Tahukah anda? Pemerintah Empayar Uthmaniyyah yang terakhir memiliki kvasa mutlak sepenuhnya, Sultan Abdülhamid II dianggap sebagai, atau mungkin benar-benar merupakan seorang maharaja yang ‘introvert’.

Tetapi ia tak berlaku secara semulajadi. Baginda mula merasa tidak selesa dan hilang kepercayaan terhadap semua orang dan dunia di luar istana semenjak mengalami beberapa siri cubaan bvnvh yang gagal dilakukan terhadapnya.

Abdülhamid Khan semasa masih lagi seorang Shahzade, pada awalnya merupakan seorang pemuda yang gemar bersosial dan sangat meminati seni terutamanya fotografi dan pertukangan kayu.

Kesan dari perubahan sifat Abdülhamid dari seorang yang gemar mengembara kepada seorang yang ‘introvert’ membawa kepada pengambilan langkah-langkah kawalan keselamatan yang khusus.

Baginda amat berwaspada dan teliti sehingga baginda mampu menyingkirkan per1sik-per1sik mvsvh yang berada di dalam persekitaran hidupnya sendiri termasuklah dari dalam istana.

Kemuncak kepada p3r4ng psikologi ini akhirnya melahirkan Yıldız Istihbarat Teşkilatı (Perkhidmatan Perisikan Yildiz) yang ditubuhkan oleh Sultan Abdülhamid II.

Organisasi ini membina rangkaian perisikan yang bermula dari istana kepada pegawai risikan dari pelbagai latarbelakang, antaranya adalah ketua polis, golongan Darwisy Sufi, guru, pengemis, pegawai daerah, hinggalah ke para gundik dan sid4-sid4 yang dihadiahkan dengan tujuan tertentu.

Abdülhamid mampu membina rangkaian sebesar begini kerana baginda percaya, untuk mendapatkan pegawai yang terbaik, kesetiaan jadi keutamaan, untuk mendapatkan kesetiaan, dia percaya kepada konsep “Cash Is King”.

Kemuncak tertinggi dan tersulit sepanjang Perkhidmatan Perisikan Yildiz berkhidmat adalah ketika penemuan beberapa laporan risikan yang dikirim kepada Istana tetapi ditulis oleh individu yang merupakan anggota gerakan Turki Muda, penemuan ini membawa kepada persepsi bahawa Abdülhamid memasang begitu ramai perisik di dalam Turki Muda tetapi masih gagal menyelamatkan takhta baginda dari digvlingkan.

Walau bagaimana pun kisah ini tidak ada kesahihan kerana ketika itu laporan ditemui semasa istana sedang dalam proses melupuskan sebarang dokumen penting sebelum Abdülhamid diturunkan dari takhta.Maka laporan-laporan itu didakwa telah dibakar.

Selepas Uthmaniyyah dikawal oleh kerajaan CUP yang dipenuhi pemimpin Turki Muda, Perkhidmatan Perisikan Yildiz telah ditukar atau digantikan dengan Teşkîlât-ı Mahsûsa (Perkhidmatan Khas) yang diasaskan oleh Enver Pasha lalu menjadi asas kepada pembentukan agensi MIT – Millî İstihbarat Teşkilatı (Badan Risikan Negara) Turki hari ini.

Sultan Abdülhamid II mungkin sultan yang pertama menubuhkan badan perisikan tetapi hanya pada zaman moden di mana kaedah gerak kerja dan samaran sudah jauh lebih mudah.

Sebenarnya tugas-tugas mengumpul maklumat penting tentang keselamatan dalaman dan ancaman mvsuh telah wujud sejak era Sultan Mahmud II lagi namun ia hanya berlaku secara de facto.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.