Semua orang ada hero pilihan masing-masing. Jika ditanya ini kepada penulis, penulis hanya memilih Tony Stark/Iron Man. Tetapi dalam satu kaji selidik yang dijalankan laman sesawang GAME, ramai responden memilih anak angkat Stark dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) iaitu Peter Parker/Spider-Man sebagai hero kegemaran mereka.

Mengikut data kaji selidik mereka, Spider-Man popular di 57 buah negara – jauh mengatasi Wonder Woman (15 buah negara) dan Batman (11 buah negara). Manakala Superman dan Iron Man pula melengkapkan kedudukan lima teratas. Captain America/Steve Rogers dan Aquaman pula terikat sebagai pilihan empat negara. Hulk pula diiktiraf sebagai pilihan tiga buah negara. Sementara Wanda Maximoff/Scarlett Witch dan Groot (I am Groot) pula melengkapkan senarai 10 teratas.

Dari segi negeri-negeri di Amerika Syarikat, majoriti negeri AS memilih Marvel Comics berbanding pesaing mereka, DC Comics. Begitu juga di pentas dunia di mana Marvel menjadi pilihan kebanyakan negara responden. Ia disumbang oleh faktor kejayaan MCU hasil ilham ketua Marvel Studios Kevin Feige. Selain menghasilkan filem berkualiti dari Iron Man hinggalah Spider-Man: No Way Home, mereka turut menghasilkan siri segar dan hebat seperti WandaVision dan Loki.

DC tidak sepopular Marvel kerana tersilap percaturan dalam beberapa filem DC Extended Universe (DCEU) seperti Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League versi Joss Whedon. Selepas Warner Bros Studios menukar nakhoda dengan membawa masuk Walter Hamada dan memberi penekanan kepada cerita solo seperti Aquaman dan Shazam, barulah DC mula meniti di bibir pengguna. Ia turut dibantu dengan pelancaran Justice League versi Zack Snyder yang disiarkan di HBO Max pada tahun lepas.

Akhir sekali, GAME turut menyatakan siapa penjahat popular pilihan responden. Thanos menduduki tangga pertama terima kasih kepada persembahan mantap Josh Brolin sebagai Thanos dalam Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame. Sementara Joker menduduki tangga kedua hasil impak persembahan Joaquin Phoenix dalam filem Joker (2019). Sementara Venom versi Tom Hardy melengkapkan senarai tiga penjahat pilihan.

Dengan tiga orang Spider-Man iaitu Tom Holland, Tobey Maguire dan Andrew Garfield membuat kemunculan dalam No Way Home, pastinya peminat Marvel dan Spider-Man ternanti-nanti perancangan Feige untuk hero kegemaran ramai selepas ini.

RUJUKAN

Mangan, J. (2021, 28 April). New Study Reveals the World’s Favorite Superhero!. Inside the Magic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply