Sebut saja spesies sefalopod, ramai membayangkan sotong atau sotong kurita yang berupaya melarikan diri daripada mana-mana spesies haiwan pemangsa laut. Tetapi pada masa lalu, nenek moyang sefalopod ini pernah mempunyai cangkerang. Dan saintis percaya cangkerang tersebut hilang akibat evolusi perubahan strategi sefalopod mengelak menjadi sasaran haiwan pemangsa.

Perubahan ini berlaku pada satu tempoh yang dikenali sebagai Revolusi Marin Mesozoik. Pada ketika itu, reptilia marin, sesetengah ikan dan haiwan pemangsa lain mula muncul di laut-laut. Ini memaksa spesies hidupan yang wujud ketika itu mengalami evolusi untuk melindungi diri mereka. Evolusi ini sama ada mempunyai cangkerang keras atau mempunyai strategi mengelak lain untuk membantu mereka terus hidup.

Promosi pra-tempah kami dah dilanjutkan sampai 7.2.2022. Ayuh dapatkan segera di: https://bit.ly/PraTempah

Ahli paleobiologi Universiti Bristol, Jakob Vinther melihat tempoh ini sebagai tempoh kepupusan nenek moyang sotong dan sotong kurita yang mempunyai cangkerang. Spesies-spesies ini digantikan oleh spesies sefalopod yang kita saksikan hari ini kira-kira 160 hingga 100 juta tahun yang lalu. Sebabnya mudah, spesies sefalopod yang seterusnya lebih anjal dari segi pergerakan sekaligus membantu mereka menangkap mangsa atau melepaskan diri daripada pemangsa.

Tambah Vinther lagi, tanpa cangkerang, nenek moyang sefalopod ini mampu bergerak lebih pantas daripada spesies sefalopod yang mempunyai cangkerang. Ini memberi peluang lebih besar kepada spesies ini untuk melarikan diri. Sementara sefalopod bercangkerang pula pantas menjadi sasaran haiwan pemangsa ketika itu.

Saintis mengetahui hal ini menerusi perbandingan fosil dan analisis jam molekular. Analisis jam molekular ialah analisis tempoh mutasi yang terkumpul dalam sesebuah bahan genetik. Dengan mengira bilangan mutasi per sejuta tahun dan melihat bagaimana ia berbeza mengikut kumpulan tertentu, ia memudahkan saintis menentukan bila sesebuah evolusi itu berlaku.

Setiap buku pra-tempah yang lewat sampai ke tangan anda akan menerima face-mask ini. Tempah sekarang di: https://bit.ly/PraTempah

Analisis jam molekular pada sotong dan sotong kurita mendapati wujud ketidaktentuan dalam analisis berkenaan semasa tempoh Revolusi Marin Mesozoik. Menurut ahli biologi molekular Universiti Bristol, Alastair Tanner, analisis ini turut disokong oleh bukti-bukti fosil. Ini secara ringkas sudah cukup untuk menceritakan perihal evolusi spesies sefalopod yang kita kenali hari ini.

RUJUKAN

Geggel, L. (2017, 2 Mac). Why the Octopus Lost Its Shell. LiveScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply