Tular berkenaan siri drama dari Korea Selatan di Netflix yang bertajuk Squid Game, yang mana di dalam drama ini bertemakan permainan bertahan hidup yang disertai para pemain seramai 456 orang demi merebut hadiah wang tunai sebanyak 45.6 billion Won. Tetapi, tahukah anda…

Permainan tema bertahan hidup ini pernah dirancang dalam dunia nyata oleh seorang jutawan dari Rusia yang mana di dalam permainan ini, para pemain dibenarkan untuk mero.g.ol, membu.n.uh, mi.nu.m arak, se.ks be.bas, mer.oko.k dan melakukan jenayah lainnya asalkan demi meneruskan hidup.

Pada akhir tahun 2016 sehingga awal tahun 2017, tularnya berita panas tentang sebuah permainan bertahan hidup realiti iaitu Game 2: Winter yang mana hadiahnya ditaja oleh seorang jutawan dari Rusia, Yevgeny Pyatkovsky iaitu wang tunai sebanyak USD 1.7 juta.

Mengikut penjelasan pihak penganjur merangkap penaja, Yevgeny Pyatkovsky, menjelaskan dengan mendalam tentang permainan ini:

1. Permainan ini hanya disertai seramai 30 orang peserta yang mana terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

2. Permainan ini akan berlangsung selama sembilan bulan lamanya iaitu dari bulan 1 Julai 2017 sehingga 1 April 2018.

3. Syarat utama para peserta wajib berumur 18 tahun ke atas dan tahap kondisi mental yang waras.

4. Para peserta dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak 132,000 Euro dan menandatangani beberapa dokumen perjanjian dua pihak yang mana segala apa kerugian yang berlaku ke atas diri pemain tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur.

5. Para peserta akan diberi latihan khusus pendek berkaitan bertahan hidup di hutan Siberia daripada veteran Spetsnaz GRU.

6. Para pemain akan dibawa menggunakan helikopter ke sebuah lokasi yang mana berjarak 30 minit dari Novosibirsk, Siberia yang mana suhu di musim sejuknya mampu mencapai -40°c, dikelilingi oleh haiwan liar seperti beruang dan serigala.

Pihak penganjur juga memberitahu mereka akan melepaskan para banduan dari penjara ke hutan Siberia lokasi permainan & para pemain diberikan tugas untuk menjejak & menangkap para banduan tersebut. Apabila tugas ini berjaya, mereka akan dibekalkan hadiah bonus dari pihak penganjur.

7. Para pemain dibenarkan membawa bekalan sebanyak 100 kg, dibekalkan pisau dan kamera video mudah-alih. Mereka dilarang membawa segala bentuk senjata api.

8. Para pemain dibolehkan untuk membentuk kumpulan ataupun secara bersendirian.

9. Lokasi permainan akan dipasang sebanyak 2,000 buah kamera di merata-rata tempat, yang mana ia akan merakam secara langsung (live) aktiviti mereka selama 24 jam tanpa henti selama sembilan bulan.

10. Hasil siaran langsung ini akan ditayangkan di laman web khusus yang mana ia akan ditonton oleh para pelanggan yang melanggan untuk melihat permainan ini. Siaran langsung ini akan diterjemahkan kepada 6 pilihan bahasa iaitu Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, China & Arab.

11. Penyataan tentang para pemain boleh melakukan pemb.unu.han, pergaduhan & mer.og.ol ditarik kembali, tetapi pihak penganjur menyatakan, perkara sebegini akan tetap berlaku.

Pihak penganjur juga menyatakan, segala jenayah yang berlaku di dalam permainan ini akan dihukum mengikut undang-undang negara Rusia. Para pemain kemungkinan akan ditangkap oleh polis ketika permainan berlangsung sekiranya ada bukti jenayah yang ditemukan.

12. Bagaimana sekiranya ada pemain yang putus asa dan ingin menarik diri?

Mereka akan disediakan sebuah telefon satelit yang mana ia disediakan sebuah butang panik. Apabila ia ditekan, status pemain akan dicoret dan helikopter akan datang menjemputnya.

Tetapi, permainan ini tidak dapat diteruskan.

Kerana pada bulan Jun 2017, sebulan sebelum berlangsungnya permainan ini, Yevgeny, mengeluarkan sebuah video kenyataan di laman web rasmi Game2: Winter yang mana beliau menyatakan, permainan ini hanyalah gimik dan palsu semata-mata.

Alasan lain yang dikemukakan oleh beliau kerana untuk kajian pasaran bisnesnya.

Antara desas-desus lain menyatakan, Yevgeny Pyatkovsky, terpaksa membatalkan hasrat untuk mewujudkan permainan ini setelah menerima kecaman dan kritikan lantang dari dalam dan luar negara Rusia.

RUJUKAN:

1. The Sun.
2. BBC News.
3. New York Post.
4. Daily Mail.
5. The Hollywood Reporter.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.