Darkhad merupakan satu suku Monggol yang hidup di wilayah utara Monggolia. Secara khusus, suku ini menetap di Ulaan-Uul, Renchinilkhumbe, Tsagaannuur, dan Bayanzurkh di Khovsgol, Monggolia. Tiga daripada empat daripada ini merangkumi sebahagian daripada Lembah Darkhad, yang dinamakan sedemikian bersempena nama suku tersebut. Darkhad mengamalkan gaya hidup nomad dan masih mewarisi tradisi turun-temurun. Lebih daripada itu, mereka turut berperanan memelihara relik-relik Genghis Khan sejak sekian lama.

LATAR BELAKANG SUKU DARKHAD

Darkhad dipercayai sebagai keturunan Bo’orchu dan Muqali, dua orang panglima Genghis Khan yang diberikan penghormatan untuk menjaga makam Khan Agung itu sesudah kematiannya pada tahun 1227M. Walaupun lokasi sebenar mak4m Genghis Khan kekal rahsia tanpa seorang pun mengetahui, Darkhad tetap jua memelihara relik-relik beliau.

Tugu Genghis Khan

Walau bagaimanapun, hanya segelintir sahaja anggota suku Darkhad yang terlibat dalam tradisi tersebut. Kebanyakan anggota suku yang lain mengerjakan hal-hal lain bagi melangsungkan hidup. Ramai juga mengekalkan gaya hidup nomad dan bergantung hidup pada ternakan haiwan.

Suku Darkhad hidup dalam ger (atau yurt dalam bahasa Monggolia), yang boleh didirikan dan dibongkar dengan mudah. Penggunaan ger ini dikira amat efisien memandangkan suku Darkhad perlu berpindah-randah mencari kawasan subur.

Gambar tahun 1897 yang memaparkan sebahagian anggota suku Darkhad yang memelihara permakaman Genghis Khan

Bagi anggota suku Darkhad yang bertanggungjawab memelihara relik-relik Genghis Khan, pada hari ini tugas tersebut dijalankan di Mausoleum Genghis Khan yang terletak di Ordos, Monggolia Dalam.

Namun, keadaan sedemikian hanya bermula pada era kebelakangan memandangkan mauseloum tersebut baru sahaja dibina pada kurun ke-20 sedangkan suku Darkhad sudah pun menjadi pemelihara relik Genghis Khan sejak 800 tahun yang lalu.

RELIK-RELIK GENGHIS KHAN

Sebelum kompleks permakaman tersebut dibina, relik-relik Genghis Khan disimpan di dalam lapan buah ger putih. Anak keempat Genghis Khan, iaitu Tolui (bapa kepada Kublai Khan) merupakan individu yang memulakan tradisi pemeliharaan relik ini. Menurut sumber tempatan, Kublai Khan inilah yang kemudiannya membina lapan buah ger terawal bagi menyimpan relik-relik Genghis Khan dan untuk tujuan itu, kira-kira 500 buah keluarga dari suku Darkhad dipilih bagi memelihara relik-relik keramat berkenaan.

Menurut kepercayaan masyarakat Monggol, walaupun jasad seseorang itu sudah mat1, r*hnya masih terus hidup secara khusus dalam barangan milik si m4ti. Oleh kerana itu, relik-relik Genghis Khan tidak dipandang sebagai barangan biasa, sebaliknya ia menyimpan ruh Khan Agung itu sendiri.

Yurt Khazah yang dikenali sebagai ‘ger’

Terdapat pelbagai macam relik yang disimpan di dalam ger tersebut. Antara relik paling utama adalah Suledu, iaitu senjata yang bentuknya seperti trisula. Menurut legenda, pada suatu ketika semasa pasukan Genghis Khan mengalami kekalahan, beliau memanjatkan permohonan meminta pertolongan daripada dewa-dewa. Secara tiba-tiba, muncul suatu cahaya yang menyilaukan di dada langit dan tanpa semena-mena, Suledu hadir berapungan di atas kepala para t3ntera.

Genghis Khan lantas memerintahkan para panglimanya untuk mengambil senj4ta tersebut, namun tiada seorang pun yang berjaya. Maka, Khan Agung mengangkat sumpah untuk meng0rbankan 1000 ekor kuda dan 10 000 ekor kambing khas untuk senj4ta itu. Setelah itu, barulah Suledu berjaya diturunkan.

Satu lagi relik yang mungkin tersimpan di dalam geri ini adalah sehelai bulu unta yang kononnya menyimpan nafas terakhir Genghis Khan. Menurut kepercayaan tradisi, semasa Genghis Khan sedang bertarung dengan maut di perbaringannya, seorang dukun mencabut sehelai bulu dari dahi unta jantan putih lalu meletakkannya di dalam mulut Khan Agung itu.

Selepas bulu tersebut ‘menyedut’ nafas terakhir Genghis Khan, ia diletakkan di dalam sebuah uncang dan berkemungkinan uncang tersebut disimpan di dalam sebuah ger yang dipelihara oleh suku Darkhad.

PERM4KAMAN GENGHIS KHAN

Berkurun-kurun lamanya, relik-relik Genghis Khan terus disimpan di dalam kesemua ger yang dibina dan dilindungi oleh suku Darkhad. Hanya pada tahun 1954, barulah sebuah bangunan didirikan bagi menggantikan kefungsian lapan buah ger putih itu.

Pembinaan tempat keramat ini berjaya disiapkan dua tahun kemudian, namun ia dihancurkan semasa berlakunya Revolusi Budaya. Tidak lama kemudian, Permakaman Genghis Khan dibina semula pada awal 1980an. Tentunya, suku Darkhad terus berkhidmat sebagai pemelihara relik-relik Genghis Khan.

Pada tahun 2005, kerajaan berhasrat untuk melakukan pengubahsuaian berskala besar pada kompleks perm4kaman tersebut. Walau bagaimanapun, suku Darkhad mendakwanya sebagai suatu cubaan untuk menjadikan tempat keramat itu sebagai taman teman yang bertujuankan pelancongan.

Pun begitu, mereka hanya berhasil menangguhkan pelaksanaan perancangan itu tanpa dapat menghentikannya. Kerja-kerja pengubahsuaian tetap juga diteruskan dan ia siap dalam tempoh dua tahun.

Permakaman Genghis Khan berhampiran Ordos, Monggolia Dalam

RUJUKAN :

Wu Mingren. (22 Februari 2019). The Darkhad: Guardians of the Soul of Genghis Khan. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/darkhad-0011527


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.