• Badar (624 Masihi)

Pertempuran ini berlaku ketika 17 Ramadan 2 Hijrah. Apa yang mahu diperkatakan tentang pertempuran ini adalah kebijaksanaan Rasulullah. Rasulullah tahu bahawa dalam pertempuran yang berlatarkan padang pasir, sumber yang paling penting ialah air.

Justeru, sebelum pertempuran ini bermula, Rasulullah memanggil semua para sahabat untuk mewujudkan sebuah “war council” untuk menghadapi kemaraan angkatan tentera Musyrikin dari Makkah. Strategi tentera Islam mudah – Menghampiri kumpulan telaga air yang berdekatan yang di medan Badar.

Hal ini demikian kerana pertempuran dijangka bertempat di kawasan sekitar Madinah, maka Nabi tahu bahawa dalam sebuah pertempuran di tengah padang pasir, sesiapa yang menguasai sumber air, maka kemenangan seperti sudah berpihak separuh kepadanya. Maka, Nabi memilih sebuah telaga air di Badar sebagai tempat tentera Islam berkampung. Para sahabat mencadangkan agar tentera Islam mara lebih atas, ke sebuah lagi telaga air dalam medan Badar yang lebih strategik kerana kedudukan yang lebih dekat dengan tentera Musyrikin.

Rasulullah selaku seorang pemimpin yang hebat, pasti menerima cadangan strategi daripada para sahabat yang dilihatnya jauh lebih baik daripada cadangan pertama. Maka, baginda dan tentera Badar berangkat ke telaga yang dimaksudkan. Sampai sahaja di situ, Rasulullah mencadangkan agar semua telaga air di medan Badar dikambuskan dengan tanah.

Jika kita analisis rancangan Rasululullah ini, sebenarnya strategi ini bertujuan untuk mengheret tentera Quraisy menyerang satu-satunya lokasi air di sekitar Madinah yang masih lagi terjaga. Tentera Islam pula walaupun dalam jumlah yang lebih kecil daripada tentera Quraisy, mempunyai kelebihan yang jauh lebih besar daripada kelebihan yang dimiliki oleh Quraisy.

AIR.

Jangan pandang rendah pada kelebihan air di medan pertempuran kerana pada zaman seterusnya, terbukti bahawa air memang memainkan peranan yang sangat besar. Antara jeneral p3rang dalam sejarah Islam yang menjadikan air sebagai titik fokus strategi perang ialah Salahuddin Al-Ayyubi dalam Pertempuran Hattin di mana tentera salib telah dipermainkan oleh Salahuddin dengan begitu bijak.

Kenapa air ialah sumber yang sangat strategik dalam pertempuran di tengah padang pasir? Kerana tanpa air, sebuah penaklukan ke atas sebuah kota kelihatan sangat mustahil memandangkan tentera tidak akan mampu bertahan lama. Oleh sebab itu juga, tentera Quraisy hanya mampu bertahan selama tiga jam dalam pertempuran ini sebelum melarikan diri kerana pertahanan ampuh oleh tentera Islam. Tanpa air di tengah padang pasir, sebuah pasukan tentera itu tidak mempunyai masa yang lama. Mereka akan mula mengalami dehydration lalu menjadi lemah.

Tentera Quraisy yang jauh dari sumber air di padang pasir, harus menyerang tentera Islam yang sedang berjaga di satu-satunya sumber air. Akhirnya, dengan bantuan Allah SAW yang mengirimkan malaikat terbaiknya, serta taktikal genius Rasulullah menyuruh seluruh telaga air dikambus, maka kemenangan pun berpihak kepada tentera Islam. 313 ahli Badar telah menewaskan lebih 1,000 orang tentera kafir.

  • Pertempuran Uhud (625 Masihi)

Dalam pertempuran ini, tentera Islam mempunyai lebih kurang 700 orang tentera dan empat unit tentera berkuda. Sebaliknya tentera Quraisy pula membawa lebih kurang 3,000 orang tentera, bersama 200 unit tentera berkuda.

Pertempuran ini berlaku dengan niat membalas dendam yang mahu dilunaskan oleh Abu Sufyan ke atas tentera Islam yang berjaya membunuh banyak tokoh penting Quraisy dalam Pertempuran Badar. Oleh itu, Abu Sufyan pun membawa lebih kurang 3,000 askar Quraisy, bersama beberapa orang jeneral perang seperti Khalid al-Walid bagi memimpin unit berkuda tentera Quraisy.

Apa yang cuba dilakukan oleh Abu Sufyan dalam pertempuran adalah menempatkan taktik double envelopment di mana, Abu Sufyan cuba menguatkan bahagian sayap kanan dan kiri daripada bahagian tengah askar Quraisy. Abu Sufyan hendak memastikan bahawa tentera Islam akan terus masuk ke bahagian tengah barisan askar Quraisy sambil bahagian sayap kiri dan kanan Makkah masih bertahan.

Kononnya nanti bahagian tengah tentera Quraisy akan berundur ke belakang lalu terus memasuki ruang kosong yang ditinggalkan di tengah, tetapi di kiri dan kanan tentera berkuda masih kukuh bertahan. Tentera Islam akan memasuki ruang kosong yang ditinggalkan pada bahagian tengah tentera Quraisy ini. Secara tidak langsung membuatkan tentera Islam akan terkepung di kiri dan kanan mereka. Lalu, tentera berkuda yang memang jauh lebih kukuh daripada tentera pejalan kaki umat Islam akan terus membantai tentera umat Islam di kiri dan kanan.

Rasulullah s.a.w selaku seorang taktikal genius p3rang yang sangat menakjubkan telah menyediakan pelan tersendiri untuk menentang taktik double envelopment yang dibawa oleh Abu Sufyan. Selaku pasukan yang bertahan, kelebihan memilih kawasan geografi medan tempur dimanfaatkan sehabis baik oleh Rasulullah.

Baginda memilih kawasan di lembah bukit Uhud. Kelebihan kawasan lembah Uhud ini ialah terdapat dua buah bukit yang mengapit kawasan kiri dan kanan tentera Islam. Baginda telah meletakkan pasukan askar pemanah di salah satu puncak bukit itu untuk meneutralkan kelebihan askar berkuda yang dimiliki oleh tentera Quraisy.

Taktikal Baginda ini boleh membuatkan taktikal double enveleopment yang cuba digunakan oleh pasukan tentera Quraisy menemui kegagalan. Oleh sebab itu, Baginda menyatakan kepada pasukan pemanah itu untuk kekal di posisi mereka meski apa sahaja yang berlaku, sama ada tentera Islam sedang menempah kegagalan atau kemenangan.

Namun, mereka ingkar terhadap perintah tersebut dan turun dari puncak bukit. Khalid al-Walid yang melihat bahawa senjata utama taktikal perang Rasulullah kini sudah tiada di tempatnya, terus memimpin unit berkuda yang sebelum ini dineutralkan oleh pasukan pemanah itu.

Akhirnya, kekalahan terus menyapa pasukan tentera Islam! Tetapi apa yang hendak disampaikan dalam analisis taktikal perang kali ini adalah betapa bijaknya Rasullulah menyimpan pelan untuk menafikan terus taktikal perang terkenal yang bernama double envelopment itu. Tidak hairanlah jika Baginda ialah tokoh paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Baginda seorang politikus, jeneral perang, ayah, tokoh spiritual, cendekiawan dan suami yang hebat!

Gambaran apa yang berlaku ketika Uhud.
  • Pertempuran Khandaq (627 Masihi)

Dalam sejarah pep3rangan orang Arab, pengepungan sangat jarang berlaku kerana sebelum ini, pertempuran biasanya berlaku dalam skala yang lebih kecil. Namun, memandangkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah semakin diterima, maka perkara ini tidak dapat dielakkan lagi. Madinah harus ditawan untuk mengelakkan Islam tersebar luas.

Dalam Pertempuran Khandaq, dapat dilihat bagaimana buat pertama kalinya, strategi yang sangat terkenal di dunia Parsi dipakai oleh tentera Islam berkat cadangan Salman al-Farisi dan ketoleransian Rasulullah mendengarkan cadangan sahabatnya.

Salman mencadangkan supaya mereka membina sebuah parit mengelilingi kota Madinah demi mempertahankan kota itu daripada serangan gabungan tentera Ahzab yang berjumlah 10 ribu yang melibatkan orang Quraisy dan juga puak-puak arab di sekitar jazirah Arab. Tentera Islam pula ketika itu memiliki ketumbukan askar sebanyak tiga ribu orang sahaja.

Dalam sejarah Parsi, taktikal ini memang selalu diguna pakai tetapi sangat asing dalam sejarah peperangan orang Arab. Sebab itulah ketika Abu Sufyan sampai sahaja ke kota Madinah untuk melakukan pengepungan sekali gus menggerakkan penaklukan ke atas Madinah, beliau terkejut apabila melihat parit yang digali di sekeliling kota Madinah.

Pertahanan umat Islam di dalam parit itu sangat kuat apabila selama 27 hari usaha untuk menakluk parit tersebut terus mengalami kegagalan. Setiap kali tentera Quraisy cuba untuk melintasi parit tersebut, mereka akan dihadiahkan dengan hujanan panah dan batu daripada tentera Islam.

Parit hanya digali di bahagian utara sahaja memandangkan timur, barat serta selatan Madinah dipenuhi oleh bukit bakau dan juga kawasan berpokok yang menyusahkan pergerakan bala berkuda Makkah. Pada masa yang sama, segala hasil tuaian umat Islam diambil lebih awal bagi memastikan tentera Musyrikin kebuluran dan hanya bergantung pada kelengkapan makanan yang dibawa dari Makkah.

Pada masa yang sama, Rasulullah turut merancang pelan alternatif sekiranya pertahanan berbentuk parit itu berjaya ditembusi oleh tentera Musyrikin apabila memilih sebuah bukit bernama Sala sebagai kem utama tentera Islam dan tempat mengatur serangan kembali.

Namun, pengkhianatan oleh bani Quraizah yang tiba-tiba berpaling tadah terhadap gabungan tentera Ahzab merisaukan Rasulullah. Hal ini juga menjatuhkan semangat tentera Islam. Tetapi, seorang tokoh ternama daripada tentera Ahzab yang menyerang Madinah dikatakan memeluk Islam secara rahsia kemudian membantu Rasulullah.

Kata Sun Tzu dalam buku perangnya The Art Of War,

“The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting.”

Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah. Baginda memecahkan kesatuan tentera Ahzab hanya dengan senjata rumor sahaja, yang diakui merupakan sangat penting dalam membicarakan tentang pep3rangan. Tidak perlu berlawan, tidak perlu menumpahkan darah, jeneral p3rang yang hebat mampu menundukkan lawan tanpa berlawan.

Rasulullah telah mengarahkan Nuaim untuk memporak-perandakan gabungan bani Quraizah dan juga tentera Ahzab. Nuaim telah pergi ke bani Quraizah lalu menyebarkan khabar angin bahawa sekiranya pengepungan itu gagal, maka tentera Ahzab tidak akan membantu langsung bani Quraizah sekiranya diapa-apakan oleh tentera Islam. Lalu, Nuaim juga mencadangkan agar diambil beberapa orang ternama daripada tentera Ahzab lalu dijadikan tawanan demi menjamin keselamatan bani Quraizah.

Nuaim menyebarkan khabar berita yang lain pula kepada tentera Ahzab. Kononnya, bani Quraizah telah berpaling tadah dan kembali berpakat dengan Rasulullah. Menurutnya lagi, bani Quraizah akan berpura-pura meminta tawanan daripada tentera Ahzab dan akan menyerahkan tawanan itu kepada tentera Islam. Persengketaan berlaku antara gabungan tentera Ahzab dan puak Yahudi bani Quraizah ini. Ketika Ikrimah dihantar kepada mereka untuk menuntut janji menyerang tentera Islam bersama, bani Quraizah pula meminta beberapa orang tawanan daripada tentera Ahzab.

Tentera Ahzab menolak permintaan bani Quraizah. Bani Quraizah pula menyangka bahawa tentera Ahzab telah mengkhianati perjanjian mereka menyebabkan pakatan antara mereka berpecah.

Apabila Bani Quraizah berpaling daripada tentera Ahzab, hal ini telah menimbulkan perpecahan dalam kalangan tentera Ahzab sendiri. Kebanyakan puak-puak Arab yang bergabung bukanlah menyerang Islam dengan niat membenci Islam tetapi djanjikan dengan harta rampasan perang. Namun, strategi pengepungan yang dilakukan ke atas Madinah ini agak asing bagi mereka.

Mereka tidak sabar dan strategi pengepungan ini memerlukan masa yang lama dan kesabaran. Lalu, mereka berpecah. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan Nuaim ini sangat berkesan. Akibat daripada perpecahan itu, akhirnya tentera Ahzab pun menyerah dan memilih untuk kembali ke tempat masing-masing. Maka, sekali lagi Madinah berjaya dipertahankan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.