengikat mereka di dalam karung guni yang diikat dengan batu lalu menenggelamkan mereka semua m4ti lem4s dalam dasar laut di tengah Selat Bosphorus.

Hanya Sechir Para dan Turhan Hadice saja yang tidak dilibatkan sekali. Namun, terdapat satu cerita yang mendakwa ada seorang lagi gadis lain yang terselamat, kerana ikatan karungnya tidak kemas. Dia kemudian dibawa keluar dari laut oleh kru kapal Perancis.

Akhirnya Kösem Sultan mula mencemburui pengaruh yang diraih Sechir Para dan pada suatu hari dia mengajak wanita itu untuk makan malam bersama, kemudian dia mencekik wanita itu hingga mavt. Kösem cuba meyakinkan Ibrahim yang tidak berpuas hati bahawa wanita itu “m4ti secara tiba-tiba kerana penyakit yang kuat”.

Apabila Ibrahim bertemu dengan anak perempuan Sheikh-ul Islam Uthmaniyah (Mufti Agung) iaitu pemimpin agama Islam tertinggi di Turki, dia mula menghantar pinangan kepada Mufti agar dia boleh menikahi gadis itu. Mufti yang sudah cukup faham benar sikap Ibrahim yang selalu menyalahgunakan harem, menasihati anak perempuannya agar menolak cadangan itu.

Ibrahim yang kecewa dan marah, telah memerintahkan orangnya untuk mengekori gadis itu mencvliknya. Dia telah memperk0sa gadis malang itu selama beberapa hari sebelum menghantarnya kembali kepada ayahnya.

Berakhirnya Salah Satu Kegilaan

Sepanjang pemerintahannya Ibrahim hanya menunjukkan sedikit saja minat dalam urusan negara, dia menyerahkan segala urusan kepada ibunya. Dia hanya berminat menguruskan kemewahannya sendiri, dan cukai dinaikkan secara besar-besaran untuk menampung kos berfoya-berfoya.

Janggut ini sekadar hiasan

Berlian berkilau digantung menghiasi janggutnya, yang juga dilumur dengan wangian mahal yang diperoleh dari pedagang Eropah atau hasil menj4rah harta benda milik pedagang asing. Akhirnya, semakin banyak kekacauan yang berlaku akibat banyak lagi tindakan bodoh dilakukan Ibrahim, ini sekaligus memburukkan nama Empayar Uthmaniyah sebagai salah satu kerajaan Islam Sunni yang kuat.

Segalanya telah melampaui batasan, dia menjadi semakin tamak sehingga dia mengancam untuk menyumbat tubuh Wazir Agungnya dengan batang jerami, melainkan jika Wazir Agung berjaya merampas kembali segala hadiah dan harta yang disumbangkan oleh sultan-sultan terdahulu ke Tanah Suci di Madinah.

Di setiap wilayah, pemerintah yang sepatutnya menjadi penjaga harta awam berubah menjadi tuan feudal. Jawatan-jawatan penting dijual kepada penawar tertinggi atau diberikan kepada individu kegemarannya, cukai dinaikkan dan setiap sumber yang ada terus dikeringkan untuk memenuhi tuntutan nafsu Sultan. Ibrahim tidak peduli dengan keadaan huru-hara di negaranya dan tingkah lakunya yang tidak siuman telah mengasingkan semua paksi politik.

Tetapi, dengan kelahiran anak-anak lelaki Ibrahim, ia secara tidak langsung telah membuatkan kedudukan takhta Ibrahim sudah boleh diganti. Pada tahun 1648, tenter4 Janissari melancarkan pember0ntakan kerana mereka menerima bayaran yang sangat tidak setimpal atau tidak dibayar sama sekali.

Sebelum itu, pada tahun yang sama, Wazir Agung merangkap menteri kewangan, Ahmed Pasha, terpaksa mengenakan cukai yang berat untuk memenuhi perbelanjaan peribadi Sultan yang besar, langkah inilah yang menimbulkan kemarahan dan pember0ntakan di kalangan warga Empayar Uthmaniyah, tentera Janissari, dan golongan ulamak. Mereka menuntut agar kepala Sultan diserahkan kepada mereka.

Dan, sebagai amaran, Ahmed Pasha menjadi k0rban akibat ketamakan Sultan, di mana dia dikepung, ditangkap dan dibvnuh oleh perusuh pada 8 Ogos 1648, dan anggota tubuh m4yatnya dipotong-potong oleh kumpulan perusuh. Istilah “Hezarpare” adalah istilah bahasa Parsi yang dia peroleh setelah kem4tiannya, yang bermaksud “seribu kepingan,” merujuk kepada nasib m4yatnya yang dihina sebegitu rupa.

Kösem Sultan cuba melakukan rundingan dengan tenter4 dan enggan menyerahkan Ibrahim selagi dia tidak mendapat jaminan yang mereka tidak akan membvnuh Ibrahim, sebaliknya hanya mengurung Ibrahim kembali ke dalam kafes. Kemudian, Mufti Agung memutuskan untuk membalas dendam atas tindakan Sultan mer0gol anak perempuannya dengan mengeluarkan fatwa yang menghalalkan rampasan kuasa.

Namun, ada pendapat mengatakan bahawa Kösem sendiri yang mungkin telah mengkhianati Ibrahim untuk terus berkuasa. Tetapi ada yang percaya dia menerima tekanan dari agenda Janissari. Namun, Kösem secara terbuka mengkritik anaknya dan dilaporkan berkata, “Pada akhirnya nanti, dia tidak akan membiarkan kamu atau aku hidup. Kita akan kehilangan kawalan pemerintahan. Seluruh masyarakat akan rosak. Turunkan dia dari takhta dengan segera.”

Gambaran semasa pember0ntakan

Semasa pember0ntakan mula mencapai kemuncaknya, Ibrahim yang ketakutan bertanya kepada Mufti Agungnya, “Bukankah aku yang melantik kamu ke jawatan yang tinggi ini?”, Mufti menjawab: “Tidak, Allah yang telah melantik aku.”  Akhirnya Ibrahim digulingkan dari takhta dan dimasukkan kembali ke dalam kafes. Semasa di dalam kurungan itu, sekali lagi, dia menjadi gila. Walaupun dindingnya tebal, tangisannya boleh didengari siang dan malam.

Putera Ibrahim yang berusia enam tahun, Mehmed, ditabalkan sebagai sultan. Wazir Agung yang baru, Ṣofu Meḥmed Pasha, mengusulkan petisyen kepada Mufti Agung untuk mengeluarkan fatwa yang membenarkan hukvman m4ti terhadap Ibrahim.

Usul itu diluluskan dengan dalil “jika wujud dua orang khalifah, bvnuhlah salah seorang dari mereka.”  Kösem Sultan juga memberikan persetujuannya kerana bimbang sekiranya anaknya itu kelak akan turut membvnuhnya suatu hari nanti jika dibiarkan hidup. Dua orang algojo dikirim untuk membvnuh Ibrahim, salah seorang darinya adalah ketua algojo yang pernah berkhidmat di bawah Ibrahim.

Dengan memegang senaskah kitab al-Quran di tangannya, Ibrahim menyeru: “Lihatlah! Ini adalah Kalam Allah! Atas dalil apa kamu akan membvnuhku?”  dan “Tidak ada seorang kah di antara mereka yang pernah memakan roti aku yang akan mengasihani aku dan melindungi aku? Si kej4m ini datang untuk membvnuh aku. Kasihanilah aku! Kasihanilah!” 

Sambil para pegawai istana memerhatikan dari jendela istana  pada 18 Ogos 1648. Ibrahim dihvkum m4ti dengan dijerut lehernya dengan tali busur. Kem4tiannya adalah pembvnuhan kedua dalam sejarah pembvnuhan ahli keluarga dinasti Uthmaniyah.

Walaupun Ibrahim telah terbukti melakukan perbuatan terkutuk lagi kej4m semasa pemerintahannya, namun, sebagai bekas sultan, berketurunan Osman Gazi, dan mengambil kira atas dasar otaknya yang tidak waras akibat dikurung sejak kecil, Mufti Agung tidak berhasrat untuk membvnuh dia dengan penghinaan.

Ibrahim tetap dihvkum bvnuh mengikut cara tradisi diraja Uthmaniyah secara bermaruah, iaitu dijerut lehernya menggunakan tali busur dan jen4zahnya tetap dikebumikan di Masjid Haghia Sophia di sebelah makam seorang lagi sultan yang gila iaitu Mustafa.

Semenjak saat itu, tidak akan pernah ada lagi seorang sultan kedua yang bernama Ibrahim. Semuanya kerana rasa ketakutan akibat dari zaman kebodohan semasa Ibrahim yang ini sedang berkuasa.

RUJUKAN

Börekçi, Günhan. (2008). Ibrahim I. Encyclopedia of the Ottoman Empire. Gábor Ágoston and Bruce Masters. New York: Facts on File.

Crofton, Ian (2013). The 17th History Without the Boring Bits. Quercus.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.