Suku-Suku Kaum Yahudi Di Seluruh Dunia

2,779

Yahudi ataupun nama asalnya dalam bahasa Ibrani, Yehudim (יְהוּדִים) merupakan sebuah kumpulan agama-bangsa yang berasal daripada keturunan Ibrani dan Bani Israel. Pada tahun 2010, sekitar empat belas (14) juta orang Yahudi di seluruh dunia. Artikel ini membincangkan tentang pecahan dalam kaum yang memenuhi 0.2% daripada penduduk dunia pada masa tersebut.

Antara pecahan dalam kaum Yahudi adalah Ashkenazi. Ashkenazi ataupun nama asalnya dalam bahasa Ibrani, Ashkenaz (אשכנז) merupakan diaspora Yahudi yang pernah menduduki kawasan Empayar Rom Suci (962-1806) pada sekitar penghujung milenium pertama. Mereka setidak-tidaknya bertutur dalam bahasa Yiddish, di mana contoh perkataan dalam bahasa tersebut adalah “A gutn tog” yang bermaksud “Selamat pagi”.

Menurut Genesis 10, Ashkenaz merupakan anak sulung kepada Gomer di mana Gomer adalah anak kepada Yafit dan Yafit merupakan anak kepada Nabi Nuh AS. Pada zaman moden, Natalie Portman yang merupakan pelakon filem, penerbit, penulis dan pengarah itu adalah antara orang Yahudi berketurunan Ashkenazi.

Selain itu, Sefardi adalah antara pecahan dalam kaum Yahudi. Sefardi ataupun nama asalnya dalam bahasa Ibrani, Sefarad (ספרד) merupakan diaspora Yahudi yang berasal dari semenanjung Iberia. Mereka setidak-tidaknya bertutur dalam bahasa Ladino, di mana contoh perkataan dalam bahasa tersebut adalah “Buenos Diyas” yang bermaksud “Selamat pagi”. Istilah “Sefarad” merupakan nama tempat di sekitar semenanjung berkenaan menurut Obadiah 1-20. Pada zaman moden, Paula Abdul yang merupakan penari, penyanyi, pelakon dan personaliti televisyen itu adalah antara orang Yahudi berketurunan Sefardi.

Di samping itu, Mizrahi adalah antara pecahan dalam kaum Yahudi. Mizrahi ataupun nama asalnya dalam bahasa Ibrani, Mizrahim (מִזְרָחִים) merupakan diaspora Yahudi yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika Utara. Mereka setidak-tidaknya bertutur dalam bahasa Yahudi-Arab ataupun Judeo-Arab, di mana contoh perkataan dalam perkataan tersebut adalah “Wakamazzalem” yang bermaksud “Semoga mereka tidak bertuah”. Mereka secara tradisinya berbahasa Yahudi-Arab (Judeo-Arabic). Istilah Mizrahi berasal daripada perkataan Mizrah (מזרח) yang bermaksud “Timur”. Pada zaman moden, Sarit Hadad yang merupakan penyanyi di Israel adalah antara orang Yahudi berketurunan Mizrahi.

Kemudian, Cochin adalah antara pecahan dalam kaum Yahudi. Cochin ataupun nama asalnya dalam bahasa Ibrani, Kochinin (ין ‘קוצ) merupakan diaspora Yahudi yang berasal dari Kerala, India. Mereka setidak-tidaknya bertutur dalam bahasa Yahudi-Malayalam ataupun Judeo-Malayalam, di mana contoh perkataan dalam bahasa berkenaan adalah “śalōṃ” yang bermaksud “Sejahtera”. Istilah “Cochin” diambil sempena nama Kerajaan Cochin (500-1949) di selatan India. Pada zaman moden, Yaheh Hallegua yang merupakan rakyat biasa adalah antara orang Yahudi berketurunan Cochin.

Seterusnya, Kaifeng adalah antara pecahan dalam kaum Yahudi. Kaifeng merupakan diaspora Yahudi yang berasal dari Kaifeng iaitu nama sebuah bandar di Henan, China. Mereka setidak-tidaknya bertutur dalam bahasa Yahudi-Cina ataupun Judeo-Chinese di mana contoh perkataan dalam bahasa berkenaan adalah “ngîn (עִ֣׳ין)” yang bermaksud “orang”. Pada zaman moden, Li Chengjin yang merupakan rakyat biasa adalah antara orang Yahudi berketurunan Kaifeng.

Akhir sekali, B’nai Moshe adalah antara pecahan dalam kaum Yahudi. B’nai Moshe merupakan diaspora Yahudi yang berasal dari Peru. B’nai Moshe secara harfiahnya bermaksud “Anak-anak Musa”. Pada zaman moden, Yehudit Jaksa adalah antara orang Yahudi berketurunan B’nai Moshe.

Kesimpulannya, itu adalah antara pecahan dalam kaum Yahudi. Amerika Syarikat, Israel dan Kanada adalah tiga negara yang mempunyai bilangan penduduk Yahudi yang teramai di dunia. Keturunan Ashkenazi, Sefardi, Mizrahi, Cochin, Kaifeng dan B’nai Moshe masing-masing mewakili sekitar 11 juta, 2 juta, 3 juta, 8000, 1000 dan 1000 orang  di seluruh dunia. Selain bahasa Ibrani dan bahasa-bahasa tersebut, terdapat banyak bahasa dituturkan mereka bergantung kepada negara yang mereka duduki serta tahap pendidikannya.

RUJUKAN:

Blessings and Curses of Judeo-Arabic. Retrieved July 6, 2019 from https://www.jpost.com/Blogs/Clash-of-Cultures/Blessings-and-curses-of-Judeo-Arabic-426338

10 Countries With the Largest Jewish Populations, 2010 and 2050. Retrieved July 6, 2019 from https://www.pewforum.org/2015/04/02/jews/pf_15-04-02_projectionstables137/

Israel Returns To Peru With New Outreach To The Bnei Moshe. Retrieved July 6, 2019 from https://shavei.org/shavei-israel-returns-to-peru-with-new-outreach-to-the-bnei-moshe/

Campaign Kaifeng: Meet Li Chengjin. Retrieved July 6, 2019 from https://shavei.org/campaign-kaifeng-meet-li-chengjin/

Universal Declaration of Human Rights (Article 1). Retrieved July 6, 2019 from https://omniglot.com/udhr/sinotibetan.htm#chinese

Blessings and curses of Judeo-Arabic. Retrieved July 6, 2019 from https://www.jpost.com/Blogs/Clash-of-Cultures/Blessings-and-curses-of-Judeo-Arabic-426338

Sephardic Actors and Actresses. Retrieved July 6, 2019 from https://www.imdb.com/list/ls034428091/

Ladino Phrase in Omniglot. Retrieved July 6, 2019 from https://www.omniglot.com/language/phrases/ladino.htm

Yiddish Phrase in Omniglot. Retrieved July 6, 2019 from https://www.omniglot.com/language/phrases/yiddish.php

Actresses with Ashkenazi Jewish Heritage. Retrieved July 6, 2019 https://www.imdb.com/list/ls027564245/

Global Religious Futures – Jews. Retrieved July 6, 2019 from http://www.globalreligiousfutures.org/religions/jews

Encyclopaedia Britannica – Hebrew  (People). Retrieved July 6, 2019 from https://www.britannica.com/topic/Hebrew

Israelite Origins And Kingdom. Retrieved July 6, 2019 from https://books.google.com/books?id=bfsuicMmrE0C&pg=PA1

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.