Tangan yang menghayunkan buaian boleh menggoncangkan dunia. Dalam lebaran sejarah wanita memainkan peranan yang begitu dahsyat sehingga boleh menaikkan sebuah empayar dan ilham.

Siti Khadijah membantu Nabi Muhammad (SAW) sebarkan Islam.

Anna Dalassene berganding bahu bersama Alexius I Comnenus untuk mempertahankan imperialisme Byzantium.

Peranan seberapa kecil mahupun besar Tunku Azizah Aminah pun turut memberikan sedikit sebanyak pengaruh sosial kepada Sultan Abdullah.

Itu kalau berdasarkan konsep makro. Peranan wanita di dunia ini sebenarnya jauh lebih besar.

Ibu-ibu di rumah pun golongan yang hebat juga. Bayangkanlah dalam masa 100 tahun, nama mereka mungkin sudah dilupakan.

Tetapi itu tidak langsung jadi penghalang untuk berk0rb4n demi keluarga.

Arab Saudi mempunyai populasi 33 juta. Dianggarkan 42.45% daripada mereka ialah wanita, golongan yang menghadapi status berlainan berbanding lelaki. Selama 40 tahun institusi Saudi merencanakan mitos-mitos bahawa:

1. Otak wanita tidak mampu memproses maklumat rumit.
2. Amat memalukan bagi seorang perempuan untuk bersembang dengan lelaki di tempat umum.
3. Memandu boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan fizikal bagi janin.

Mitos-mitos ini bukanlah propaganda Barat terhadap Saudi. Realitinya memang berlaku.

Sheikh Salih al-Luhaidan ialah seorang agamawan yang pernah menyatakan bahawa pemanduan kereta boleh menyebabkan kerosakan kepada ovary dan pelvis seorang perempuan (Jamjoom, 2013).

Jadi kerosakan ini menyumbangkan masalah fizikal bagi janin.

Seperti yang boleh dibayangkan, Salih dibahan habis-habisan di media sosial dengan tanda pagar #WomensDrivingAffectsOvariesAndPelvises.

Dan Salih bukannya satu-satunya agamawan yang begitu rakus menghina. Saad al-Hijri berpendapat bahawa wanita tidak berhak memandu kerana mempunyai otak yang sentiasa mengecut.

Punca pengecutan otak bagi Saad pun lucu juga. Katanya wanita cukup suka membeli-belah, maka otak pun mengecil dan mengecut (Khomami, 2017). Saad bukanlah seorang agamawan calang-calangan.

Beliau mengetuai barisan fatwa di wilayah Assir. Salih al-Luhaidan pula pernah menjadi Presiden bagi Majlis Kehakiman Negara.

Maka jika orang-orang atasan sebegini melontarkan pendapat berbisa dan tidak tepat, struktur dibawah mereka pun boleh dirungkaikan juga.

Namun Arab Saudi dibawah Raja Salman as-Saud dan Putera Muhammad bin Salman walaupun bergelumangan dengan kontroversi semakin membvru keterbukaan.

Pucuk kepimpinan yang mewarisi kerajaan pasca-Abdullah melancarkan beberapa program untuk mengharumkan nama Saudi di mata dunia.

Melalui Visi Saudi 2030, World Wrestling Entertainment telah mengadakan lima pay-per-view serta house show yang terlalu banyak untuk dikira.

Putera Muhammad juga telah membenarkan kaum wanita memandu (Specia, 2019). Keputusan ini mempunyai kesan yang sangat besar. Wanita sudah tidak lagi perlu mengupah pemandu semata-mata bagi tujuan pengangkutan.

Duit yang lebih boleh digunakan untuk perbelanjaan lain. Membenarkan wanita memandu juga boleh membangunkan sebuah negara, kerana pengangkutan ialah asas kepada segala kejayaan.

Tetapi wanita masih lagi terikat dengan undang-undang guardianship bahawasanya mereka perlu izin keluarga lelaki untuk urusan harian (Coker, 2018).

Permohonan pendidikan dan pekerjaan antaranya memerlukan tandatangan waris lelaki bagi tujuan pengesahan kekeluargaan. Namun status wanita di Arab Saudi bukannya memerlukan keputusan perundangan semata-mata.

Seperti masalah ekonomi di Mesir, pokoknya sudah bergoyang selama 40 tahun. Wanita sudah tidak lagi perlu berkurung di rumah. Bagi yang besar di Saudi, mungkin ia tidak menyusahkan kerana itulah acuan hidup.

Tetapi keluarga-keluarga berpendapatan tengah dan tinggi telah menghantar anak-anak perempuan mereka belajar di luar negara. Maka bila kembali ke tanahair, ia ialah satu kejutan yang sangat mengganggu psikologi.

Perubahan ini tidak pasti bertahan selama mana. Ataupun sejauh mana revolusi perubahan akan menguntungkan wanita – tetapi akhirnya dengan jelas Saudi bersedia untuk dipimpin secara abad ke-21.

RUJUKAN:

Coker, M. (2018, June 22). How guardianship laws still control Saudi women. New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2018/06/22/world/middleeast/saudi-women-guardianship.html?module=inline

Jamjoom, M. (2013, September 30). Saudi cleric warns driving could damage women’s ovaries. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2013/09/29/world/meast/saudi-arabia-women-driving-cleric/index.html

Khomami, N. (2017, September 23). Saudi cleric banned for saying women’s brains ‘a quarter the size’ of men’s. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2017/sep/23/saudi-cleric-saad-al-hijri-banned-woman-driving-cars-quarter-brain

Specia, M. (2019, June 24). Saudi Arabia granted women the right to drive. A year on, it’s still complicated. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2019/06/24/world/middleeast/saudi-driving-ban-anniversary.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.