Selepas tamat Per*ng Dunia Pertama, kerajaan Jerman telah dipaksa untuk membayar kepada kerajaan Perancis sejumlah wang yang besar tetapi mereka enggan membayarnya.

Akibatnya nilai matawang Jerman telah menyusut dengan teruknya dan negara telah dilanda inflasi. Namun, rakyatnya tetap menyokong kerajaannya dan memuji ketegasan Jerman menentang Perancis.

Malangnya pada September 1923, kerajaan Jerman terpaksa akur dengan kehendak Perancis dan mula membayar balik hutang mereka. Ini telah membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya puak pelampau di wilayah Bavaria.

Parti NAZl dan kumpulan politik yang lain mengambil kesempatan diatas ketegangan yang sedang berlaku. HitIer yang semakin terdesak untuk memegang pucuk pimpinan parti sedar bahawa beliau perlu mengambil tindakan segera.

Ketika itu, parti NAZl yang mempunyai 55,000 ahli, merupakan parti politik yang terbesar di Jerman dan mempunyai sistem dan struktur organisasi yang paling terbaik berbanding dengan parti-parti lain.

Perjanjian Versailles, yang mengakhiri Per*ng Dunia Pertama, menjadi ‘sijil m*ti’ terhadap kekuatan dan prestij Jerman. Seperti orang Jerman yang lain pada masa itu, HitIer (yang masih memegang kewarganegaraan Austria pada masa itu) percaya bahawa perjanjian itu adalah satu pengkhianatan, negara itu telah “ditikam dari belakang” oleh pemerintahnya sendiri, lebih-lebih lagi sebelum itu Tentera Jerman dianggap popular dan tidak pernah dikalahkan di lapangan.

Warga Jerman menganggap negara mereka telah dikhianati oleh pemimpin sivil dan golongan Marxist, yang kemudiannya digelar sebagai “Penjenayah November”.

HitIer terus kekal di dalam pasukan tentera di Munich, setelah Per*ng Dunia Pertama. Dia mengambil bahagian dalam pelbagai kursus “pemikiran nasional”. Kursus-kursus ini telah diatur oleh Jabatan Pendidikan dan Propaganda Tentera Bavaria, di bawah Kapten Karl Mayr, di mana HitIer dilatih menjadi ejen.

Kapten Mayr memerintahkan HitIer, yang ketika itu Gefreiter tentera (bukan setara dengan lans koperal tetapi kelas khas swasta) dan pemegang Iron Cross, First Class, untuk menyusup masuk ke dalam parti kecil Deutsche Arbeiterpartei (DAP atau Parti Pekerja Jerman).

HitIer menyertai parti DAP pada 12 September 1919. Dia menyedari bahawa dia memiliki banyak persefahaman dengan prinsip-prinsip dasar DAP, dan dia berjaya mendaki kedudukan tertinggi parti dalam suasana politik huru-hara selepas per*ng di Munich.

HitIer mengambil alih dominasi kepimpinan sebuah gagasan politik yang mengumpulkan sejumlah “persatuan patriotik” (revanchis) Bavaria, yang digelar sebagai Kampfbund. Gagasan politik ini disertai beberapa parti-parti politik sosialis dan nasionalis Bavaria, ia turut mer*ngkumi sekitar 15,000 anggota Sturmabteilung (SA), sebagai kumpulan sayap paramiliter NSDAP.

APA ITU STURMABTEILUNG?

Sturmabteilung, yang bermaksud ‘Batalion Penyerbu’ (Storm Battalion atau akronimnya SA) – juga dikenali sebagai Brownshirts atau Storm Troopers, adalah kumpulan paramiliter yang ganas yang merupakan salah satu sayap bersenjata Parti NAZl ketika zaman pra-Per*ng Dunia Kedua di Jerman.

SA memainkan peranan dalam kebangkitan NAZl dan mula dikurangkan operasinya semasa Per*ng Dunia Kedua. Mereka sangat terkenal kerana kaedah operasi mereka yang melangkaui undang-undang dan penindasan yang mereka lakukan terhadap golongan kiri dan penduduk Yahudi Jerman.

Itulah keistimewaan yang dimiliki oleh SA, mereka bebas tidak terikat dengan pasukan tentera biasa, namun dek kerana sentimen anti-kapitalis yang dipegang ketuanya, Ernst Röhm, SA akhirnya dibubarkan atas arahan HitIer sendiri.

KEMUNCULAN STURMABTEILUNG

Adolf HitIer membentuk gerakan SA di Munich pada tahun 1921, dia menyerap ramai anggota dari saki baki bekas anggota tentera pasukan anti-kiri dan anti-demokratik yang gagah demi menaikkan moral dan semangat kepada para pemuda Parti NAZl.

Mereka dikenali melalui penampilan imej mereka yang sinonim dengan pakaian seragam yang berwarna coklat, hampir mirip dengan ‘Blackshirts’  sebagai simbol fasis dibawah perintah Benitto Mussolini.

Unit SA ini berfungsi sebagai pasukan ‘kawalan’ keselamatan di mana-mana majlis, perhimpunan dan perjumpaan pemimpin bersama ahli NAZl, mereka beroperasi dengan ancaman dan kekerasan secara ter*ng-ter*ngan untuk mendapatkan sokongan pemimpin lain dan mengatasi musuh politik HitIer.

Ernst Röhm dijadikan pemimpin tertinggi pasukan SA setelah mengambil bahagian dalam cubaan kudeta Beer Hall Putsch pada tahun 1923 (juga dikenali sebagai Munich Putsch).

Ia merupakan sebuah cubaan rampasan kuasa yang gagal dalam pemberontakan golongan nasionalis-sosialis terhadap pemerintah Republik Weimar dimana HitIer mengetuai kira-kira 600 anggota Blackshirts dalam pertemuan antara Perdana Menteri Bavaria dan 3,000 warga tempatan.

Röhm pernah mengangkat senjata dan bertemp*r dalam Per*ng Dunia Pertama, hinggalah beliau berjaya menjadi kapten, dan kemudian menyertai Divisyen Freikorps, sebuah kumpulan nasionalis sayap kanan yang aktif semenjak tahun-tahun awal Republik Weimar.

Divisyen Freikorps, yang secara rasminya berakhir kerana ‘ditamatkan’ pada tahun 1920, telah bertanggung jawab atas kes-kes pembun*han terhadap golongan kiri terkemuka seperti Rosa Luxemburg.  Bekas anggota membentuk sebahagian besar dari peringkat awal SA.

Ketika SA di bawah arahan Röhm, iaitu pada tahun 1933, hanya satu dekad setelah Rusuhan Bierkeller-Putsch yang gagal, anggota SA sahaja berjumlah hampir dua juta orang, iaitu dua puluh kali ganda lebih besar daripada tentera Jerman sendiri dan mula menimbulkan kebimbangan hingga ke peringkat tertinggi kerajaan.

RUSUHAN BIERKELLER-PUTSCH

Beer Hall Putsch/Bierkeller-Putsch/Munich Putsch/HitIerputsch adalah satu cubaan rampasan kuasa melalui rusuhan yang diilhamkan dari perjuangan epik Mustafa Kemal Ataturk bersama Himpunan Kebangsaan Turki di Ankara bagi menentang penjajah British, dan turut diilhamkan dari kemaraan Benito Mussolini yang berjaya di Rom hingga ia dikenali sebagai March on Rome.

Bahkan HitIer mengatakan pada ulang tahunnya yang ke-50 kepada delegasi ahli politik Turki: “Atatürk adalah seorang guru;  Mussolini adalah muridnya yang pertama dan saya muridnya yang kedua.” Dari 22 hingga 29 Oktober 1922. HitIer dan rakan-rakannya merancang untuk menggunakan Munich sebagai markas untuk menentang pemerintah Republik Weimar Jerman.

Tetapi keadaan di Jerman berbeza dengan keadaan di Itali dan Turki, HitIer menyedari bahawa Ketua Menteri Negeri, Von Kahr hanya berusaha mengawalnya dan tidak bersedia untuk bertindak menentang pemerintah pusat di Berlin.

HitIer ingin merebut peluang pada saat kritikal penuh pergolakan itu dengan meraih sokongan popular yang berjaya. Dia memutuskan untuk mengambil keputusannya sendiri. HitIer, bersama dengan satu angkatan besar SA, berarak di Bürgerbräukeller, di mana Kahr membuat pidato di hadapan 3,000 orang.

Rancangan awal HitIer ialah mahu menculik Ketua Menteri Bavaria dan ahli tertinggi kerajaan yang berada di sana dan memaksa mereka untuk menyertai pemberontakan terhadap kerajaan demokratik Jerman.

Dia tahu bahawa seramai 3,000 ahli kerajaan Bavaria akan mengadakan perjumpaan di Bürgerbräu Keller, sebuah dewan minum di Munich (dari sini lah rusuhan ini mendapat namanya). Oleh itu, beliau mengarahkan pasukan penggemp*r SA untuk mengepung dewan tersebut.

Sewaktu Gustav von Kahr, ketua menteri Bavaria sedang berucap, Adolf HitIer dan pasukan SA yang bersenjata menceroboh masuk kedalam bangunan itu. Kemudian HitIer memaksa Gustav von Kahr, Otto von Lossow, iaitu panglima tentera Bavaria dan Hans von Lossow, ketua Polis negeri Bavaria masuk ke bilik yang berlainan.

Selepas itu HitIer memberitahu mereka bertiga bahawa beliau akan menjadi pemimpin baru Jerman dan menawarkan mereka jawatan tertinggi dalam ‘kerajaannya’. Pada mulanya mereka enggan bekerjasama kerana tidak mahu menjadi pengkhianat kepada negara.

Selepas itu Jeneral Erich Ludendorff, seorang veteran pahlawan Per*ng Dunia Pertama cuba memujuk mereka. Akhirnya mereka bersetuju untuk bersepakat dengan HitIer dan dihadapan para pegawai kerajaan yang lain mereka memberi sokongan yang penuh kepada puak pemberontak.

HitIer amat gembira apabila mendapat sokongan mereka dan mula percaya rancangannya untuk menjadi pemimpin Jerman akan menjadi kenyataan. Tetapi beliau telah diberitahu bahawa rancangan mengepung berek tentera Jerman berhadapan masalah. Oleh itu beliau terus bergegas ke sana.

Tindakannya itu ternyata merupakan satu kesilapan. Tanpa keberadaannya, pemberontak yang berada di dewan itu menjadi kucar-kacir. Ketiga-tiga pegawai tertinggi yang ditahan tadi berjaya melepaskan diri setelah berjanji untuk setia kepada kerajaan HitIer. HitIer pula gagal menawan berek tentera Jerman dan ke dewan itu lalu mendapati tebusannya telah berjaya melarikan diri.

Beliau mula sedar rancangannya telah gagal tetapi Erich Ludendorff meyakinkan beliau bahawa jika mereka bersama-sama berarak ke Munich, mereka akan berjaya merampas kuasa kerajaan. Erich begitu yakin tiada siapa yang akan menembaknya, malah pihak polis atau tentera di sana juga mungkin turut serta dengan pemberontakan pihak NAZl.

Adolf HitIer yang hampir berputus asa itu terpaksa bersetuju dengan rancangan Erich. Lalu dengan pasukan separa tenteranya seramai 3,000 orang berarak menuju ke ibu negara Jerman iaitu Berlin untuk menumbangkan kerajaan.

Walaupun begitu, Ketua Menteri Bavaria serta pegawai kerajaan yang lain telah berpaling tadah dan berusaha untuk menggagalkan rampasan kuasa tersebut.

HitIer telah tersilap strategi kerana tidak mengarahkan pasukannya untuk menawan pusat komunikasi utama seperti stesen radio dan pejabat telegraf. Pada keesokan harinya, Ketua Menteri Bavaria telah melengahkan rampasan kuasa tersebut dan mengharamkan parti NAZl yang berpengkalan di sana.

Selain itu, kerajaan Bavaria dengan segera telah memberi amaran kepada pemerintahan pusat negeri tersebut mengenai rancangan HitIer. Oleh itu, pihak berkuasa di Munich telah bersedia untuk menumpaskan rampasan kuasa itu.

Apabila penyokong HitIer tiba di Munich mereka telah bertembung dengan pasukan polis di sana. Pertemp*ran sengit kemudiannya berlaku antara pihak NAZl dengan pihak berkuasa Munich.

Dalam beberapa minit sahaja, 21 orang (termasuk 16 ahli NAZl) terbun*h dan beberapa ratus orang tercedera. HitIer berjaya melepaskan diri tetapi akhirnya beliau bersama pegawai tertingginya telah ditangkap.

Dua hari selepas kudeta yang gagal itu, HitIer ditangkap dan didakwa dengan tuduhan pengkhianatan tinggi di Mahkamah Rakyat khas.

Beberapa rakan konspirasinya, termasuk Rudolf Hess, juga ditangkap, sementara yang lain, termasuk Hermann Göring dan Ernst Hanfstaengl, melarikan diri ke Austria. Ibu pejabat Parti NAZl diserbu, dan surat khabar NAZl, Völkischer Beobachter (The People’s Observer), diharamkan.

PERBICARAAN TERHADAP HITL*R

Ramai yang menyangka rampasan kuasa yang gagal itu telah menamatkan riwayat parti NAZl. Tetapi HitIer telah menggunakan kesempatan tersebut untuk menyebarkan ideologinya kepada seluruh rakyat jelata.

Dalam masa yang singkat, HitIer telah menjadi seorang yang terkenal disebabkan liputan media yang meluas. Para hakim dalam perbicaraannya telah dipilih oleh seorang yang pro-NAZl dalam kerajaan Bavaria. Mereka membenarkan beliau menggunakan mahkamah sebagai pentas untuk menyebarkan propaganda kepada rakyat.

Sewaktu perbicaraan dijalankan, HitIer yang sememangnya bijak berpidato telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai aspirasi parti NAZl. Rakyat yang pada waktu itu tidak mengenali HitIer, mula sedar tentang beliau dan partinya.

Malah mereka suka dengan personalitinya yang hebat serta hujahnya yang bernas. Antara lain mereka bersetuju dengannya bahawa kerajaan yang “menikam mereka dari belakang” harus dijatuhkan. Mereka terpengaruh dengah kata-katanya yang penuh bersemangat.

Akhirnya, HitIer dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dengan 6 bulan berikat jamin. Manakala pegawai-pegawai lain diberikan hukuman yang ringan. Namun demikian, beliau dilepaskan dari penjara selepas 8 bulan.

Sewaktu HitIer dipenjarakan, dia telah mengarang bukunya yang bertajuk Mein Kampf yang kemudiannya menjadi bahan bacaan paling popular di Jerman. Selepas peristiwa yang memalukan tersebut, beliau berikrar untuk mendapat kuasa dengan cara yang lebih demokratik.

KEBANGKITAN SI BAJU KOKO

Selepas kegagalan kudeta Beer Hall Putch, SA turut terlibat dalam banyak pertemp*ran jalanan yang ganas dalam menentang pasukan komunis. Jumlah keanggotaannya kian meningkat hingga mencecah ribuan anggota bersenjata pada tahun 1920-an hingga 1930-an.

Walaupun Röhm pernah meninggalkan Parti NAZl dan negara Jerman, namun pada akhir tahun 1920-an, dia kembali bagi memimpin pasukan Brownshirts pada tahun 1931 bahkan kepulangan Röhm menjadikan jumlah keanggotaan meningkat sehingga 3 juta hanya dalam masa 2 tahun.

Penindasan secara kejam yang dilaksanakan oleh SA terhadap kaum Yahudi dan penyokong komunis berlaku secara tidak terkawal, namun beberapa tafsiran Ernst Röhm mengenai ideologi NAZl adalah jelas cenderung ke arah fahaman sosialistik.

Maka fahamlah disitu bahawa idea menjulang sosialisme ini amat bertentangan dengan prinsip HitIer, bahkan Röhm turut menyokong tindakan protes secara mogok oleh golongan kelas pekerja, bahkan mereka menyer*ng pengawal yang cuba menghentikan mogok.

AYAM TAMBATAN YANG DIKHIANATI

Dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan terkuat dan mendominasi kuasa tertinggi, HitIer memilih untuk memihak kepada perancangan agenda yang lebih besar dan bukannya menyokong Röhm dan golongan kelas pekerja.

Pada 30 Jun 1934, peristiwa “Malam Pisau Yang Panjang” tercetus dalam satu plot ‘pembersihan’ politik yang berdar*h menyasarkan pegawai dan anggota barisan SA, di mana Röhm dan pegawai-pegawai senior Brownshirts, dianggap terlalu sosialis atau tidak cukup setia untuk Parti NAZl yang baru ditubuhkan.

Rasa syak wasangka dan tidak percaya terhadap SA oleh SS ini menghalang SA untuk tidak mendapatkan kembali sebarang peranan penting dalam Parti NAZl. Organisasi ini secara rasmi dibubarkan pada tahun 1945 ketika Jerman jatuh ke Kuasa Bersekutu.

HitIer juga cukup bijak untuk memahami bahawa dia tidak akan mendapat kuasa sepenuhnya Jerman jika tanpa sokongan tentera. Selanjutnya, dia menyedari bahawa SA menjadi semakin tidak berguna untuk tugas hakiki mereka iaitu untuk menggertak penduduk yang menentang mereka.

Sudah tiada keperluan lagi untuk meneruskan SA kerana semakin ramai orang yang mula patuh kepada arahan HitIer. Oleh itu, dia memutuskan untuk mengkhianati penyokongnya yang paling fanatik dengan kejam demi kepentingannya sendiri.

Pegawai-pegawai NAZl berpangkat tinggi yang lain hanya bersemangat mahu menggulingkan Röhm demi meningkatkan kedudukan mereka sendiri di dalam parti. Göring, Goebbels, Hess, Himmler, dan Heydrich bekerja tanpa lelah untuk meyakinkan Führer bahawa rakan karibnya sedang merancang untuk mengkhianatinya dan merebut kekuasaan untuk dirinya sendiri yang disokong oleh berjuta-juta tentera yang dia miliki di bawah pimpinannya iaitu Sturmabteilung.

Akibatnya, pada 30 Jun 1934, HitIer memerintahkan “tentera politik” parti NAZl yang dikenali sebagai SS (Schutzstaffel) untuk melakukan “pembersihan dar*h” SA (Sturmabteilung).

Dalam peristiwa yang digelar sebagai “The Night of The Long Knives”, para pemimpin SA yang sudah berkumpul di sebuah hotel Bavaria untuk menghadiri satu jamuan sebaliknya ditangkap dan dihantar kepada skuad penembak di sebuah penjara di Munich.

Selain dari itu, mereka yang diserbu ketika sedang tidur di rumah atau hotel, ada may*tnya yang hancur di tempat tidur mereka akibat ditembak bertubi-tubi, kadang-kala mereka dibun*h bersama pasangan dan ahli keluarga.

HitIer bertekad untuk menyingkirkan siapa saja yang mungkin menimbulkan ancaman berpotensi terhadap kedudukannya sendiri di masa hadapan.

Manakala bagi Röhm sendiri, dia dibawa ke sel penjara dan diberi peluang untuk membun*h dirinya sendiri tetapi dia menolak, lalu akhirnya dia dibun*h dengan tembakan pistol. Angka kem*tian rasmi Malam Pisau Yang Panjang disenaraikan sebanyak 85 orang, tetapi dianggarkan setinggi 400 orang oleh beberapa sumber.

Tampuk kepimpinan baharu SA diberikan kepada Viktor Lutze, iaitu individu sama yang telah memaklumkan kepada HitIer mengenai kegiatan hasutan yang dilakukan oleh Röhm. Lutze mengetuai SA sehingga kem*tiannya pada tahun 1943.

Selepas proses “pembersihan” komunis diselesaikan, pengaruh SA mula berkurangan baik dari segi jumlah keanggotaan dan kepentingannya.

Walaupun begitu, masih ada kritikan berkaitan tindakan yang ganas terhadap orang Yahudi, terutamanya semasa peristiwa Kristallnacht pada 9-10 November 1938.

Selepas peristiwa Kristallnacht, SS (Schutzstaffel) mengambil alih kedudukan dan peranan Brownshirts, yang kemudian diturunkan peranannya ke tenaga pengajar sekolah latihan untuk tentera Jerman.

Dalam beberapa tahun berikutnya, setelah kem*tian Hindenberg, penguasaan HitIer ke atas Jerman semakin menjadi kuasa mutlak, dan dunia sedang menuju ke satu lagi per*ng yang paling dahsyat, lebih dahsyat berbanding Per*ng Besar (Per*ng Dunia Pertama).

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.