1. SUHAKAM (atau wakilnya) kata tidak boleh tangkap Syiah kerana Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan (“PP”) kata Islam agama persekutuan tanpa nyatakan Islam Sunni atau Syiah. Jadi Syiah juga ada hak untuk diamalkan. Katanya.

2. Tinggalkan hujah agama yang berangkai-rangkai sebentar. Bukannya mereka mahu faham pun.

3. SUHAKAM yang memperjuang hak asasi itu mungkin terlupa bahawa penahanan Syiah dibuat oleh Jabatan Agama NEGERI. Dibawah kuasa ENAKMEN NEGERI.

4. SUHAKAM yang memperjuang hak asasi itu juga mungkin lupa bahawa PP memperuntukkan perihal agama Islam termasuk penentuan hukum syarak agama adalah dibawah KUASA NEGERI.

5. ENAKMEN NEGERI pula beri kuasa kepada Mufti/Jawatankuasa Fatwa untuk kaji dan buat fatwa bagi memelihara kesucian aqidah dan agama.

6. Mufti/Jawatankuasa Fatwa yang membuat fatwa ini adalah pakar dalam agama. Bukan calang-calang.

7. Maka, Mufti/Jawatankuasa Fatwa boleh memfatwa Islam Syiah sebagai sesat dan Dewan Undangan NEGERI berhak membuat ENAKMEN NEGERI untuk menjadikan siapa yang mengingkar fatwa sebagai melakukan kesalahan. Dan boleh ditahan dan didakwa.

8. Maka apa salahnya penahanan Syiah? PP bagi kuasa kepada Negeri, Negeri beri kuasa kepada Mufti. Negeri buat undang-undang bahawa mengingkar fatwa adalah salah.

9. Tetapi SUHAKAM hanya mahu baca Artikel 3 PP sahaja.

10. Sudah ramai orang yang beriman separuh kitab dan kufur dengan separuh yang lain. Takkanlah SUHAKAM yang memperjuang hak asasi itu mahu “beriman” dengan separuh Perlembagaan Persekutuan dan “kufur” dengan separuhnya pula?

11. Kalau mahu pertikai, hapuskan kuasa NEGERI dulu daripada PP, dan hapuskan semua ENAKMEN NEGERI berkenaan.

12. Barulah boleh nak buat apa pun yang anda suka. https://www.malaysiakini.com/news/491684

YUSFARIZAL YUSSOFF
ADVOCS
Advance | Vocal | Sincere
—————————————

Sebagai sokongan kepada advokasi isu semasa, undang-undang dan agama, sila like dan share Page Advocs seperti link dibawah https://www.facebook.com/advocs/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.