Dunia pengkaryaan di Malaysia masih lagi baru. Tidak kira penulisan novel, filem, animasi, drama tv sehinggalah kepada permainan video. Masih lagi banyak genre yang masih belum diterokai oleh para bijak pandai kita dalam dunia kreativiti ini. Salah satu daripadanya ialah sub-genre Steampunk yang merupakan sebahagian daripada genre sains-fiksyen dan genre sains-fantasi yang berlatarkan zaman industrial di Eropah pada abad ke-19 dahulu atau juga boleh disematkan pada zaman “koboi” Amerika dahulu.

Tetapi terdapat juga karya yang menjadikan latar steampunk dalam genre mereka berasaskan zaman di negara mereka ketika abad ke-19. Sebagai contoh, di Jepun, terdapat sebuah anime bertajuk Kabaneri Of The Iron Fortress yang menjadikan Jepun ketika abad ke-19, iaitu ketika zaman Keshogunan sebagai latar cerita.

Apabila anda menjumpai sebuah karya yang membawa genre steampunk, anda akan dihadapkan dengan latar yang biasanya melibatkan alternate history daripada sejarah kita hari ini. Misalnya, dalam dunia ciptaan penulis, teknologi berasaskan steam yang wujud ketika abad ke-19 dan zaman revolusi industri berterusan sehingga ke zaman moden.

Kononnya dalam dunia berasaskan teknologi steampunk ini, tidak wujud teknologi yang kita miliki. Kalau adapun, pastinya akan diubah berdasarkan gaya teknologi stim dan seni yang setara pada zaman revolusi industri dahulu. Pemandangan utama pada zaman ini pastinya ialah seperti kereta api wap, kapal udara yang menggantikan pengakutan seperti pesawat, dan banyak lagi pengakutan-pengakutan zaman Victoria dahulu.

Selain itu, terdapat juga karya dalam subgenre Steampunk membawakan kita sebuah lagi subgenre dalam dunia pengkaryaan iaitu Post-Apocalypse dimana melibatkan peristiwa kononnya ketika kemuncak zaman steampunk, kehancuran total berlaku pada tamadun manusia membuatkan kejatuhan berlaku pada tamadun manusia. Manusia yang selamat dari kehancuran total kekal hidup dalam teknologi berasaskan steampunk.

Gambaran teknologi steampunk.

Kita boleh juga menjumpai subgenre Steampunk digabungkan dengan genre lain. Sebagai contoh, genre cinta. Kisah percintaan dua anak muda yang belatarkan politik dan teknologi dunia Steampunk. Atau boleh jadikan subgenre revolusi yang berasaskan dunia steampunk sebagai latar cerita. Permainan video Final Fantasy yang terkenal pada konsol Playstation banyak memainkan elemen ini berlatarkan dunia steampunk.

Bahkan Jepun lebih mendahului dalam gabungan subgenre Steampunk dengan genre lain. Misalnya dalam Kabaneri of The Iron Fortress yang mengisahkan tentang wabak virus yang menukarkan manusia menjadi zombie, turut menyelitkan latar dunia Steampunk dalam kisahnya. Kiranya, dalam cerita Kabaneri of The Iron Fotress, kita dapat melihat gabungan genre Horror, Thriller, Post-Apocalypse serta Steampunk.

Bahkan genre Steampunk ini lebih luas daripada yang kalian dapat bayangkan. Ciri-ciri subgenre ini adalah sangat kompleks sehinggakan anda perlu betul-betul terperinci menggambarkan dunia. Saya beri satu contoh. Kalau anda menulis dalam novel anda genre ini, anda mahu menggambarkan pemakaian yang dipakai oleh watak anda, pastikan ia adalah sezaman dengan zaman revolusi industri dimana teknlogi berasaskan steam masih lagi digunakan.

Sebagai contoh, kalau dieropah, fesyen dan attire watak anda haruslah dalam zaman Victoria, atau kalau berlatarkan dunia Amerika, attire koboi yang mendominasi gurun Amerika atau belatarkan dunia Jepun, pakaian yang sezaman dengan Shogunate pada abad ke-19 bolehlah digunakan sebagai latar fesyen dunia steampunk.

Fesyen steampunk.

Sebagai contoh, untuk pakaian yang berasal daripada zaman Victoria, attire seperti pikuk, korset, gaun kembang, topi “top hat”, sut hitam dan banyak lagi pakaian-pakaian zaman Victoria dahulu. Fesyen tersebut akan diselitkan aksesori seperti goggle, payung zaman Victoria serta jam rantai yang dibawa bersama.

Bahkan kalau dunia steampunk yang dicipta itu turut digabungkan dengan zaman post-apocalypse, anda akan dapat melihat aksesori seperti topeng gas, senjata yang berasaskan teknologi stim, bahkan alatan yang wujud pada hari ini pastinya akan diberi nafas baru dengan fesyen dan seni zaman Victoria dahulu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply