Bayangkan jika anda mempunyai cincin di jari anda yang boleh digunakan sebagai senjata dan boleh mencipta apa sahaja yang anda fikirkan, apa yang anda akan buat? Green Lantern merupakan salah seorang superhero yang tidak asing lagi dalam dunia DC Comics. Salah seorang ahli Justice League, dan juga ahli Green Lantern Corps. Dengan menggunakan cincin kuasanya, dia dapat memanifestasikan kuasa imaginasi menjadi kenyataan.

Tanpa cincin kuasa tersebut, Hal Jordan hanya merupakan seorang manusia biasa. Bekerja di Ferris Air yang terletak di Coast City sebagai salah seorang test pilot, Hal Jordan sentiasa mempunyai semangat yang tinggi dan tidak putus asa ketika mengawal sebuah pesawat meskipun ayah Hal Jordan mati dalam nahas pesawat terhempas.

Spektrum Emosi (Emotional Spectrum) merupakan konsep yang digunapakai dalam DC Universe. Setiap warna melambangkan emosi tertentu dan organisasi tertentu. Warna pelangi serta tambahan warna putih dan hitam menjadi punca kuasa setiap cincin kuasa tertentu. Artikel ini akan mengupas setiap organisasi yang mewakili warna setiap spektrum.

1- Black Lantern Corps (Kematian)

Cincin kuasa Black Lantern menggunakan warna hitam sebagai punca kuasanya. Hitam melambangkan kematian. Diketuai oleh Nekron, cincin tersebut akan menjadikan seseorang yang telah mati hidup semula dan menggunakan semua kuasanya sewaktu dia pernah hidup. Kesemua yang memakai cincin ini akan menjadi seperti zombi. Hanya mengikut arahan Nekron sahaja. Peristiwa ini dapat dilihat dalam komik Blackest Night di mana kesemua superhero dan supervillain yang telah mati hidup semula.

2- Red Lantern Corps (Kemarahan)

Atrocitus sebagai ketua Red Lantern Corps menggunakan emosi kemarahan untuk menjana kuasa cincinnya. Kesemua cincin Red Lantern Corps menggantikan hati mereka. Jika cincin tersebut dicabut, maka pengguna cincin tersebut akan mati. Organisasi ini merupakan antihero.

3- Agent Orange (Tamak)

Sumber kuasa cincin ini menggunakan kuasa ketamakan yang ada dalam diri. Larfreeze sebagai ketuanya, organisasi ini akan memilih keputusan yang hanya menguntungkan dirinya.

4-  Sinestro Corps (Ketakutan)

Diketuai oleh Thaal Sinestro, bekas ahli Green Lantern Corps. Cincin ini digunakan untuk mengeluarkan imaginasi yang ditakuti oleh seseorang sebagai kenyataan. Mereka adalah musuh kepada Green Lantern.

5- Green Lantern Corps (Keazaman)

Organisasi ini ditubuhkan oleh Guardian of Universe. Menggunakan azam dan kekuatan dalam diri untuk menghasilkan imaginasi sebagai kenyataan. Green Lantern yang dikenali ramai ialah Hal Jordan, Kyle Rayner, Guy Gardner dan John Stewart. Mereka juga digelar sebagai polis angkasa (space cops).

6- Blue Lantern Corps (Harapan)

Diketuai oleh bekas Guardian Ganthet dan Sayd. Blue Lantern menggunakan kuasa harapan sebagai punca cincin kuasa. Dalam peristiwa Blackest Night, The Flash menjadi salah seorang ahli Blue Lantern Corps.

7- Indigo Tribe (Belas Kasihan)

Organisasi ini ditubuhkan oleh seorang nomad, Abin Sur salah seorang Green Lantern yang telah mati. Diketuai oleh Indigo-1, cincin ini memberikan penggunanya menggunakan kuasa belas kasihan untuk teleport ke mana sahaja. Mereka merupakan sekutu kepada Green Lantern, Blue Lantern dan Star Sapphire.

8- Star Sapphire Corps (Cinta)

Kesemua organisasi ini ialah perempuan. Mereka menggunakan tenaga dari cinta untuk menghasilkan kuasa.

9- White Lantern Corps (Nyawa)

Diketuai oleh Sinestro sewaktu peristiwa Blackest Night. Kuasa cincin ini mampu melenyapkan Black Lantern Corps sekelip mata sahaja.

Persamaan antara kesemua cincin ini ialah mampu mencipta kuasa imaginasi menjadi kenyataan. Kesemua spektrum emosi ini berkait sesama sendiri. Kita juga sebagai manusia turut mempunyai kesemua spektrum emosi ini. Jika tidak, manusia itu tidak akan lengkap tanpa emosi. Sama ada kita mampu mengawal atau tidak, itu yang akan menentukan kita menjadi seorang superhero ataupun supervillain dalam dunia kita sendiri. Ingatlah, jika anda mampu berimaginasi dan berusaha, sudah tentu suatu hari anda akan berjaya!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Leave A Reply