Span Buatan Dapat Menuai Uranium Untuk Kegunaan Kuasa Nuklear

425

Uranium merupakan bahan utama dalam penjanaan kuasa nuclear – pembelahan nuklear (nuclear fission). Uranium boleh didapati dalam jumlah yang sangat banyak dari kerak bumi. Sekitar 7.6 juta tan uranium yang dapat dikorek. Air laut juga mengandungi uranium sekitar 4.5 bilion tan.

Walaupun menggali uranium sudah cukup mudah, pasukan penyelidik dari Hainan University telah mencipta span yang mampu menuai uranium dari air laut. Span dikenali dapat menyerap air dengan baik. Pasukan penyelidik ini menggunakan proses yang sama untuk menyerap uranium.

Span buatan ini diperbuat daripada buih melamin (melamine foam). Buih ini dicelup ke dalam larutan kimia yang membuatkan uranium mudah terikat. Selama 8 minggu, span buatan ini ditenggelamkan ke dalam 5 tan air laut.

Sebanyak 1.9 miligram uranium yang diserap untuk setiap 1 gram span. Selepas itu, span itu diperah dan uranium dapat dikeluarkan. Span tersebut kemudiannya dimasukkan semula ke dalam air laut. Keberkesanan span tersebut akan berkurangan setiap kali guna kerana ia juga menyerap bahan lain sukar untuk diperah keluar.

Tambah lagi, span buatan ini lebih mudah terurai berbanding plastik yang biasa digunakan oleh kaedah lain – menjadikan span ini lebih mesra alam. Namun, kaedah span buatan lebih mahal berbanding kaedah galian buat masa ini.

RUJUKAN:

  1. Wang, Dong, Jianan Song, Sen Lin, Jun Wen, Chunxin Ma, Yihui Yuan, Ming Lei, Xiaolin Wang, Ning Wang, and Hui Wu. “A Marine‐Inspired Hybrid Sponge for Highly Efficient Uranium Extraction from Seawater.” Advanced Functional Materials(2019): 1901009.
  2. https://www.newscientist.com/article/2202327-artificial-sponges-could-pull-uranium-from-seawater-for-nuclear-power/
  3. New Scientist ISSUE 3229 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.