Dalam bab sejarah, hal dan catatan yang paling aku gemar ialah strategi pep3rangan. Kebanyakan jeneral dan komander t3ntera yang bagus suka menggunapakai strategi p3rang yang tidak ortodoks dan kreatif. Sebagai contoh, Raja Parsi, Cambyses II menggunakan kucing semasa berp3rang dengan t3ntera Mesir Purba, kuda Trojan oleh Achaean dan perentasan t3ntera bergajah di pergunungan Alps. Timurlane, juga merupakan antara komander paling pintar sepanjang zaman, juga mempunyai strategi gila dalam men4kluk musuhnya.

Sebagai latar belakang, Timur pada waktu tersebut tengah men4kluk utara India sebagai kempen pen4klukan kesultanan Delhi. Kesultanan Delhi yang sedang lemah dek pep3rangan saudara tanahnya ditakluk satu persatu oleh empayar Timurid hinggalah beliau sampai di Delhi pada tahun 1398 Masihi.

Menurut catatan Timur, t3ntera bergajah yang sentiasa dipakai t3ntera Hindustan menggerunkan mereka. T3ntera bergajah ini juga berperisai dan kebal terhadap pedang dan anak panah. Itu tak masuk lagi racun yang disapu pada gading gajah berkenaan. Disebabkan itu, ada yang meminta kedudukan mereka ditukar dengan perempuan dek ketakutan mereka, padahal mereka ini boleh dikira sebagai veteran.

Timur sedikit pun tak terusik dengan kebimbangan yang dicetuskan t3nteranya, sesuai dengan pangkatnya sebagai komander lagenda. Beliau kemudiannya menitahkan penggalian parit supaya pergerakan gajah berkenaan terganggu dan juga memulihkan moral t3nteranya. Kemudian, datang satu strategi gila oleh Timur.

Caranya sangat mudah. Timur mengumpul semua unta untanya, diisi dengan jerami dan menyuruh t3nteranya membakar jerami yang dibawa oleh unta unta tersebut. Disebabkan api dan juga senjata yang mengacah cucuk mereka, unta unta tersebut lari terhadap t3ntera bergajah dalam keaadaan panik. Walaupun t3ntera bergajah ini dikira sebagai kavalri berat yang kebal, ini tak bermakna mereka ni tak mepunyai kelemahan. Timur tahu satu benda tentang sifat gajah, yakni gajah yang cepat terperanjat.

Melihatkan unta berlari dalam keadaan terbakar, gajah gajah ini menjadi panik dan bertempiaran lari dan tanpa sengaja terpijak dan terbvnvh t3ntera Delhi. Formasi t3ntera Delhi menjadi kucar kacir, dan Timur mengambil kesempatan ini untuk menyerang mereka. Tak lama selepas itu, Delhi tumbang dan dijarah habis oleh pemimpin paling berkuasa dan digeruni seantero dunia, Timurlane.

RUJUKAN:

Elliot, H. M. (2013). The history of India, as told by its own historians: The Muhammadan period (Vol. 1). Cambridge University Press.

Hunter, Sir William Wilson (1909). “The Indian Empire: Timur’s inv4sion 1398”. The Imperial Gazetteer of India. 2. p. 366.

Marozzi, Justin (2004). Tamerlane: Sword of Islam, conqveror of the world. HarperCollins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.