Sultan Beyazid II: Penyelamat Umat Islam Dan Kaum Yahudi

656

Jika ditanya pada sesiapa saja, mereka tentu akan mengenali Sultan Muhammad II atau Sultan Muhammad Al Fateh, pembuka kota Konstantinopel.

Kehebatan Sultan Muhammad Al Fateh dan tentera baginda menjadi catatan sejarah agung yang diiktiraf sejarawan Islam mahupun Barat. Lagi pula baginda adalah sosok pemimpin yang bertepatan dengan ciri yang disebut oleh Rasulullah saw.

Maka, dengan segala kejayaan dan legasi yang ditinggalkan ini telah membayangi perjalanan anak sulung baginda iaitu, Sultan Beyazid II. Permulaan pemerintahan Sultan Beyazid II tidaklah begitu diiktiraf oleh para wazir dan sebilangan rakyat yang masih sayang akan ayahandanya.

Tapi, Sultan Beyazid tidak mengalah dan meneruskan apa yang telah ayahandanya lakukan. Sultan Beyazid II lebih dikenali dengan gelara ‘Veli’ atau Sang Wali.

Kenapa baginda diberi gelaran sebegini?

Sultan Beyazid II tidaklah seagresif ayahandanya dalam meluaslan jaj4han t4kluk Turki Uthmaniyah. Baginda lebih fokus kepada amal keagamaan dan masyarakat.

Baginda cuba untuk mendidik masyarakat Uthmaniyah ketika itu dengan pendidikan agama dan bukan dengan p3rang yang membvnuh jiwa tidak berdosa.

Ini menyebabkan ada rakyat yang cuba mengambill kesempatan dengan melakukan pemberontakan. Di tambah pula dengan p3rang saudara yang berlaku antara adiknya iaitu Sultan Cem yang menjadi gabenor Anatolia.

Puncak kegemilangan Sultan Beyazid II adalah ketika mana baginda telah berupaya menyelamatkan pelarian Islam dan Yahudi dari Andalusia (Sepanyol) dari kekejaman Raja Ferdinand dan Ratu Isabella

Tahun 1492 menjadi titik hitam buat kerajaan Islam Andalusia kerana telah diratah oleh kerajaan Kristian Kastilia dan Aragon untuk membalas dendam dan merampas semenanjung Iberia tersebut.

https://www.thepatriots.store/store/mahakarya/

Pada ketika ini, kekhalifahan Turki Uthmaniyah muncul sebagai kuasa Islam baru yang menaungi beberapa empayar Islam sedia ada.

Seramai lebih kurang 150,000 pelarian Islam dan Yahudi telah diselamatkan oleh Turki Uthmaniyah dari dibvnuh. Mereka dihalau sehelai sepinggang sehingga dikatakan hanya minum air laut untuk hidup.

Tokoh tokoh armada laut Uthmaniyah mula muncul ketika ini antaranya Kamal Reis, Kapten Yusuf Ashfur (Jack Sparrow) dan Kapten Barbossa.

Mereka telah membawa pelarian ini ke wilayah Turki Uthmaniyah iaitu Istanbul, Edirne dan Salonika. 3 wilayah menjadi pusat penempatan mereka yang utama.

Dan inilah permulaan kepada orang Yahudi berada di Turki. Mereka telah diberikan hak sama seperti orang Islam dari segi pendidikan, ekonomi dan juga ketenteraan.

Mereka juga diberikan peluang untuk mengajar dan menjadi seseorang di dalam pemerintahan. Zaman ini muncul tokoh tokoh ilmuan Yahudi yang tenggelam ketika di Andalusia.

Ketika zaman Sultan Beyazid II ini merupakan zaman penyelamat kepada orang Yahudi. Mereka tidak menjangka akan diselamatkan oleh kerajaan Islam yang mereka musuhi.

Jiwa kemanusiaan yang tinggi pada Sultan Beyazid II menyebabkan baginda dihormati oleh kawan dan lawan.

Baginda boleh saja mengenepikan segalanya kerana pelarian Andalusia bukan di bawah wilayahnya. Jiwa kemanusiaan yang dibentuk oleh ayah dan gurunyalah menyebabkan baginda tidak membiarkan malah meraikan.

Inilah kisah ringkas seorang pemimpin berjiwa manusiawi yang digelar Sang Wali.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.