Stockholm Syndrom: Bila Yang Diculik Setia Kepada Penculik

8,421

Ada sebuah kisah yang menarik tentang bagaimana seorang tawanan dalam kes rompakan bank boleh terhutang budi dan tertarik pada penjenayah yang mengurungnya.

Tahun 1973, berlaku di Sweden. Seorang banduan, Jan Erik Olsson merancang satu rompakan bank iaitu  Sveriges Kreditbanken di Stockholmes. Dia menembak polis yang menjaga bank tersebut dan membawa bersamanya 4 orang pekerja bank sebagai tebusan.

Mereka berada dalam sebuah bilik dalam bank tersebut bersama tawanan. Perkara ini berlanjutan selama 6 hari dari 23 Ogos hingga 28 Ogos.

Bermacam-macam permintaan dari daripada Olsson terpaksa dilayan oleh pihak polis. Antaranya mahu wang tunai $700,000 dan sebuah kereta untuk melarikan diri.  Termasuk satu perkara yang besar ialah dia mahu rakan satu lokapnya iaitu Clark Olofsson dilepaskan dari penjara dan menyertainya dalam rompakan di bank. Perkara itu juga ditunaikan oleh pihak polis.

Walau bagaimanapun, akhirnya pihak polis berjaya menebuk dinding dalam bank tempat mereka bersembunyi dan melancarkan serangan gas. Sejurus selepas itu, Olsson dan Olofsson menyerah diri dengan tawanan orang awam tidak dicederakan.

Tetapi perkara peliknya ialah, apa yang berlaku kepada tawanan Olsson tersebut. Mereka mula merasa ada ’sentuhan emosi’ kepada perompak bank, Olsson dan Olofsson. Laporan mengatakan bahawa tawanan tersebut lebih takutkan polis berbanding perompak tersebut, setelah 6 hari dalam tawanan perompak. Mereka tidak mahu mendakwa dan memberikan penerangan terhadap apa yang berlaku kerana kasihankan perompak tersebut.

Malah Olsson dan salah seorang tawanan, Kristin Ehnemerk menjadi kawan selepas daripada itu dan keluarga Kristin juga menjadi kawan kepada Olsson. Malah ada daripada tawanan tersebut yang melawat Olsson di penjara selepas daripada itu.

Satu perkara yang pelik bagi seorang yang sudah ditawan oleh perompak, berada dengan perompak tetapi akhir sekali menjadi kasihan dan baik dengan perompak. Kerana itulah ahli psikologi menamakannya Stockholm Syndrome, yang mana istilah ini menjadi popular sekitar tahun 1974.

Stockholm Syndrome adalah satu keadaan emosi di mana orang yang ditangkap, ditawan menjadi terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang menangkapnya. Logiknya ialah kerana orang yang menangkap itu tidak membunuhnya, maka dia terselamat.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Itu adalah salah satu contoh bagaimana dan apa kisah bagaimana sindrom ini bermula. Namun ia tidak semestinya kita mesti ditawan dan ditangkap oleh perompak untuk mendapat sindrom ini. Minda juga boleh terjajah, ditawan dan dicuci oleh penjajah dan akhirnya ’Stockholm Syndrome’ terjadi kepada minda kita.

Mentaliti minda terjajah selalu menganggap apa sahaja daripada Mat Salleh  sentiasa betul dan baik. Cara berpakaian mestilah cara mereka, cara berhibur mestilah cara mereka, malah cara berfikir juga mestilah daripada mereka. Pendek kata, apa sahaja daripada mereka adalah satu benda yang baik. Lebih teruk lagi kita mudah bersimpati kepada mereka dengan tidak bertempat.

Ini dapat dilihat daripada fenomena yang kerap kita tengok apabila ramai pelancong-pelancong dari Barat sudah tidak malu lagi mengemis di negara kita, meminta sedekah untuk membiayai kos pelancongan mereka. Masihkah anda ingat? Perkara ini banyak berlaku terutamanya di negara-negara Asia seperti Malaysia dan Thailand kerana mereka tahu kita ini dari jenis yang mudah bersimpati.

Ini adalah mentaliti minda terjajah. Kita sudah hilang pertimbangan. Hilang jati diri.

Kita rasa kita kurang daripada mereka dan terhutang budi kepada mereka. Kita rasa kita perlu membalas jasa mereka. Tetapi bila difikirkan balik, bila mereka pernah menawan kita? Ya, mereka tidak pernah menawan kita. Tetapi pernah menjajah nenek moyang. British menjajah Tanah Melayu dari 1800-an hinggalah kita merdeka 1957.

Jadi setiap kali kita merasa orang putih  itu banyak berjasa, ingat mereka juga pernah menjajah kita. Dan kita mungkin menjadi mangsa kepada ’Stockholm Syndrome’.

RUJUKAN:

Stockholm Syndrome: The True Story of Hostages Loyal to Their Captor. https://www.history.com/news/stockholm-syndrome

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.