Siapalah yang tidak mengenali Stephen King, seorang penulis novel terkemuka yang kewarasannya berkali-kali dipersoalkan. Dilahirkan pada 21 September 1947 di Portland, Maine, hidup Stephen King sebenarnya agak susah juga. Beliau dibesarkan dalam tekanan kewangan oleh ibunya sahaja. Karya pertamanya dijual dalam bentuk cerpen The Glass Floor pada 1967, semasa beliau berusia 20 tahun.

Penjualan cerpen menjadi sumber pendapatan sampingan. Dan pada 1971, Stephen King menjadi seorang guru di Akademi Hampden. Sehingga hari ini, belum lagi dilaporkan bahawa anak-anak muridnya menemui aj4l dengan cara yang paling ngeri (gurau). Tetapi di dalam kepalanya, tertanam idea-idea dahsyat yang digunakan untuk menghasilkan novel pertama iaitu Carrie yang diterbit syarikat penerbitan Doubleday pada 1973.

Walaupun Carrie merupakan novel pertama diterbitkan, ia sebenarnya karya keempat asalnya diniatkan sebagai cerpen semata-mata. Jika bukan kerana isterinya, mungkin Carrie tidak dapat diterbitkan pun kerana Stephen King sudahpun membuang tiga mukasurat pertama selepas putus harapan.

Dengan bantuan Tabitha King, perspektif wanita dikuatkan sampai Carrie menjadi sebuah kisah seram tentang seorang budak perempuan yang mempunyai kuasa. Apabila Carrie diterbitkan, Stephen King tiada telefon pun sampai editornya perlu umumkan berita baik tersebut melalui Telegram: “Carrie Sah Buku Doubleday. $2,500 Pendahuluan Tanpa Royalti. Tahniah, Adik. Masa Depan Kau Cerah, (Yang Ikhlas) Bill”.

Pada 13 Mei 1973, New American Library membeli hak cetakan pada harga AS$400,000 (yang Stephen King mendapat 50%). Maka terlancarlah karier Stephen King sebagai penulis seram yang tiga tahun kemudian, Carrie menjadi filem berjaya.

Sehingga hari ini, Stephen King telah menulis sekurang-kurangnya 92 novel (berdasarkan data dari Google Books). Disiplin beliau dalam penulisan bermula dengan membaca dan menulis dalam 4-6 jam sehari. Tanpa komitmen sebegitu, beliau berpendapat mustahil untuk seseorang menjadi penulis yang baik. Kuota penulisannya ialah 2,000 patah perkataan setiap hari dan beliau takkan berhenti sampailah kuota ini dicapai.

Apabila berbicara tentang Stephen King, tentu sekali peristiwa 19 Jun 1999 perlu diceritakan. Sekitar jam 4:30 petang, beliau sedang berjalan di Lovell, Maine dimana seorang lelaki bernama Bryan Smith merempuhnya dari belakang dengan van sejauh empat meter. Saksi mendapati Bryan tidak laju, cuai mahupun mabuk. Sebaliknya beliau sedang mengelak seekor anjing.

Stephen King tidak pengsan. Beliau boleh memberikan maklumat telefon keluarganya dalam kesakitan. Kecederannya agak serius. Paru-paru kanannya runtuh (pneumotoraks), kaki kanannya pula retak teruk dan tulang pinggulnya patah. Hampir sebulan beliau berada dalam Pusat Kesihatan Maine Tengah. Tulang kakinya dikatakan terlalu hancur sampai doktor sudahpun mencadangkan pemotongan kaki. Tetapi bahan-bahan besi didapati boleh mencantum dan membaiki kerosakannya.

Selepas lima pembedahan dalam tempoh 10 hari, Stephen King boleh menulis semula. Tetapi azab terhadap pinggulnya hanya membenarkan duduk selama 40 minit sebelum beliau mula sakit. Untuk mengelakkan van tersebut masuk eBay, peguam Stephen King membelinya pada harga AS$1,500 untuk dimusnahkan.

Meskipun diuji dengan musibah ini, beliau tidak berhenti menulis. Antara 2001 hingga 2019, beliau mempunyai sekurang-kurangnya 25 buah karya baharu sambile melancarkan siri-siri lain juga.

Dan beliau juga mempunyai sebuah rumah yang dibina dengan konsep Gothic untuk dibuka kepada penulis-penulis lain supaya boleh digunakan sebagai rujukan. Seramai lima penulis boleh menetap di sana untuk cetusan ilham dalam genre seram.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.